I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, June 12, 2012

Prep Malam












Seperti sekolah lain, pelajar-pelajar di sekolah tempat aku mengajar juga turut menduduki peperiksaan UPSR. Tahun ini, terdapat empat orang pelajar; 2 orang pelajar bermasalah penglihatan dan 2 orang pelajar bermasalah pendengaran.

Seperti guru-guru lain, aku turut menaruh harapan yang tinggi terhadap mereka. Berdasarkan usaha mereka malah bantuan dari guru-guru lain, aku sentiasa berasa yakin mereka turut berkemampuan untuk mendapat kecemerlangan pada peperiksaan tahun ini.

Sebagai warden, aku sentiasa menghabiskan masa bersama mereka. Oleh itu, aku tidak melepaskan peluang untuk sama-sama membantu mereka bagi mencapai impian yang kami sama-sama mahukan. Setiap masa, aku tidak pernah lupa mengingatkan mereka bahawa tarikh peperiksaan sebenarnya sudah semakin hampir.

"Bulan September tu, kalau ditolak waktu tidur, tolak waktu makan, tolak waktu main, tolak waktu mandi, hatta tolak waktu ke tandas pun... sebenarnya, tak sampai pun seminggu"

.. kadang-kadang aku sendiri tergelak dalam hati bila mengucapkannya. Yang pertama, aku teringat itulah cakap-cakap mak bila aku nak periksa dulu-dulu. Kedua, aku merasakan leteran aku itu terlalu hiperbola.

Adakala aku sentiasa merasakan anak-anak murid aku sangat beruntung. Menetap di asrama yang lengkap dengan kemudahan serta mempunyai ruang yang dekat dengan guru-guru sudah pasti mampu menjadikan diri mereka antara yang terbaik seperti pelajar-pelajar lain.

Sebagai seorang guru, aku sentiasa berusaha memberi yang terbaik walaupun terdapat kekurangan di mana-mana. Apa yang aku ada, itulah yang sebaik-baiknya aku berikan. Adakala layanan ke atas mereka melebihi dari layanan terhadap adik-adik sendiri. Tapi itulah yang sepatutnya.

Di sekolah, setiap malam guru-guru akan bertukar-tukar giliran mengajar anak-anak murid yang bakal menduduki UPSR dengan mengajar mengikut bidang masing-masing. Terdapat juga guru-guru yang akan membimbing anak-anak murid bermasalah penglihatan menggunakan mesin braille untuk menyiapkan kerja sekolah dan mengulangkaji pelajaran. Begitulah rutin setiap hari di asrama.

Adakala, setiap yang Allah tentukan pasti ada hikmahnya. Aku sentiasa bersyukur ditempatkan di sekolah ini.

p/s - di sekolah kebangsaan pendidikan khas, murid-murid akan menduduki peperiksaan UPSR pada usia 14 tahun.

20 comments:

SYAH'IZZAT said...

cikgu blogger yaw :)

IntaNBerliaN said...

ooo cikgu upenye ... :-)

baru tau psl dkt sek khas, umo 14 thn upsr

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

byk pahala jadik cikgu ni
cikgu kat sek pendidikan khas ni perlukan perhatian & kesabaran yg tinggi compare sek biasa khen...

eLL said...

selamat pagi cikgu, (suara ipin)

hehe. teringat masa prep malam, kuat sembang. haha

zazaw said...

mesti seronok kan jadi cikgu abg ikhram?

nak terjahh abg ikhramm aaaa cenggini. kehkeh

pembaris said...

pegalaman di hostel satu ketika dulu, cikgu yang sama datang melawat sebagai warden pada waktu malam berpewatakan berbeza jika dia datang sebagai guru untuk mengajar kelas tmabahan

! Arjunakirana ! said...

Seronok jadi cikgu, insyaallah akan menyusul

~Sweet Honesty~ said...

jadi cikgu mmg best kan??? moga jadi pendidik yang best tuk murid juga..(^_^)

fakhri khairi said...

walaweh, cikgu rupanya. yeah, mak saya pun bile time exam selalu ckp camtu -.- saje buat orang suspen haha

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

ehhh..ade bdk2 pendididkan khas ek???

Salwa said...

Owh..yeke.mereka UPSR umur 14 tahun. Teruskan perjuanganmu wahai guru. :D

RazFiRa said...

hahahahahahahahaha ayat tolak makan tolak tidur semua tu mmg ayat kegemaran cikgu2 ea? :p

blog-tips-kurus said...

hai cikgu warden..
untung cikgu tahu baca braille.
boleh ajarkan bahasa isyarat??
:-)

Fatim said...

what a beautiful job you've there.
Keep up the good job cikgu !!

may all of ur students
dpt good grades,amin!

ckLah @xiiinam said...

Semoga mereka berjaya.

Anak bongsu ckLah si Nuha doktor suruh cuti 2 minggu mulai Isnin kelmarin. Aduhai, UPSR dah dekat....dua minggu tu. Chicken pox lah pulak.

HeNRieTTa JoSe said...

thanks for the infor...rietta xtaw plak dorg exam umur 14...igt 12 gaks...

teringat zaman prep dulu dulu...

ellynadyra said...

cikgu rupanya ikhram nih.....now baru ko tau pesal mak ko dulu membebel cam tu kan.....wakkakakakkaka
aku minat mengajar....tapi nak jadi cikgu la, bukan lecturer, tapi memanjang gi test interview bagai, selalunya rezeki tak ada la........
semoga ko jadi cikgu dan warden yang terbaik utk mereka2 itu

ch000tz axoera ヅ said...

jangan ajar murid jadi blogger sudah heheeh

onie said...

rindu zaman prep duluuuuuuuuuuuuuuuuuu :'(

MissButterfly said...

Bertuah nya :')