I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, December 4, 2012

Kasih

 
 
 
 

" Kita tidak akan pernah memahami apa itu erti kasih dan sayang sekiranya kita tidak pernah mendekati, kita tidak pernah memberi dan kita tidak pernah menerima "
 
Prinsip hidup saya, kasih sayang merupakan satu bentuk kuasa yang sangat kuat. Kerana itulah, kasih sayang tiada nilaiannya.
...
 
"Sir, kami nak naik gelongsor tu.."
"La.. kenapa tak naik ?" tanya aku bergurau.
"Saya takut," jawab Nadarajah yang kabur matanya.
" Saya pun nak naik.." kata Adam.
 
"Saya tak pernah naik...., sir " kata Nadarajah.
"Jom" aku bawalah semua mereka yang sudah pasti bukannya nampak apa-apa.
 
Sampai kat atas. Macam mana aku nak lepaskan semua budak-budak ni. Takkan nak lepaskan sorang-sorang. Dengan Adam yang tak nampak apa-apa tapi beraninya mengalahkan budak yang celik. Terujanya sampai tak boleh nak ditahan-tahan.
 
Dengan Nadarajah yang kabur. Badan saja besar tapi hati kecil. Suruh turun seorang diri, tidak mahu. Takut tinggi. Tetiba nampak pulak budak pendengaran kecik yang dah la kecik, sama jugalah terujanya. Itu memang tak fikir apa-apa tu.. tau nak seronok jer budak tu.
 
"Ok, kamu semua tunggu.  Adam peluk Thaqif. Nadarajah peluk cikgu !!" menyusun kesemuanya nampak macam mudah.. tapi.. ligat jugatlah otak nak fikir..dengan cikgunya pun bukanlah berani sangat.
 
Hoooraaayyyyyy !!!
 
Turunlah kami semuanya dengan selamat tapi terjerit- jerit jugak la..
 
"Sir.. nak naik lagi "
"Sir.. jom lah..."
 
Naiklah aku beberapa kali. Kalau macam ni boleh kurus cikgu. Tapi memang mengigil jugaklah kaki aku ni..
 
" Sir ni baiklah," kata Nadarajah. Dalam hati, bodeklah tu.. hahaha..
" Saya sayang sir,"
 
"Terima kasih," dalam hati, - cikgu pun sayang kamu.. Bila teringatkan jeritan mereka dan perasaan seronok mereka, aku tumpang gembira.
 
p/s - susahnya nak terima hakikat. Aku rasa aku pun nak ke sekolah menengah jugak lah..
.

 

10 comments:

ZWAN SABRI said...

Untuk depa sbb dapat cikgu sebaik am.. yang boleh layan karenah depa. :)

Nia Ridzwan said...

MashaAllah. baiknya cikgu. semoga Allah balas dengan kebaikan :)

elly nadyra said...

lama sis tak ke sini, baiknya adik nih, hanya Allah yang boleh balas keikhlasan adik....keep it up! they need you more!

zazaw said...

baikkkknyaaaaaa sir ikhram ni

touched.

Rtp Farra Arisha said...

hehe, see how much they love you, Sir. you deserve to be proud of! :)

Khairul Antasha said...

rasanya suma cikgu ada ciri2 seperti cikgu ikhram. :)

cha zainol said...

aku dah hidup semula :)

Icaa! said...

Oh maa gad, serious aku terharu tengok. Kau memang penyayang. :')

Ashraful Huri said...

speechless. rasa terharu, sebak, sedih semua ada. moga Allah kira usahamu :)

psstt ; first time singgah dan saya follow . keep writing !

Cinta Misteri said...

Baiknya cikgu ajk bdk2 mandimanda.

Btw, btul kata cìkgu ikhram.., semua ada hikmahnya.
Spt yg trjadi pd CiM bln lepas. CiM kemalangan tp alhamdulillah, walaupun teruk tp syukur krn kemalangan tu kereta CiM dpt parts baru. Dpd kemalangan tu juga CiM dpt kenalpasti mana kawan sbenar, mana kawan gunting dlm lipatan.

Allah maha hebat.