I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, March 5, 2012

Al Fatihah - Atuk Talib

Janji Tuhan sentiasa benar. Bila datang sesuatu ajal manusia, tidak akan tercepat sesaat malah terlewat sesaat juga tidak. Begitulah keadaan kami sekeluarga yang kini terpaksa merelakan kepergian atuk Talib yang amat-amat kami sekeluarga sayangi.


Takdir Tuhan, aku bersyukur kerana di pengakhiran hayat atuk, aku berpeluang menghabiskan banyak masa dengan atuk. Saat bersama dengan atuk berdepan dengan saat-saat cemas di hospital.. saat-saat atuk di rumah kami.. malah saat atuk menghembuskan nafasnya terakhir.. sehinggalah ke liang lahad. Aku bersyukur..


Terkenang saat-saat bersama arwah atuk ketika sepanjang perjalanan ke kampung halaman di dalam van jenazah sebentar tadi.. Air mata bagai tidak dapat ditahan-tahan lagi.. terimbau segala kenangan manis suka dan duka bersama atuk. Sebagai anak cucu lelaki sulung atuk, aku bersyukur dapat sama-sama berbakti pada usia tua atuk walaupun setiap bantuan aku itu tidak sedikit pun mampu membayar jasa dan pengorbanan atuk untuk keluarga kita.


Namun sebagai 'abang'... abang buat segalanya yang termampu.


Masih segar dalam ingatan abang, bagaimana cemasnya kita berdua bila doktor mahu abang memasukkan tiub kencing ke dalam badan atuk.. Aku cemas, panik, kasihan.. malah abang geram.. abang tak sampai hati nak menyakitkan atuk.. penyudahnya, kita sama-sama menghabiskan seminggu berhari raya di hospital.


Setelah sekian lama rumah hingar dengan telatah atuk.. dengan kerenah atuk, sendu atuk, jeritan atuk, dengusan atuk, rungutan atuk,... akhirnya malam ini rumah ini sunyi sekali. Tiada lagi semua kenangan-kenangan itu lagi.. Luluh rasanya hati ini..


Atuk.. abang dan adik-adik bukanlah cucu yang sempurna buat atuk.. namun kami bertiga telah berusaha menepati apa saja keperluan atuk dengan sebaik mungkin mengikut kemampuan kami. Abang dan adik-adik percaya, di penghujung usia atuk ini, kehadiran atuk telah memberi makna yang besar dalam hidup kami.


Abang bahagia mengenali dan hidup bersama atuk. Sikap pemaaf atuk wajar jadi ikutan. Abang percaya, ketiadaan atuk pasti memberi kesan besar dalam hidup abg. Tidak mungkin abang akan melupakan atuk...

Wahai atuk yang abang kasihi dan abang sayangi. Pergilah atuk dengan tenang di sana. Abang tetap mendoakan kesejahteraan atuk dan semoga ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang beriman. Amin.


Al Fatihah





p/s - tiada apa yang bermakna selain selain membantu dan menjaga ibu bapa di hari tua. Emak, emak contoh terbaik buat kami, anak-anak mu...
.

9 comments:

Zamri A. said...

Al Fatihah. Semoga roh Arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang dirahmatiNya. Amin.

izfanora said...

al-fatihah.. entry ni buat izfa sayu.. semoga roh arwah dicucuri rahmat..

izfanora said...

al-fatihah.. entry ni buat izfa sayu.. semoga roh arwah dicucuri rahmat..

izfanora said...

al-fatihah.. entry ni buat izfa sayu.. semoga roh arwah dicucuri rahmat..

fariha said...

salam takziah. setiap yang dicipta pasti akan kembali kepada penciptanya..

ckLah @xiiinam said...

takziah buar seisi keluarga...

Khairul Antasha said...

Salam Takziah.. moga roh arwah ditempatkan di kalangan org beriman dan beramal soleh. Amin..

sarah zulk said...

smoga atuk tenang disana berteman doa2 dri cucu soleh beliau..salam takziah..

c'axoera ヅ said...

alfatihah >_<