I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, March 2, 2010

Injured

Hari ini aku merdeka buat sementara sebab dari pagi sampai ke petang kelas tak der!! Sebab kitaorang sekelas dpt adjust masa kuliah education dgn madam soo hoo kepada hari esok, miss lecthumi pulak g observed praktikum, puan haliza tak der untuk tutorial peribadi.. dan kelas pj ditangguhkan.. dan yang tinggal hanyalah latihan olahraga.. kui kui kui!

Hari ni cuti yang amat malang rasanya.. sebab dari pagi td sampai petang letrik tak der !! Tekanan betul. Aku ni macam dah lali bila air dan letrik tak der. Tido dalam berpeluh2.. ! Panas ! Dah la sekarang ni Penang ada gejala pemanasan global yang kronik.. Bila letrik takder semuanyer jadi tak selesa. Kalau semalam.., air takde, ari ni letrik pulak balas dendam takde.. Aku kadang2 fed up jugak dgn keadaan ni.. tp aku nak marah kat sapa.. ?? Sendiri marah, sendiri dengar. Kadang2 rasa cam nak merayu jer..tolonglah perbaiki taraf hidup kami yang bermasalah ni. Kesian kat rumate aku sampaikan dah tidur atas lantai dah! kadang2.. pagi2 bangun terus otak terfikir risaukan air ada ke tak?? sempat tak masuk kelas kalau air tak de.. kalau tak pun risau tgok kipas pusing ke tak?? nak iron baju macam mana klau letrik tak der.. macam2!! sebab tu persediaan awal tu penting..!!

Petang, dengan bersemangat turun ke padang. Hari ni kami akan menjalankan latihan olahraga bagi lompat kijang. Seronok jugak bila belajar teknik2 pergerakan yang betul serta mempelajari teknik ansur maju untuk digunakan bagi menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran ketika mengajar di sekolah nanti. Bermula dgn latihan yang mudah ke susah! tapi dari mula lagi dah susah..!!


Aku tengok semua orang enjoy melakukan aktiviti ni.. jadi aku pun amik peluang untuk mencuba.. semua percubaan aku ok.. sampaikan yang terakhir.. kaki aku terpelecok. memang kuat gila bunyi tulang kaki aku 'terpele'ot'. Aku memang risau giler masa tu.. sebab aku memang tak biasa guna kaki kiri.. Masa tu Allah jer yang tau betapi takut dan sakitnya aku. Aku risau giler kaki aku patah sebab aku rasa tapak kaki berlipat masa melompat tadi. kuatnyer bunyi kaki aku melipat tu sampai budak2 pompuan yang dekat2 pun dengar. Apapun nasib baik ada Jailani Ton Mohamad yang suruh aku pusing2kan tapak kaki dan Faiz Syahmi yang tolong urut2kan sket kaki aku.. Akhirnya aku balik dgn keadaan aku sakit macam tu dari padang ke bilik hostel..


Malam.. kaki semakin membengkak.. risau jugak. Seumur hidup aku tak pernah lalui benda2 menyakitkan macam ni. Sebab aku dari kecik hidup lasak pun tak! Nak pegi bilik air yang sejengkal tu pun rasa cam berbatu2.. padahal bilik air sebelah bilik jer..!! Bertongkat penyudahnyer..!! Esok tak tau la mcm mana nie??!! Ikut perancangan, aku memang kene g klinik esok melalui HEP! Jadi malam ni bukan lagi setakat memerap kat bilik.. tp terpaksa memerap kat atas katil.. sakit cik kaki ni Cik Bedah oii!!!

kaki membengkak setakat jam 7 ptg

makanan untuk orang sakit, k?

p/s - thanx jai sebab tolong sapu ubat and balutkan kaki aku!!

3 comments:

Unknown said...

Proses pembelajaran yang harus dilalui walaupun kaki sakit namun tidak boleh menyurutkan langkah menyongsong hari depan yang cerah. Hidup akan lebih indah dengan selalu optimis dan terus bersemangat. Memang banyak pernik kehidupan yang kita hadapi dan lalui. Semoga sukses.

iKhRam said...

wow! bahasa kmu herdoni Wahyono mmg indah.. memberi inspirasi kepadaku.. terpikat dgn kata2mu.. bak ubat pada kesakitanku ini.. bicaralah lg herdoni wahyono..

sham said...

ala...ciannyer dier...