I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, March 10, 2010

Keinsafan

Petang tadi, aku masih lagi terperap kat bilik. Sedang asyik membelek-belek blog orang lain menerusi link2 blog yang sedia ada. Mata aku tertumpu pada satu entry dari blog http://ethehump.blogspot.com. (maaf mengopy cerita ini tanpa kebenaran, tp niat saya untuk memberi pendedahan yang baik kepada pembaca) .

Kisah entry ini membuatkan hati aku tersentuh lantas air mata aku cepat benar menitiknya.. tp tak banyak, 2 3 titik jer k? hahaha... Lelaki kan?? Kisah ni memberi aku 1001 inspirasi bagaimana mahu menjadi bakal guru yang adil dan saksama dalam menilai sesuatu perkara pada masa alam persekolahan nanti . Tak cukup dengan melihat dan mendengar, kemahiran untuk memahami dan empati terhadap orang lain adalah perlu bg menjadikan seorang guru itu bukan saja guru malah pendidik di hati setiap anak2 didik malah juga kepada masyarakat. Masihkah kita ingat cerpen inggeris 'The Pencil' yang ditulis oleh Ali Majod yang merupakan penulis kelahiran negeri saya juga.. Dalam usia tiga belas tahun itu mampu membuat saya berfikir, betapa keadilan seorang guru itu merupakan hukuman yang tidak berbelah bagi kepada seorang anak kecil yang naif dan lurus. Secara jujur, saya tidak mahu menjadi guru yang sebegitu.. (dalam usia begini, aku benar2 maksudkan kata2 aku ini)

Jadi ikutilah kisah ini..

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.

Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah.

"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya

"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"

" Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu,

"Maafkan cikgu, ......."

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Bukan mengisafkan dia jer, dengan aku2 pun insaf. Harap sesiapa yang membaca kisah ni boleh mengambil iktibar dan muhasabah diri betapa bersyukurnya kita kerana dikurniakan kehidupan yang lebih baik dan selesa dari kisah ini.. Alhamdulillah!!

1 comment: