I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, June 15, 2012

Sebelah Jiwaku


Hari ni jadual hidup seperti biasa. Pagi di sekolah. Petang dan malam  di asrama. Cuma apa yang sedikit membimbangkan aku, adalah transformasi pendidikan hari ini. KSSR ( Kurikulum Standard Sekolah Rendah ) dan PBS ( Pentaksiran Berasaskan Sekolah ). Dua sistem ini bakal menyebabkan pertambahan kerja meningkat. Dunia Perguruan semakin hari semakin mencabar. 

Tugas mengajar dan mendidik, mungkin sudah menjadi perkara kedua, ketiga yang kerap difikirkan oleh guru-guru permulaan seperti aku. Insyaallah akan buat yang terbaik.

Tiada apa yang berlaku hari ini melainkan satu ungkapan dari anak murid yang adakala buat jantung aku berhenti berdegup sedetik dua.

Situasi sewaktu makan malam di dewan makan asrama.

Naim : pelajar Tahun 6 ( masalah penglihatan)
Adam : pelajar Tahun 3 ( masalah penglihatan)
Cikgu Ikhram : cikgu diorang yg smart dan makin tembam.


Naim : Sir, bila dah sekolah menengah nanti, saya rasa nak sekolah normal la..
Cikgu Ikhram : Baguslah kalau macam tu. Boleh bersaing dengan orang lain. Mana tau kalau dapat 5A UPSR kali ni, dapat masuk asrama penuh.
Naim : takkan la.. sir.
Cikgu Ikhram ; Kenapa tidak pulak ?? Jangan cepat berputus asa, Naim. Terus berusaha.
Adam : Untunglah kau Naim. Nanti kalau kat sekolah normal, mesti kau dah lupa kat sir Ikhram.
Naim : Apa yang adam merepek ni.. ??
Cikgu Ikhram : Entah, entah.. Adam yang lupakan cikgu.
Adam : Cikgu, saya takkan lupakan cikgu sampai mati. Cikgulah yang selalu menghiburkan hati saya.


Saat itu Adam pun datang dekat kepada aku sambil memeluk bahu. Adam seorang pelajar  yang suka menyanyi serta bercita-cita ingin menjadi deejay dan bijak dalam subjek yang aku ajar, Science.

Adakala, ucapan itu ringkas, tapi mampu menusuk hati. Untuk mendapatkan satu ucapan dari murid-murid seperti mereka adalah satu pemberian tiada harganya.

p/s - Sumbangan aku pada negara hanyalah sedikit, umpama sebutir nasi di atas pinggan. Terima kasih Malaysia.
.

21 comments:

ღKekunangpelangiღ said...

Sweet. :)

Maicher said...

touched. :')

~SYAR M E E Z E~ said...

terharunya.. ;)

eLL said...

comelnya mereka kan

bukankosong said...

hoho

jgn lupa jd cikgu yg baik sokmo

:P

ch000tz axoera ヅ said...

dah jadi cikgu ni baru tahu kan betapa besar jasa cikgu² kita dulu mendidik kita yang nakal ni heheheh

aziekz said...

terharu kan bla diorg ckp mcmtu..Akak pun penah amat bermakna teraamat,.hargaila mereka..insyallah mereka akn hargai kte slalu,.:-)

Ariz Abdullah said...

untung lah jadi cikgu, orang yg selalu diingat sampai mati....cikgu selalu dpt stres, tapi cmne pon paling best time bekas2 murid tegur kita kt masa luar...walaupon time tu kita x bape ingt diornag...

anak cik talip said...

ok *manly tears*

whitecappuccino said...

terharunya...budak begini sungguh jujur

delarocha said...

best jadi cikgu ni kan, ramai yg sayang

RazFiRa said...

sweeetnyeee anak murid cam gitu... sayang die!!

onie said...

hai cikgu yg smart dan tembam,hihi...jadi pendidik ni kena tegas dan jangan terlalu kasar dengan dorang,baru dorang ingat sampai bila kan cikgu :)

Sharifah syazee said...

seronok dpt anak murid cmtu.kenang budi.kdg2 kita pon terhibur dgn merka kan?nak jd cikgu jugaklah! :)

Edy Fee said...

syoknye buat video...cikgu penyayang..hehehe
wah ni mmg cikgu sejati la..jiwa kerlas

SYAH'IZZAT said...

bgusla bdk ni. zaman skrng ni susah nk cari :)

sabry oppa said...

singgah sini bace entry...

nice n like ")

aReLaN said...

keje seorang guru memang sangat mulia.keep it up bro

ellynadyra said...

im touched!

MissButterfly said...

Wuwuwuwuwuw ;(


No words can explain.

blog-tips-kurus said...

memang 'tacing' le..