I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, March 18, 2012

KONVOKESYEN Saya.



Teringat enam tahun yang lepas.. Saat-saat selepas mendapat keputusan SPM.. dalam hati bersyukur kerana mendapat keputusan yang mampu membuat aku menarik nafas lega. Pada masa itu aku sedar bahawa aku bukanlah seorang pelajar pintar, namun seorang yang telah kuat berusaha.


Namun lain pulak bila sampai di rumah. Mak hanya menggeleng kepala. Kerana pada emak, keputusan yang baik adalah 10 A. Mungkin emak berfikir spm sama seperti upsr dan pmr yang lalu yang mudah mengejar bilangan 'a'.. sedangkan pengiraan merit tidak sebegitu..


Akhirnya, aku menjadi seorang guru ganti akibat dari rasa was-was emak yang terlalu memikirkan masa depan aku yang sangat kelam pada masa itu. Namun aku tetap percaya keputusan spm aku tidak seteruk yang emak fikirkan.. hahaha..!!


Bermula dari pengalaman sebagai seorang guru ganti yang sngat-sangat muda itulah yang mendorong aku memilih untuk menjadi seorang guru seperti hari ini. Dalam hati tak sudah-sudah menyebut perkataan syukur.


Hasilnya, aku diterima masuk menuntut di Institut perguruan di pulau pinang. Hati emak dan abah sangat bangga. Bagi mereka, peluang untuk aku mengukir masa depan yang cerah adalah sanggt jelas pada masa itu. Yer, aku akui, restu mak abah dan pilihan mereka adalah yang terbaik.


Bergelumang lima tahun setengah dengan kepayahan menguasai bahasa inggeris untuk subjek sains pada masa itu, sungguh menjerat perasaan aku. Ditambah dengan persaingan dengan rakan-rakan yang sangat-sangat hebat, memang mempelawa aku untuk bersaing sama.. Dengan cabaran memahami pelajaran baru.. memang menggugat kesabaran iman dan kecekalan hati. Tapi aku tetap percaya dorongan dari emak dan abah serta bantuan dari pensyarah dan rakan-rakan memang sangat-sangat membantu.


Bayangkan, aku yang awalnya mengarang essay pun tak reti, apatah lagi mengarang lab report yang susah tu pun merangkak-rangkak, akhirnya mampu membuatnya sendiri setelah bertahun-tahun berusaha. Dan aku percaya mungkin hari ini, cikgu-cikgu bahasa inggeris pasti tidak menyangka dengan perubahan ini... hehehe..


Bermula dari bukan siapa-siapa, akhirnya aku belajar untuk mencapai cita-cita. Semuanya berbekalkan kesabaran, usaha dan tawakal. Doa ibu bapa dan yang lain-lain. Setelah lima tahun setengah di maktab, akhirnya aku memegang segulung ijazah yang sangat-sangat aku idam-idamkan. Ijazah ini sangat bermakna kepada aku.. yang selalu bermain air mata dan keringat sebenarnya.


Alhamdulillah.


Teringat bila ditanya tentang cita-cita bila sudah besar sewaktu tamat spm dulu. Jawapan aku,

" Cita-cita saya tak besar, tak kisah jadi apa, asalkan berguna kepada bangsa dan negara.."

.

p/s - tak kisah la nak jadi apa, asalkan tak jadi penagih dadah. Saya bangga menjadi guru.
.

15 comments:

Umar said...

Tahniah. setuju dgn kata2 anda.. berbakti pada negara

::FAIZ:: said...

Assalamualaikum, tahniah saudara... semoga kamu beroleh kebaikan. amin.

Kathy Tuah said...

tahniah..*penah bercita2 nak jadi cikgu..tapi..belum ada rezeki kut :')

Salwa said...

Berkat usaha menimba ilmu kan.. :)

pembaris said...

masa orientasi form 1,pengetua tanya cita2..sorang pun tak ada cakap nak jadik cikgu.dia frust jugak

cha zainol said...

aku best masa konvo tu jumpa mak and abah kau. heeee :)

Nia Ridzwan said...

tahniah bro! :)

Edy Fee said...

wah kakak aku sesi petang...hehehehe bestnye dh konvo

delarocha said...

segak bergaya..tahniah ya

yaya nazeerah said...

tahniah, insyaAllah akan ikut jejak kamu 2013 :)

syakey said...

congrats atas kejayaan anda! (:

c'axoera ヅ said...

mudahan apa yang kita niatkan termakbul hendaknya kan....amin....

Ikhram! cik megatron dtg nihhhh heheheh :D

amir aizat said...

congrats cikgu !

etuza said...

tahniah ya dah jadi cg kan..bertuah mak

fakhri khairi said...

terharu, dan agak sedih bila baca post ni. entry cikgu ni buat saya teringat balik time dapat tawaran maktab dulu, tawar hati nak menerimanya kerana cita2 saya adalah ingin menjadi seorang arkitek. saya dapat tawaran tu kat Uitm tp saya ikut sahaja kata mak ayah bila mereka mahu saya jadi seorang guru. bila saya tengok muka mak saya bertapa gembiranya dia bila tengok saya dapat tawaran ke maktab, saya pergi. Tetapi harini barulah saya faham kenapa mereka berbuat begitu, mereka cuma mahu masa depan yg cerah buat saya dan mahu saya berbakti pada anak bangsa. Dan hari ini saya sedar yang saya sudah semakin sebati dan minat dengan kerjaya guru ni. impian saya sekarang bukan saja mahu pemegang segulung ijazah tetapi mahu berbakti pada negara. Insyallah, 5 tahun lagi. Doakan saya berjaya cikgu :)