I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, February 28, 2010

Weekend @ Bayan Lepas

Lepas je balik dari main rollerblade dgn karaoke tempoh hari.. keesokan harinya.. memang aku terlantar la kat atas katil.. punggung sakit, tangan sakit, kaki sakit.. belakang sakit.. semua sakit!! tp takkan aku nak marah kat diri sendiri kot?? aku redha.. hahaha! (pasrahnyer ayat!)

Apapun. aku sekadar duduk di bilik, mengemas bilik yang dah berterabur seperi mana teraburnya akal aku ni.. basuh baju yang berlambak2 kat raga.. sapu2 sket lantai dgn penyapu Luqman yang hanya boleh disapu di dalam kawasan bilik sahaja dan sebagainya.. Walaupun bilik tak seceria dulu, tp aku harap aku masih selesa tinggal di bilik nie.. Aku percaya bilikku, syurgaku..Dalam pukul 6, keluarga mr edzwan datang menjemput aku ke rumah mereka. Terharu jugak bila mr ezdwan cakap mak dia sendiri yang ajak aku datang. terima kasih kpd semua.Jadi sepanjang hujung minggu ni, aku berada di rumah mereka..

Pagi sabtu, ada sesi pelajaran mengecat bilik. Dgn berbaju pinjam (sebab takut cat kene baju) aku mengecat bilik. Alhamdulillah, seronok gak buat keje nie walaupun kadang2 macam pening2 kepala sket sebab mendongak. Sebenarnya aku jarang2 mengecat. Kalau kat rumah, memang abah takkan panggil aku buat keje2 mcm nie. Sebab die tau daripada dia ajak aku, baik die buat sorang2.. hahaha! Tak lama kami mengecat, dalam sejam, bilik ni abis siap dicat.


Petang pulak sesi berkaraoke.. hahaha..!! Kali ni mr edzwan pasang set karaoke yang dia beli minggu lepas.. mula2 nak guna tv.. tp disebabkan remote pemain dvd tu ada masalah sket.. kami terpaksalah guna laptop..!! Wow! memang maju la skrg ni..!! Walauapapun sesi karaoke memang berjalan dgn cemerlang.. Dgn adanya penyanyi2 terhebat mcm daniel, kak long, kak ngah, kak naz (kalau tak silap), kak thir, kak dania, dik man, mr edzwan dan aku sendiri.. memang konsert karaoke kitaorang ni antara yang terbaik kat Bayan Lepas . Aku memang puas hati la bila nyanyi ramai2 mcm ni. Memang best! Lebih2 bile nyanyi lagu 'Aku Stacy' dan ' Sayang Sayang'... huhuhu!! Caya ar semua orang!


Malam, ada besday parti meraikan hari ulangtahun kelahiran adik perempuan mr edzwan yang aku panggil 'akak'. Hepi Besday!! Macam2 makanan ada tp yang aku makan paling byk sate dgn nasi goreng. Memang best! kenyang sgt malam nie.. Hati aku rasa terhibur dikelilingi ramai orang terutama budak2 yang melayan aku dgn baik sekalii. Tak tahan dengan celoteh daniel yang lucu, adik nana yang asyik nak makanan bungkus, jagung bungkus, nasi bungkus, telur pun.., nak telur bungkus..!! Tiga beradik tu pun sama best.. memang best la.. dania, kak thir dan ramai lg.. !! Tambah pulak dik man asyik main piano pulak.. Memang suasana kat sini happening giler..!! Hidup dgn muzik kat rumah nie..!! Alhamdulillah.. mmg best! Nasib baik tak der belon, klau tak.. sure nak letup2kan bagi gempak!! huhuhu..

Sebenarnya sejak berjauhan dengan keluarga dan belajar di maktab, aku terpaksa menyesuaikan diri sendiri walaupun sebelum ni tak pernah hidup berjauhan dgn mak abah. Pesan mak abah supaya menjaga diri di tempat orang, jaga adab, insyallah tak pernah aku lupa.. sedaya upaya menyedarkan diri menumpang dan menjaga hati semua orang. Bermula dari menetap di asrama sekolah, aku cuba membiasakan diri menumpang di rumah Megat bila sepanjang cuti aku ada latihan debat. Alhamdulillah keluarga dia layan aku dgn baik dan adik beradik dia yang ramai buat aku tak kekok walaupun aku tak biasa beradik beradik ramai. Bila sampai usia aku blajar di maktab, lagi byk la rumah aku tumpang.. menumpang di rumah mak tam di Lumut sungguh menggembirakan hidup dan tenang jer. Makan sedap2 dan selalunya kami akan berjalan2.. ke langkawi, pangkor, cameron highland.. dan bermacam2 lagi.. hatta sampai sekarang walaupun mak tam sekeluarga dah pindah ke kuala pilah, aku still lagi menumpang di rumah mereka bila cuti2 dan tak reti2 nak balik rumah!! best ada mak tam nie.. tak caya tnya sepupu2 aku yg lain..

Lepas tu menumpang kat rumah raful di Penaga.. begitu jugak layanannya.. baik sekali.. terhibur dgn celoteh adik2 raful, Rafiza, Rafina dan Rafini terutamanya!! kehidupan di rumah mereka di sawah bendang memberikan aku pengalaman yang terbaik disamping belajar memahami budaya hidup orang kampung di belah utara. Lucu bile teringatkan celoteh tok raful ( nenek)..!! sama2 makan kuih manis..!

Lepas tu bermacam2 rumah aku tumpang.. alhamdulillah sampai sekarang hubungan masih baik!! cuma kadg2 masa lapang yang terlalu sempit membuatkan aku tak dapat nak ziarah.. harap semua memahami.. apapun tq kepada semua orang yang pernah berbuat baik dgn aku dan aku doakan semuanya dimurahkan rezeki sebagaimana rezeki aku murah mengunjungi rumah keluarga kamu semua..!!

No comments: