I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, March 1, 2010

Practical 6 & MSSPP

Semalaman aku tak dapat tidur bila aku terbayangkan citer seram afiq yang didengar dari Azurin yang dimaklumkan adik angkatnya 'miss ida' yg didengari dari Pakwenya.. hahaha.. begitu berpautan semuanya..!! hahaha.. yang menajdi mangsa adalah aku yang mempunyai imaginasi yang menjauh lebih dari infiniti akal..!! aku tidur bila afiq mengejutkan aku awal pagi.. dan bgun dari tido bila dikejutkan lagi dgn berita air takder.. pagi2 lagi kehidupan aku dah susah..!!

Hari ni menjalani eksperimen terakhir practical 6. Alhamdulillah.. bebanan aku yang terakhir ini menandakan bebanan yang aku takuti kini bakal berkhir dan lepas ni dah tak de lagi ! Untuk practical 6 ni kitaorang perlu menentukan nilai Pemalar Avogadro melalui proses elektrolisis.. Wow! dengar cam gempak jer.. huhuhu.. padahal eksperiment ni mudah jer!! hahaha.. untuk eksperimen ni kitaorang guna larutan kuprum sulfat yang berwarna biru. Timbang jisim asal kepingan kuprum dan selepas proses elektrolisis. Memang ada perubahan jisim di mana kepingan kuprum pada anod menipis dan pada katod semakin tebal. Kesimpulannya aku masih lagi tak tau dan kira2 masih belum terniat nak mempelajarinya. Apapun Nurizma Harliyana dah volunteer nak ajar aku! tq Kak Izma!! Sepanjang menyediakan eksperiment aku ada menghadapi masalah bila ammeter aku tak menunjukkan apa2 nilai arus.. agh sudah!! abis semua apparatus aku tukar.. reostat tukar, bateri tukar padahal td ambil dari kotak, wire tukar, ammeter pun tukar... last2 wire pada battery holder tak ketat!! sabar je ar.. jadi group aku memulakan eksperiment lambat sket!


Petang kelas kami berpeluang ke Majlis Sukan Sekolah-sekolah Pulau Pinang (MSSPP) di Bayan Baru. Tujuan berkunjung ke sini adalah untuk mendapatkan pendedahan dan pengetahuan tentang pengelolaan sukan ke peringkat yang lebih besar selain di peringkat institut. Secara peribadi, aku rasa sangat beruntung dan merasakan kunjungan kami kali ini tidak sia2 bila pegawai2 yang memberi keterangan dan penjelasan yang berkesan dan menyeluruh. Kalau disuauh aku menerangkan kembali, aku mungkin boleh menerangkan semula dgn baik, insyaallah. Di sini kami dapat mengetahui akan latar belakang dan sejarah penubuhan MSSPP, fungsi serta isu & cabaran MSSPP. Sebenarnya fungsi MSSPP ini sangat penting untuk membawa atlet2 muda di peringkat sekolah untuk berjaya dalam bidang sukan sehingga ke peringkat tertinggi. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak MSSPP untuk memartabatkan bidang sukan dengan melengkapkan infrastruktur sukan yang berprestasi tinggi.


Persekitaran di sini sungguh indah pada aku dengan bangunan MSSPP yang antik membuatkan pemandangan nampak indah, antik dan seseolah berada dalam sebuah kampung ditengah2 kota! Dihiasi padang yang agak lapang dan kawasan sekeliling yang bersih, memang menjadikan kita sihat kalau berada di sini. Aku memang sukakan binaan bangunan kayu..!.. dan antik!
Setelah diberi penerangan, kemudian jamuan kecil, kemudian sambung penerangan semula.. akhirnya kami sekelas dibawa melawat kawasan sekitar MSSPP yang sedrhana luas nie!! Masuk gym, stor sukan, asrama, dewan, bilik kuliah, bilik mesyuarat, taman kecil.. dan byk2 lagi..! Kecil tp lengkap. Dalam pukul 5 kami semua balik ke mktb semula..!!


Sebagai refleksi, dalam keadaan sekarang ni, bidang sukan memang dipandang enteng oleh kebanyakkan ahli masyarakat terutama ibu bapa yang mahukan anak2 mereka mengutamakan akademik sedangkan falsafah pendidikan kebangsaan sendiri mahu melahirkan insan yang seimbang.. Tak payah pandang jauh, .. aku sendiri terlibat dalam hal ini. Barulah aku menyedari sebagai bakal guru, sukan itu penting dan aku la yang bakal melenturkan kemahiran sukan anak2 murid ini yang aku umpamakan seperti rebung. Insyallah, aku akan sentiasa memikirkan perkara ini. Teringat pulak, bukti bidang sukan ini tidak diberi keutamaan apabila padang sekolah itu sendiri dijadikan tapak pembinaan makmal komputer dan lebih teruk dijadikan tempat parking kereta oleh sesetengah pihak pengurusan sekolah.. jadi bagaimana?? anda fikirkanlah sendiri ahli masyarakat bagaimanakah yang anda mahu jadi?!!

3 comments:

~ MaNjAlaRa ~ said...

experiment pemalar avogadro 2 bkn kita ade wat ke time sekolah dulu..
xsilap aku la..
ke kt sekolah ko xwat...??

Dr. Zuhaira said...

Salam Ikhram n semua pembaca blog Ikhram,

Jangan lepaskan peluang utk memenangi 4GB Kingston Data Traveler atau 250GB Maxtor External Hard Disk.

Sila layari:
http://emilayusof.com/2010/01/blog-survey/

atau pun anda boleh terus ke:
http://www.surveygizmo.com/s/187637/blog-evaluation

TQVM
-zu-

iKhRam said...

masa sekolah dulu, tak sempat nak buat nadia oii!! masa ni lah baru nak buat!!