I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, June 9, 2012

Memoir Tun Dr. Mahathir Mohamad







Tabiat membaca semacam sudah sebati dengan saya. Antara genre yang saya gemari adalah biografi. Jadi, bila memoir Tun Dr. Mahathir Mohamad dicetak dan dijual, saya begitu gembira. Namun saya hampa, memoir beliau dicetak dalam bahasa Inggeris. Sangat hampa. Setiap kali saya ke kedai buku, saya hanya mampu membelai-belai kulit keras memoir itu.

Walaupun saya suka tabiat membaca, penguasaan bahasa Inggeris saya agak lemah. Namun saya akui, kelemahan ini semakin dipertingkatkan akibat pembelajaran subjek sains dalam bahasa Inggeris sewaktu di maktab dulu. Kini saya mampu membaca dalam bahasa Inggeris dengan lebih baik, walaupun tidak begitu lancar dan perlu merujuk kamus serta terjemahan dari google.

Namun, bila memoir ini dialih bahasa dalam bahasa Melayu. Saya antara manusia yang tidak sabar-sabar untuk membelinya. Tapi, memandangkan tunggakkan gaji pertama masih lagi belum diterima, saya hanya mampu bersabar. 

Rezeki dari tuhan, akhirnya memoir Tun Dr. Mahathir Mohamad berjaya juga saya miliki dan saya berhajat menghadiahkan kepada emak yang turut sama-sama mengagumi kewibawaan kepimpinan bekas perdana menteri itu.

Kekaguman saya terhadap Tun Dr Mahathir wujud seawal dari darjah 5. Teringat pada tahun 1999 bagaimana saya menolak hujah-hujah ramai guru saya yang rata-ratanya menentang pembangunan yang dibawa oleh beliau. Malah turut terasa hati dengan caci maki orang lain terhadap beliau yang kebanyakan tidak berasas.

Sikap beliau seperti berjaya berfikiran rasional sambil mampu mengawal marah serta kebijaksanaan beliau terhadap perancangan masa hadapan sangat saya kagumi. Bukan itu sahaja, pembentukan sahsiah diri dari kecil wajar jadi ikutan.

Sebagai rakyat Malaysia, saya fikir semua orang perlu membaca memoir ini yang bagi saya banyak gaya dan cara pemikiran beliau perlu diketahui dan diterokai oleh ramai orang terutama kita rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia seharusnya mengetahui isu-isu penting dalam negara dan bagaimana beliau menyelesaikan segala masalah dalam negara.

Sepanjang minggu cuti sekolah ini, kehidupan saya adakala dibawa kembali ke saat-saat kemerdekaan dahulu, adakala dibawa jauh ke zaman kesultanan melayu melaka. 

Saya mengambil masa hampir 2 minggu menghabiskan pembacaan ini. Dan bila pembacaan saya tiba ke mukasurat yang terakhir, hati saya berasa hiba.. bagaikan tiada lagi yang dapat saya tahu berkaitan beliau lagi. Pada bab yang terakhir, ingatan beliau kepada rakyat akan dilemma yang bakal dilalui oleh kita semua tersimpan kemas dalam ingatan.

Oleh itu, nasihat saya agar murid-murid sentiasa mahir dalam subjek sains tidak pernah salah. Selepas ini, saya bagaikan diseru untuk mengajar subjek ini dengan lebih baik, sebagaimana hasrat beliau.

Secara jujur, saya berasa berbaloi membaca memoir ini. Bagaikan Tun Dr. Mahathir berada di sisi..

p/s - guna perkataan 'saya', sebagai tanda hormat. Teringat memoir geisha yang saya baca dulu.
.

16 comments:

babycomel said...

Dr M seorang yg berfikiran jauh.. dia merialisasikan apa yg dia mahukan, tu yg bagusnya..

~~zana@pb~~ said...

Tidak kira siapa pun, kalau dia seorang yg berwibawa, harus kita jadikan contoh atau pencetus semangat utk mencapai cita2 kita. Contohnya ibuayah kita, betul tak? Akk kagum dgn adik yg suka membaca, anak akk tak minat mmbaca, tak ikut mcm ibu dia....frust. Nnti adik buat satu entry bagaimana nak bg bebudak ni suka mmbaca ye.

delarocha said...

yang bahasa malaysia dah kuar, nak beli tapi tak beli beli.. huhu

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

patik ade yang engeris jeee..

akceli x brape nk baca..tp sebab nk dpt sign tun M masa patik dok buat program beliau, so patik beli dengan TUTUP MATA jeee (harga nye rm100)..

IntaNBerliaN said...

WAH.. BC BUKU SAMPAI TERTIDO YER.. :-)

whitecappuccino said...

seorang peminpin yg berpandangan jauh..haha..sampai tertido ye membaca

KinosKoko said...

aku beli jugak wok...tapi beli bagi kat org la..hehehe..aku tengok cover pun da suka, belum baca lagi..

sarah zulk said...

Dr. M; pendapat beliau membuka mata & meluas. tindakan beliau berasas & kukuh. dia genius.

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

Pernah jumpa face to face ngan TunM dan pernah ada pic ngan dia juga....teringin nak baca buku tue IA bila blk cuti nnt leh carik kat kedai buku la

khaifaiz said...

poket aku belum tersinggah lagi kat buku tu...

ghost writer said...

dapatkan tandatangan DR M nanti. kau mesti ada peluang jumpa dia kat mana-mana nanti.

Boni JLL3 said...

hahaha.. kalau aku baca buku yang berbahasa english, seminit je pastu aku tertidur..haha.satu apa aku tak faham..hehehe

Adylia Qarissa said...

dah dicetak dalam bm yea?? bulan 4 ari tu dkna tengok kat MPH masih versi bi..

Encik Zaharin said...

samalah bro,aku pun suka baca buku berbentuk autobiografi.Tapi dlm A DOctor In The House ni ada beberapa part yang aku kurang bersetuju dengan Tun M..

ellynadyra said...

idola aku, aku ada gak beli buku ni masa pesta buku hari tu, but in english version, belom start baca lagi wakkakakakakkakkakaka sebab byk buku lom khatam

ch000tz axoera ヅ said...

tapi Dr.M tak tido ketika membaca kekeke