I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, June 21, 2012

Berinovasi


Sekarang aku dah canggih. Pergi sekolah naik motor dah pandai pakai mp3. Haha.. Barulah ada hiburan pagi-pagi. Setiap pagi, aku akan pasang lagu-lagu yang memberi semangat. Ntah kenapoa, sejak kebelakangan ni, jiwa patriotik sangat-sangat meningkat. Pagi-pagi dah tak nak lagi dengar lagu Yuna yang vintage tue.. tapi beralih minat unutk mendengar lagu yang memberi perangsang untuk bersemnagat datang ke sekolah. 

Jadi aku selalu dengar lagu tema Institut Pendidikan Guru. Bila dengar saja lagu ni, ingatan terus balik ke kenangan masa konvo dulu-dulu. Terimbas kembali semangat zaman-zaman belajar di maktab. Sesungguhnya aku terhutang budi dengan maktab. Teringat kembali jasa-jasa guru-guru dan pensyarah-pensyarah. Terusik kembali kenangan-kenangan bersama kawan-kawan seperjuangan

Tapi yang paling mengusik hati, datangnya kembali semangat baru dalam diri unutk memajukan diri dan anak bangsa. Jadi mood kembali 'hidup'..

Selalunya, bermula dengan lagu tema Institut Perguran Guru yang diulang, diulang dan diulang.., kemudian lagu Keranamu Malaysia, kemudian lagu Jalur Gemilang, dan akhir sekali lagu tema Hari Guru 2012 - lagu 'Guru Inovasi Melonjakkan Transformasi Negara'... dan lepas tu sampailah aku ke perkarangan sekolah dengan hati bersemangat waja.


Aku rasa, muzik adakala bukan saja berperanan sebagai hiburan, malah mampu berperanan sebagai instrumen motivasi. Kan sekarang cikgu - cikgu dah semakin hebat berinovasi..?? Ye tak?? Hahaha..

p/s - boleh bayangkan tak, macam mana aku boleh picit-picit butang-butang mp3 masa merempit bawak moto pagi-pagi ke sekolah..??
.

20 comments:

bukankosong said...

selalunya muzik yg kita suka dgr ada kaitan ngn persekitaran kita,sejarah kita & kenangan kita

sarah zulk said...

haha.. mp3 jugak, yg penting mata tgok jalan.. bru slamat.

Zamri A. said...

You've just given me an idea for my next invention... :)

Awie Omar said...

cikgu zaman sekarang dah tak macam cikgu dulu2

zazaw said...

wahhhh abg ikhram
sat g org belakang hon
tk perasann pulerrrrr

whitecappuccino said...

bagusnya cikgu..semangat macam ni la yg harus ada dlm diri .sentiasa adA motivasi .

Tuan Cimot said...

wah, mantap cikgu ni..
suka dgr lagu yg memberi semangat pd dri..

aReLaN said...

bahaya giler kalau dengar mp3 sambil merempit.hohoho

Edy Fee said...

alamak cmne ye lagu tu...tak igt langsung..lagu maktab aku pon lupe dh.hurmmm
dah jd cikgu skrg, tp details kat sidebar ni masih tak tukar lg...
ehhe "future teacher"

Zul De Alexis said...

wah!
respect lah..kih2

SYAH'IZZAT said...

dasyat future teacher ni :)

SYAH'IZZAT said...

dasyat future teacher ni :)

SYAH'IZZAT said...

dasyat future teacher ni :)

SYAH'IZZAT said...

dasyat future teacher ni :)

Mishter Izwän said...

wahh . smakin canggih

HeNRieTTa JoSe said...

uiks...sempat lagi dgr mp3 time merempits?

delarocha said...

hafal x liriknya?

ellynadyra said...

wah teacher ni patriotik la plak

Woofer Storm said...

waaaa suka merempit ye der??lama benar tak merempit ni.hehee

Assuria Hanna Nulia said...

ish3 ..... bahye bebenor cikgu muda ni .... huhu