I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, November 10, 2012

Berpisah Itu Lumrah Alam.

 
 

Akhirnya, waktu yang aku hitung-hitung sudah meniti tarikhnya. Malam sebelumnya ada jamuan perpisahan asrama. Orang makan, aku asyik menung saja. Sudahlah 4 orang mahu bertukar ke sekolah menengah, ditambah pulak dengan 3 beradik yang mahu berpindah ke Sungai Petani secara tiba-tiba.
 
Aku rasakan kehidupan begitu tidak adil masa ini.
 
Ada ketikanya, Allah akan uji kita dengan mengambil orang-orang yang kita sayang. Yang meninggalkan aku kali ini adalah murid-murid yang paling aku harapkan. Yang selalu membantu aku, yang selalu menjadi penghibur di saat hati sunyi, yang selalu membawa kegembiraan.
 
Ada masa bila aku memikirkan kehidupan aku sebagai seorang guru dan warden pada tahun depan, air mata pasti akan mengalir. Kali ini sangat-sangat deras. Aku menjadi sangat lemah. Kenangan-kenangan yang manis pada masa lepas itu adakala bertukar kepada racun menghakis kekuatan aku.
 
Aku takkan pernah terfikir akan jadi begini untuk perkata-perkara seperti ini. Bukan tidak pernah berpisah dengan sesiapa. Tapi kali ini, aku memang kalah.
 
Pada malam sebelum hari terakhir, banyak perkara aku pesankan pada mereka . Di dalam bilik warden, aku berpesan banyak perkara. Belajar rajin-rajin. Selepas ni, pelajaran di sekolah menengah lebih sukar, tapi seronok untuk dipelajari.Pandai-pandai memilih kawan, jangan berkawan dengan kawan yang malas belajar dan merokok. Jangan ponteng kelas. Hormati guru.
 
Sebenarnya aku nak cakap , "Jangan lupakan cikgu, sebab cikgu takkan dapat nak lupakan awak berdua".. tapi aku simpankan saja.
 
Aku sentiasa memahatkan doa, agar akan ada orang yang dapat menjaga mereka di sana lebih baik dari aku menjaga mereka . Kerana mereka berdua sudah terbiasa diberi perhatian.
 
Harapan aku, agar mereka dapat mengejar cita-cita dan menjadi orang berjaya.
 
Selepas ini, sebagai seorang guru aku harus menjadi seorang yang lebih bersedia dan kuat menghadapi apa saja yang mendatang. Jiwa yang lemah seperti ini harus aku hentikan biarpun yang patah itu gantinya tidak akan serupa.
 
Aku percaya, terdapat anak-anak murid yang lain yang memerlukan perhatian aku selepas ini. Insyaallah, aku berjanji unutk melakukan yang terbaik untuk murid-murid aku. Cikgu bertuah mempunyai peluang mendidik kamu semua.
 
Menjadi guru pendidikan khas selalu menjadikan aku seorang guru yang istimewa.
 
p/s - tahun depan menjadi guru kelas untuk pelajar tahun 6 atas penglihatan. Tanggungjawab makin bertambah untuk digalas bagi melahirkan warga anak-anak khas menjadi seorang yg bijak sains.
.


8 comments:

sarah zulk said...

:-) bagus.

~SYAR M E E Z E~ said...

bbyk bersabar ya.. :)

ewanthology said...

Besar jasa mengajar di sekolah khas ni

♥ Nana BamBam ♥ said...

lumrah kehidupan sebagai seorang guru :)

Ooh Deo said...

aku suka cikgu macam ko.. sbb sekarang ni ramai cikgu yg pandai mengajar tapi tidak pandai mendidik..

sbb sudents sbnrnya nk cikgu2 ini sentuh hati mereka, bukan hanya minda..

Semoga terus berjaya dalam mendidik anak bangsa..^_^

Ermizi Muhamad said...

Semoga dapat berbakti pada masyarakat.

Terima Kasih sebab beri komen yang begitu mengesankan dekat blog saya.

محمد رازيق said...

memang payan nak berpisah dengan suatu yang kita rapat. tapi mahu atau tidak kita perlu. semoga terus berbakti pada anak bangsa

ellynadyra said...

cikgu kena belajar bercakap terus ngan student, tak mo pendam2 ye....pastinya derang lebih suka kalau cikgu zahirkan apa yang ada dalam hati cikgu!