I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, December 19, 2012

B.F.F.

 
 
 
Aku Ikhram, Dia Mardia @ Didie.
Masuk tahun ini, Persahabatan kami sudah menjangkau 7 tahun usianya. Banyak cerita, banyak liku dan banyak ragam berjaya kami kongsikan. Aku fikir, dalam ramai-ramai orang yang aku kenal, Didie adalah pemegang rahsia aku yang terbesar. Dan, kalau mati hidup semula pun, aku tetap mempercayai dia.


 
 
 
 
 

Aku selalu percaya, aku sebenarnya lebih sesuai berkawan baik dengan perempuan berbanding lelaki. Perempuan lebih memahami kehendak aku dan sanggup mendengar jalan cerita aku yang sangat panjang dan adakalanya membosankan.
 
Sepanjang usia persahabatan ini, jarang sekali nak berlaku pergaduhan memandangkan masing-masing lebih suka bersikap terbuka. Aku dengan cerita aku yang sanggup untuk dikongsikan dan dia dengan cerita dia yang selalunya menarik untuk didengar. Walaupun berkawan baik, namun kami bukanlah jenis yang suka berkepit. Berjumpa bila ada masa dan berbual bila ada bicara.
 
Berkawan baik bukan tertakluk kepada kawan baik itu sahaja, malah keluarganya juga. Keluarga Mardia yang baik hati dan pemurah sememangnya aku jadikan seperti keluarga sendiri. Kalau ada waktu terluang, emak Mardia yang akan aku cari. Emak Mardia dan aku selalunya kalau berdua pun 'menjadi', biarpun Mardia tiada. Begitu juga dengan kakak-kakaknya, anak-anak buahnya, ipar duainya, Mak Ngahnya dan sewaktu dengannya.
 
Kawan yang baik, bukanlah yang jenis memujuk bila kita menangis. Sebaliknya, seorang yang menasihati agar lebih kuat. Bila aku sedih, kemudian berjumpa dengan Mardia, hati aku seperti terisi - bagai tak percaya aku ketawa dan gembira semula.
 
Semasa sama-sama menuntut di maktab perguruan, kisah remaja kami seringkali jadi kenangan yang terindah. Sama-sama jenis 'budak rumah', bila balik ke kampung halaman, mesti nak punggah segala beg-beg yang sarat dengan baju dan barang-barang.
 
Sampai di Puduraya, masing-masing kendung beg tanpa mengira sapa empunya beg asalkan masing-masing angkat ikut kemampuan. Dari Puduraya sampai ke Pasar Seni - pernah sekali aku kendung dua luggage dan 5 beg lain. Salah satu luggage itu milik Mardia.. dan keadaan dia masa itu pun, teruk juga mengangkat. Hahaha...
 
Sejujurnya, bersama dia hati tidak pernah sedih.
 
Hari ini, kami bertemu, berbual-bual. Makan dan minum. Berkaraoke. Membeli itu dan ini. Itulah persamaannya dari dulu hinggalah masing-masing sudah bergelar pendidik. Sikap dia tidak pernah berubah walau sedikitpun. Hanya usia dan kematangan sahaja yang bertambah. Namun hilai tawa tetap serupa. Cerita kami makin banyak.
 
Dalam dunia ini, kalaulah sahabat itu boleh aku beli, dah lama aku beli. Tapi sahabat tidak ada yang dijual. Jadi apa yang boleh aku buat adalah - menghargainya sehingga mati.
 
Aku akur, aku sebenarnya tidaklah punya ramai sahabat. Tetapi aku bersyukur, antara sahabat yang tidak ramai itu, semuanya menyayangi aku.
 
p/s - Aku tidak bersedia untuk bercinta. Usia aku mentah lagi.
.



10 comments:

PemilikCahaya said...

sebak la baca kenangan korang..

percaya tak, kekasih yg kita ada kdgkala x boleh jdkan isteri,tp sahabat wanita boleh..hehe..renung2kan dan selamat beramal..hehe

btw, ada x sape2 ckp muka korg seiras?

Aimacomel said...

Kalau semuanya blh dikongsi bersama alangkah indahnya jika terus setia bersama selamanya.. Menjadi suami dan isteri dipengakhirannya. Itu yg terbaik. Lelaki dan wanita tidak mampu selamanya menjadi BFF..

ewanthology said...

Best friend bring out the best in each other

FH said...

semoga persahabatan kalian baik baik sahaja.susah sebenarnya untuk mencari kawan yang benar-benar selesa :D

Asrul "iLham" Sany said...

berkawan itu bagus... Tak susah sgt nak pujuk kalau merajuk cam awek hahaha :)

misz aisya said...

wow! how lucky u are to have her. hargai smpai mati ok. :)

sy pon slalu ngadu kat ex-boyfriend (which is now my best friend n brother). bkn xde kwn2 pompuan, tp kdg2 kita perlukan seorang lelaki.

Adam Ikan said...

Bercinta tuh sonok, tapi sebenarnya berkawan itu yang paling, paling indah.

Tahniah korang, Sebab berjaya kekalkan persahabatan korang :)

nots said...

Yee sebenarnya kita saling memerlukan kawan berlainan jantina. dorang lagi faham dan tak mudah jemu.

RIZZNA said...

Wah, btul tu...kdgkala sahabat lbh akrab dpd kekasih. Tp ada jg sahabat yg akn jd kekasih sehidup semati. Mcm CiM dn hubby, kami kongsi semua, buat semua prkara brsama, yg tk suka jd suka. Mungkin ini kelebihan brcinta selepas kawin. Hehe

KinosKoko said...

seronoknyaaaa....berjumpa dan berjimba..da lama x buat ngn dd.. huhu