I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, March 21, 2010

Sementara dan Bermula

Lamanyer aku senyap sunyi dalam blog ni..
Rindu menulis hanya Allah saja yang tau.. bila byk kejadian yang berlaku pada diri aku nie.. rasanya macam time tu jugak nak tulis kat blog ni.. tp apakan daya!! keje berlambak2 dan masa cuti adalah cuti yang sepenuhnya..

Sebelum berangkat pulang ke rumah di seremban, dunia aku di maktab sememangnya dibelenggu keje yang berlambak2 sebab tu blog ni kian sunyi. Roket yang cantik itupun dah siap.. ada masa nanti, aku akan postkan gambar roket tue.. memang terbaik la.. mungkin antara roket yang terunik di dunia sebabnyer ada kaler2, corak2, ada segi2, bley tercabut2.. siap ada corak pucuk rebung, lambang wau, bubu, subang2.. masa nak bentang mmg gelak tak sudah.. hahaha!! Alhamdulillah kerja kumpulan kami akhirnya membuahkan hasil apabila dibentangkan , semuanye ok.. Cemerlang atau tak? Bukan la urusan kami nak menilainya.. biarlah Cik Zuraini dan Puan Hariton yang menentukan semuanya..

Cuti seminggu ni aku sekadar berpuas hati dan gembira bila abah ada di rumah sepanjang waktu ini. Abah ambik cuti seminggu memandangkan emak sentiasa bekerja.. Apapun aku gembira dgn emak dan pengorbanannya bila emak mengambil cuti sampai ke hari Isnin.. Itupun sudah lebih memadai utnuk kami sekeluarga. Kami menghabiskan masa bersama2 bershopping dan bersembang dari pagi hingga ke malam. Sepanjang cuti, walaupun emak bekerja tapi emak menyiapkan lauk2 kegemaran aku setiap hari. Tak pernah satu hari pun perut aku tak terisi dgn makanan yang sentiasa ada dalam pemikiran. Apalagi yang aku mahukan dari emak?? Semuanya dah tersedia. Sebagai anak, aku sentiasa mahukan emak tenang dan jangan fikirkan tentang kami adik beradik.. Sebab semua anak2 emak faham tentang kerja mak dan situasi emak.

Terima kasih gak kat sahabat aku yang bertandang kat rumah semasa cuti kali ni. Azizul Hakimi. Dialah yang mengurut kaki aku yang membengkak.. mengurut dgn sabar dan tenang biarpun aku meronta2, menjerit macam tak sedarkan diri.. sakit cik kiah oii kene urut..!! Dah la kaki membengkak.. Apapun semuanya kembali ok bila angin2 dalam kaki tu beransur2 keluar.. Kaki aku semakin 'kecut' saiznyer.. hehehe..!! Mak pun, terima kasih sebab urut!! Kadang2 teruk aku kene cubit dengan mak bila baru kaki kene sentuh aku dan terjerit2. Mak ckp aku ni manja sangat.. tapi aku tak rasa pun macam tu pun??

Terima kasih jugak kat Cik Yah.. mak kawan aku si Mardia!! Sebab telah mengambil berat dgn kaki aku dan sempat menyiapkan daun apa ntah.. yang aku ingat 'suasa 'jer nama hujung daun tu..!! dan kepada semua2 la.. kepada adik2 jiran aku selamat belajar.. Terima kasih sebab time2 cuti pun sanguup datang ke rumah tuisyen dengan aku..

Akhir kata untuk malam ni..
Doakan aku yang akan turun melangkah ke sekolah
Menjalani praktikum selama sebulan ke SK Mutiara Perdana, Bayan Lepas.
Semoga perjalanan aku dalam mengutip pengalaman menjadi guru akan terlaksana..
Insyaallah..
kpd junior2 sem 1 - selamat berSBE..
kepada Puan Haslina, guru sains ku semasa darjah 6.. selamat mengajar!!

p/s - emak, esok kejutkan abg pukul 5.30 pg!! 6.30 dah gerak ke sekolah.. huhuhuhu!!

No comments: