I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, March 3, 2010

Lawatan ke Hospital Penang

Kalau muka aku cengkung sejak kebelakangan ni aku dah tau apa sebabnyer?? Sebabnyer dah berturut2 aku tak tido semalaman. Malam tadi aku tak berjaya melelapkan mata bila terpaksa menyiapkan discussion sunrise dan melayan kesakitan kaki yang membengkak.. berdenyut2 sakitnya. Kalau orang lain anggap sakit aku ni sbg perkara kecil.. tp pada aku secara peribadi, ni la pelajaran yang terbaik untuk aku menghadapi kesakitan.


Bangun je pagi.. memang tergelak sendiri bila tengok kaki membengkak dah macam kaki orang sakit jantung pun ada, macam kaki makcik2 yang mengandung pun ada.. Tak pernah seumur hidup aku, anggota badan membengkak sebegini besar.. Hahaha.. Pukul 8.30, aku yang ditemani Hanis Safwan ke HEP dan dibawa ke Hospital Penang oleh Mr Bala dgn van maktab. Memang azab la aku nak turun dari bilik ke HEP, lebey2 lagi nak turun tangga. Sampai kat Hospital, disebabkan kerusi roda tak de yang kosong.. aku terpaksa berpapah dgn Hanis ke tempat pesakit luar. Punye la jauh sampaikan aku terpaksa berhenti beberapa kali dari berjengket2.. Malu masa tu hanya Allah jer yang tau bila orang ramai tertengok2 aku terjengket2.. tp aku terpaksa ketepikan semua tu asalkan aku cepat sampai. Di sini kami perlu menunggu untuk diperiksa.. maksudnyer aku la.. hahaha! Bilik No 8 dengan angka giliran 018.


Alhamdullillah.. setelah menunggu.., akhirnya aku dicheck oleh Dr Viroshini. Best doktor India ni.. senyum jer tp nurse die yang masam mencuka. walauapapun perkhidmatan mereka berdua sgt cemerlang. Itu aku puji .Dari bilik ni, kami disuruh ke bilik 012 yang merupakan bilik X-ray. Kat sini aku terpaksa menunggu lagi. Nasib baik kali ni Hanis Safwan dah pun dapatkan aku kerusi roda sebiji. Jadi tak la teruk sgt aku nak kene terjengket2 nak ke sana sini.


Masa tengah tunggu giliran, mata aku tertumpu pada seorang wanita india tua yang tak sudah2 membebel kepada anaknya. Menerusi tutur inggerisnya menampakkan yang die tak sabar2 lagi menunggu giliran dan bimbang no angka gilirannya telah berlalu.. Anaknya pula tak sudah2 menyakatnya agar tenang. Bising jugak mereka sampaikan aku dan Hanis Safwan tergelak sendiri. Aku melalui proses x-ray dengan tenang cuma akibat kaki aku yang terlalu panjang ni, menyulitkan sedikit pergerakan kaki bila terpaksa mempamerkan posisi kaki seperti yang dimahukan oleh pegawai pengimejan td.. Nak ckp sikit, akak X-ray td cun sgt2!!


Sementara menunggu hasil X-ray kami berdua ke kantin untuk makan. Habis makan dan membeli belah sket kat hospital, kami kembali semula kat bilik no 8 td. Menurut doktor, kaki aku tak ada2 apa yg kronik melainkan tendon aku radang bila mempertahankan tulang dari terjatuh. Oleh tu aku diminta untuk rendam kaki dengan ais atau air masak dan tidur dengan kaki diletakkan pada aras yg tinggi. Dia juga nasihatkan aku supaya tidak banyak berjalan melainkan ke bilik air jer.. ok, aku dengar nasihat doktor tu!

Byk pelajaran yang aku dpt sebenarnya bila aku dah alami kesakitan macam ni. Macam biasa, orang ramai akan cakap bahawa semua yang terjadi ini adalah sebagai tanda yang Allah sayangkan aku.. Alhamdulillah. Selain itu, melalui kesakitan ini, barulah aku mengerti bagaimana kesengsaraan orang2 yang tidak mempunyai kaki. Merasakan penderitaan mereka buat sementara. Aku insyaallah, hanya cacat buat smentara sahaja, tp deritanya agak menyulitkan. Bila di hospital, semua ini memberi kesedaran kepada aku akan kepentingan penggunaan kerusi roda kepada pesakit. Antara lain, dengan kesakitan ini juga kita dapat menilai harga persahabatan dan pengorbanan rakan2 kita bila ada yang mengambil berat tentang kita dan sanggup membantu kita apabila diperlukan.

Aku sangat2 berterima kasih kepada Hanis Safwan yang terlalu banyak membantu aku dengan sabar dan berhikmah. Memang boleh jadi nurse cemerlang la! Begitu jugak Jailani, Zul, yang tak sudah2 memberi arahan untuk merawat kesakitan aku ni.. Kawan2 yang lain, Afiq Ismail dan Fuad Jahaya yang membantu membelikan aku makanan, menyiapkan rendaman air sejuk dan sebagainya. . Mr bala yang menghantar aku ke hospital.. Mr Choong yg sudi memampah aku dari HEP ke blok Amra tanpa mengira status.. pensyarah2 dan kawan2 lain yang sudi melawat dan bertanya khabar.Ttak tertulis rasanya nama semua sebab ramai..!! chewah.. cam la femes sangat??!!.. huhu
Semoga kesakitan ini bakal lenyap dgn cepat dan ingin aku hayati mc yg julung2 kalinya aku dapat.. hahaha!!


p/s - hasil lawatan:
mc selama tujuh hari.. menginap di katil sendiri

beberapa biji ubat yang perlu dikunyah dan dikulum.

3 comments:

Atiqah Alluru said...

awatt ni ikramm oi..kaki tu bengkak sgt tu awatt??smpai nek kusi r0da..ko g maen busut mane ni?

qamarguyz said...

salam ziarah..
uik..mmG betul2 bengkak kaki k0 nie..
m0ga cepat sembuh br0..
sambil2 tu ley la renungkan kekerdilan diri kan, m0ga ada hikmah & pGajaran..
syukran ala ziarah

Misz Nuriz said...

ishk3..mmg teruk la bengkak tu..
anyway, smoga cepat2 sembuh yea..
rest byk2..hi3