I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, April 29, 2010

Cerita Lama - Open Day

Lamanyer tak menulis.. namuh hasrat menulis tetap ada.. maklum sajalah terlalu banyak peristiwa yang berlaku sejak kebelakangan nie, termasuklah yang baik mahupun tak.. namun amat beruntung kerana dikelilingi kawan2 yang selalu menemani suka duka hidup sebagai pelatih.. Hari ni nak cerita kisah yang dah lama.. tp masih sentiasa di ingatan..

Hari Terbuka Asrama


Mula-mula masa dengar pasal Hari Terbuka ni macam tension jugak la.. Lebih-lebih lagi Hanis Safwan ajak aku join die jadi pereka dalaman blok amra... Aku sebenarnya bukan reti sangat...!! tapi aku ikutkan jugak.. maksudnyer die percayakan aku la tu.. Lepas berbincang kami dah setuju untuk memilih konsep klasik kontemporari. Jadi semua nama2 ruang di dalam blok ni kami gunakan bahasa lama-lama.. ala2 bahasa sanskrit la kononnyer.. hehehe..

blok amra - teratak seri amra
bilik tv - kamar penglipur
ruang lobi - balairong seri amra
papan kenyataan - prasasti info seri amra
bilik mandi - kamar bersiram
tempat ampaian - anjung seri amra
bilik penghuni - kamar
lorong bilik - susur tepak sireh

Kami sama-sama menyiapkan langsir tanpa benang.. Orang laki2 kan kreatif. Kitaorang guna stapler jer ganti benang dan guna gelang getah untuk buat bunga kat tengah2 langsir.. siap ada ropul2 lg.. haha.. tq Abdillah kerana membantu dalam penghasilan langsir.. dari lobi dah nampak dah! Lepas tu siling lorong, aku dan Hanis Safwan dah beli kain kosong pink dan purple cair untuk dibuat lelangit. Kami berdua dah gunting kain tu selari sebanyak 16 jalur. Kerja2 ni mcm sinonim sgt untuk kami berdua. Dan usaha melilitkannya di siling lorong dilaksanakan oleh Faiz Syahmi, Fazreen dan Faris. Alhamdulillah usaha ni memberi kesan yang menarik sepanjang laluan amra kami namakan Susur Tepak Sireh Kduk Menjunjung. Ruang lobi juga cantik dengan meja yang berbalut kemas di samping papan kenyataan yang cantik berhias. Pasu2 juga diletakkan indah ditaburi batu2 sungai di sekitar pasu..!! Memang blok kami berubah seratus peraus..!! Cantik..

gambar terpaksa dikaburkan atas permintaan ramai.. hehehe!


Bile pengarah mai.. memang respon positf. Adalah seorang lecturer ni.. Pejabat die depan jer tingkap aku.. jadi masa hari terbuka ni, die memang nak tau sapa yang menghuni bilik aku tue. Jadinyer die pun dah kenal aku.. Aku lah pemilik kamar itu..!! Aku rasa malu2 sket la, sebab tak sangka aku ni slalu diusha (diperhatikan). Tp bilik aku ni mmg selalu pun kene usha dgn orang tak kire laki ker perempuan dan apa saja jenis darjat manusia kat maktb nie.. tp nak dijadikan citer.. aku bley tak kenal sapa lecturer nie siap lagi tnya dari department mana.. Apa lagi mmg kene 'basuh' la.. tp memang terhibur la bila dah ada peminat sendiri nie..

Petang berpeluang melawat blok Pala.. apalagi redah ar masuk bilik classmate perempuan. Selama ni hanya kenal mereka kat luar jer.. Kali ini kami terjah bilik diorang. Dah macam Jimmy la pulak dalam Trek Selebiriti. Bilik mereka semuanya cantik-cantik dan kemas2. Dapat tengok arnab sapa ntah kat paras diorang..!! Masuk bilik Nadiya Khalik, terbentang teddy bear yang aku hadiahkan masa birthday die.. kat kepala katil die ada keratan akhbar kelebihan berzikir untuk menjadi pelajar cemerlang.. patutla Nadiya Khalik bijak kat dalam kelas.. Masuk kat bilik Fariezza dan Aisyatul Nur, kami semua masuk ramai-ramai dan berbual sama-sama & ramai2.. sempat lagi temankan kak iezza lipat kain kebaya..



Begitulah riangnya hari terbuka kolej kediamana sehinggakan terdengar suara memanggil semua pelawat keluar dari blok. Begitulah tamatnya hari Terbuka ini..


p/s - bilik aku.. dulu, kini, selamanye.. macam ni je la!! x berubah-ubah..!!


2 comments:

madihah said...

cntik bilik..time snap je kot ?

iKhRam said...

huhuhu... time snap dengan time hari2 bezanyer sket jer.. hahaha