I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, March 8, 2010

Space Craft The Making = Hilangkan Suram

Weekend yang teruk pernah aku rasakan. Sebenarnya dah lama tak rasa terkurung macam ni. Sepanjang hari Sabtu, barulah aku faham apakah itu erti 'terpenjara'. Sejak bangun pagi sampai nak ke pagi keesokkan harinya, banyak masa aku kat atas katil. Baru lah aku faham, kenapa orang-orang yang sakit tak pernah ingin hidup di wad2 hospital. Apatah lagi yang tak de orang melawat. Macam tu la aku bila sampai satu saat aku rasa macam nak menjerit jer.. tertekan sangat2!! Boley sewel tau tak?!!

Aku tak pernah sepanjang hayat duduk kat wad.. (kecuali masa bayi) dan kini wad di bilik hostel ni betul2 membosankan bila ada pulak pelawat2 yang bermacam2 jenis. Ada yang betul2 serius melawat (kawan2 yang tanya sama ada kaki tu bengkak lg ke tak??, yang tanya khabar?, yang bagi tips2 nak cepat elok).. ada pelawat2 yang menyakitkan ati.. ( ckp mcm mintak kaki aku patah la, masuk bilik buat cam bilik sendiri, buat semak tak reti nak kemas, menyakat aku la) .. pelawat yang tak tau bersyukur (dengki dgn mc aku, dengki dgn aku yang senang lenang berehat, dengki dgn aku yang sakit ni sebab die pun nak sakit) .. pelawat yang menghiburkan ( datg bilik siap berbual2, bergurau senda pasal mc aku sampai aku pun nak tergelak sama, makan bersama2) pelawat yang 'TAK BERJENIS' (menyakat aku sebab tak dpt g big jam... yang ni mmg aku BENGANG!!!)

Kenapa la KAKI AKU SAKIT TIME2 mcm nie.. Sapa tak bengang bile lalu bilik aku, cakap pasal big jam. Berlakon layar kat depan bilik aku.. konon2 tgah syok berkonsert. terloncat2 sambil angkat tangan, hayun kepala.. Menjerit2 nyanyi lagu2 bunkface la, faizal tahir la, shila la macam2 la.. Aku asalnyer tak la geram !! Tak kesah pun tak pegi SEBAB DAH REDHA DGN KAKI AKU NI KAN? tp bila dah diomok2 kan macam tu.. sapa tak bengang!! Tapi aku cool... Malas aku nak layan!! Sebabnyer diorang memang nak aku bengang.. tp sebenarnya aku tau, diorang sebenarnya caring kat aku. Diorang tau aku memang minat hiburan.. jadi, bila aku tak dapt pegi, macam ada je la yang tak kene kan? kan? kan?.. Thanks kawan2, sebab sebenarnye aku tak pernah benci, marah ker..?? sebaliknya aku suka! Itu tandanya aku masih dalam perhatian korunk semua!! Hahaha..

Lepas tu bila diroang semua pergi big jam tu.. memang rasanyer tinggal aku sorang2 jer kat hostel ni.. Sunyinyer.. terpaksa lah aku berBIG JAM kat bilik. Pasang radio hot fm, pasang speaker Amir Aminuddin kuat2.. dengar la!!.. kira big jam jugak la tu! Nasib baik makan malam, Afiq Ismail dgn Fuad Jahaya ada temankan aku makan.. Aku makan nasi ayam malam tu..!! siap dgn hot dog!!

Ahad, kami satu kumpulan bersungguh-sungguh menyiapkan Space craft. Bayangkan kumpulan lain semua dah mula buat.. sedangkan kami belum mula apa-apa pun. Ikut perancangan, nak mula dari hari Jumaat ganti ker hari sabtu. Dari hari sabtu tangguh lagi ke hari Ahad. Itupun patutnye mula pagi ahad, dpat lagi tangguh ke lepas zuhur. Nasib baik lepas zuhur jadi. Kalau tak, tak tau la.. Dalam pukul 2 kami start. Alhamdulillah berkat dari kesungguhan, percambahan idea dan saling lengkap melengkapi dalam kolaborasi ini, akhirnya, kerja2 menyiapkan space craft hampir 60% siap.


Tak cukup siang, malam pun aku cuba menyiapkannya bersama ahli2 kumpulan lelaki yang lain. Alhamdulillah bila dah siap separuh ni, rasanya macam tak sabar2 nak melihat rupa bila spacecraft ni dah siap nanti. Apapun, terima kasih kepada setiap ahli kumpulan.. yang tak pernah merungut menyiapkan apa2 tugasan walaupun sebenarnya kita berada dalam keadaan yg sgt2 kucar kacir.. terima kasih juga kerana tidak pernah berkira dalam membuat tugasan. Sangat2 menghargai kalian..!!

Lepas jer siap, aku singgah ke bilik Jailani dan Zul. Bergurau senda dan gelak ketawa bersama-sama bila ada antara kami yang membuka kesah2 silam ketika di blok ciku. Masa tu kami semua dalam semester 1. Antara yang ada, Hanis Safwan, Zulfadli, Jailani Ton Mohamad, Azurin Abdul Rahman, Fadhli Daud dan aku.. Aku tergelak besar sebab malu, bila hal2 kesilapan aku masa tu diputarkan.. Malu gile masa tak matang dulu.. hua! hua! hua! malu doh..!! Apapun, cite tu la pun yang bestnyer nak ingat2 balik.. hahaha!

Kaki aku pun dah banyak eloknyer.. Aku dah boleh gerak byk.. aku dah boleh jalan tak berkerusi beroda tu lagi.. Cuma aku tak byk la berjalan.. Sakit dah tak de sgt.. cuma bengkak tu je la yang tak hilang2..!! Apapun aku ok! Cuma aku harap, aku akan cepat sembut dah mudah nak bergerak bila masuk je kelas nanti.. kalau tak banyak, sikit pun jadi la!

2 comments:

Herdoni Wahyono said...

Pengalaman yang sangat mengesankan di kala suka dan duka. Hidup serasa begitu indah bersama keluarga dan teman yang baik hati dan penuh perhatian. Semoga lekas sembuh.

iKhRam said...

terima kasi herdoni Wahdoyo.. suka benar mendengar kata2mu yg indah.. rasa ubat di kala kesakitan merawan. doa kamu aku jadikan harapan agar aku cepat disembuhkan oleh Yang Maha Esa. Allah SWT.