I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, October 15, 2012

Kekok

 
 
 
 
Hadir ke sekolah setelah keluar berkursus untuk tempoh masa yang lama pada hari sebelum-sebelumnya memang mendatangkan kekok. Dari rumah lagi aku dah rasa macam ada yang tidak kena.
 
Kalau berkursus, selagi tak 7.30 pagi, selagi itulah aku takkan berganjak dari rumah. Sekarang, pukul 6.30 pagi, aku terpaksa bersiap untuk segala-galanya. Jadi tak seronok pula, bila jadual waktu dipercepatkan. Semuanya perlu dibereskan sejam lebih awal. Kembali seperti sebelumnya.
 
Sampai di sekolah. Buka saja pintu kereta, sembilan orang murid kerumun depan aku. Semua nak peluk aku. Termasuklah si budak Harris yang selalu aku denda makan lewat pada waktu rehat. Aku jadi kaget sekejap. Kekok sebenarnya bila tengok budak-budak hari ni, sebabnya dah terbiasa jadi 'murid'  - Biasalah kalau dah jadi peserta kursus, hanya bergaul dengan cikgu-cikgu saja sejak kebelakangan ni. - dan aku selalunya yang termuda.
 Kesannya, aku nak keluar dari kereta agak susah pagi tu. Kene ambik masa. Mana nak ambik beg-beg kat tempat duduk belakang. Bila aku pandang belakang, semua kereta dah beratur panjang nak tunggu giliran nak ambil parking.
 
Teruk juga penangan rindu kat aku ni kan ???
 
Yang ni satu hal pulak. Aku pun pelik. Apa pasal la kan..?? Bila bertentangan mata dengan rakan-rakan sejawat hari ni, rasa macam malu-malu kucing pulak. Yang ni aku memang serius nak tergelak. Rasa macam baru jumpa diorang untuk majlis reunion yang dah bertahun-tahun tak jumpa. Jadi bila lalu lalang tu, aku asyik senyum-senyum jer. Aku pun tak faham macam mana situasi ini boleh berlaku.
 
Itu belum lagi kekok dengan nak mengawas peperiksaan. Macam semua perkara tak ketahuan. Tarik nafas. Mula berfikir secara tenang. Pergi cari dan check kertas periksa betul atau tidak. Suruh murid duduk. Ada masa sikit sebelum mula peperiksaan aku suruh budak kemas kelas dulu. Bila semua dah beres, mula agih-agihkan kertas. Selamat menjawab.
 
Budak-budak ni, tempoh menjawab sejam setengah, lebih dari pelajar normal, tapi bila menjawab adalah dalam 20 minit jer. Kalau aku tak bising-bising suruh semak semula, pakat tidur jer la jawabnya. Diorang ni agaknya tak tahu, cikgu terpaksa amik masa 4 hari nak siapkan kertas periksa nie.. Sabar je la.
 
.........................................
 
tapi dalam banyak-banyak perkara, aku rasa ada satu perkara utama yang paling aku kekokkan hari ini..
 
Tangan aku dah tak berisyarat bila bercakap.
 
Patutlah semua murid pandang aku pelik jer bila aku bercakap.. hahaha..!!
Sori, cikgu dah kekok nak ber sign language.. dah lama tak guna.. hehehe
 
p/s - walaupun kelas senyap masa peperiksaan, tapi sebenarnya riuh. Tangan korang tu nanti cikgu potong baru tau. Pandang depan. Kalau bosan, Tido !!
 .


8 comments:

CekbOlat-bOlat said...

garangnya cikgu . kehkeh knape jdi kekok ni ? haha

Gillette Flores said...

Cikgu rupanya. =)
Seronok sebenarnya dikelilingi anak-anak kecil ni.
Semalam baru ke rumah anak yatim, seronok mereka bila ada pelawat =)

Aim Mizie said...

Nak jadi cikgu.

zazaw said...


rasa macam nampak abang ikhram je hari tu?

MBO - Sabtu- Aku Terima Nikahnya.
betulkan? betulkan?

hahahahahahhahahaa

the malay male said...

rasa macam dikerumuni peminat Pulak kan

RazFiRa said...

wah bestnye ramai yg rindu.. wah pandai bahasa isyarat.. salute... tabik spring!

afzan said...

agak-agak cikgu ni bilamana marking paper exam dia punya markah kedekut tak?

ghost writer said...

tapi bak kata orang dulu2, ular yang menyusur akar takkan hilang bisanya. kekok sekejap lepas tuh alah bisa tegal biasa.