I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, December 14, 2012

Berkumuh.

 
 
Masa awal-awal tahun dahulu, kalau mengajar Sains untuk budak-budak darjah 6 macam Naim dan Nasrul, aku suka ajar subjek ini dari pelajaran Tahun Empat. Bagi aku, nak ajar hebat-hebat setara mana pun, kalau asasnya tak dikuasai, tiada gunanya juga.
 
Jadi tajuk pembelajaran kami pada petang itu - Sistem Perkumuhan. Definisi ringkas Sistem Perkumuhan ialah proses penyingkiran bahan-bahan buangan yang tidak diperlukan oleh badan. Terdapat 3 organ yang terlibat iaitu peparu, buah pinggang dan kulit.
 
Masih lagi segar dalam ingatan aku bagaimana terkulat-kulatnya muka si Nasrul bila aku menyebut ginjal bagi menggantikan perkataan buah pinggang.
 
Aku terangkan bahan-bahan buangan yang disingkirkan melalui kulit adalah peluh. Tetiba Naim bertanyakan aku.
 
" Kalau air mata, sir ?? "
" Air mata bukanlah Naim.." Naim muncungkan bibir tanda akur.
 


Hipotesisnya , jikalau air mata adalah satu bentuk hasil perkumuhan, laratkah ke kita mengeluarkan air mata sama seperti peluh yang mengalir keluar pada setiap hari..??
Sudah pasti, TIDAK.
 
Tapi, kalaulah sekarang ini, dan pada waktu ini Naim mengajukan semula contohnya tadi. Aku sudah pasti akan menjawab begini..


" Air mata bukanlah hasil perkumuhan yang disingkirkan dari badan sebaliknya hanyalah pengaliran perasaan yang selama ini telah dipendam,"
..
 
Namun adakalanya, cakap naim itu ada juga betulnya. Sebabnya, sejak kebelakangan ini, peluh selalu tidak keluar pada waktu malam, jadi aku selalu mengambil alternatif berkumuh dengan menyingkirkan air mata. Mengapa masin lebihan mineral ini tidak sepahit rasa hempedu di dalam hati..?
 
Jawapannya ; kerana ada RINDU dan JARAK .
 
Sekuat mana pun seseorang itu, dia tetap akan mengalirkan air mata apabila diuji oleh Allah tentang perasaan dan orang yang mereka sayang.
 
p/s - kisah sains fiksyen ini penuh dengan perasaan. Siapa yang tidak faham boleh angkat tangan..??

10 comments:

ZWAN SABRI said...

Wahhhh.. Pandai Cikgu Am buat quote.. suka ngan quote tu.. "Air mata bukanlah hasil perkumuhan yang disingkirkan dari badan sebaliknya hanyalah pengaliran perasaan yang selama ini telah dipendam".. :)

the malay male said...

cikgu ni rindu kat naim atau rindu kat buah hati?

Razfira said...

wahhh terharu bace

mieza said...

aik, naim ke naima ni.??
hehe

Nana Liyana said...

ehem2 amboi cikgu rindu sape tuuu? :P

Cinta Misteri said...

Maknanya otak naim sgt aktif bìla mengajukn soaln spt itu.

Apa yg dirindukan tu smpi boleh jd begitu. Pstinya sesuatu yg sgt berat sehingga keringat ainun tepercik2 mengalir.

Cinta Misteri said...

Jgn sedey cikgu, CiM folow cikgu #850

Wadi AR said...

huyooo. kita geng la. cikgu rupanya

ikan said...

Haloeh, touching dia ye? Bertuah anak murid. cikgu nak ingat kat dorang.

Insyallah, Semoga semuanya baik bagi cikgu dan murid2

:)

Kerdildesa said...

Masa belajar dulu kena masuk kelas sains, tapi tak mahu masuk. Lebih prefer akaun. Sampai mama kena panggil datang sekolah. haha