I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, December 17, 2012

Selamat Hari Lahir Yang Ke 24

 
 
IKHRAM
Selamat Hari Lahir yang Ke-24 tahun.
 
Setiap kali melangkah ke bulan Disember, dalam fikiran aku tiada lain - Ulangtahun Kelahiran. Aku sangat teruja dengan bulan Disember. Bulan bongsu yang menjadikan aku seorang yang sangat kerdil, bebas dan happening.
 
Ulangtahun kelahiran tahun ini nampaknya tersama tarikh dengan majlis perkahwinan jiran depan rumah dan memang agak menjengkelkan. Hahaha.. Tapi tidaklah sampai mencacatkan keindahan ulangtahun itu sendiri.
 
Awalnyanya, aku sendiri berkira-kira juga. Mesti hari lahir tahun ni menyedihkan. Semua orang sibuk menguruskan gotong royong kenduri dan mesti semua lupa pada hari lahir aku. Aku pula jenis takkan menjaja-jaja hari lahir pada orang ramai. Sapa yang ingat, ingatlah.
 
Tapi sangkaan aku meleset sama sekali. Bangun jer pagi, terus bersiap ke kenduri. Sampai di khemah, Mak cik Ina awal-awal lagi dah ucapkan salam hari lahir dengan senyuman dan tawa yang ikhlas. Masa tu sungguh membahagiakan. Kemudian disambut dengan tepuk tangan dari jiran-jiran yang lain dan kini mereka pula bertukar ucapan dengan aku.
 
Dalam hati, aku panjatkan syukur. Jiran-jiran masih ingatkan hari lahir aku. Tak rugi sayangkan jiran-jiran tetangga. Sebab itu emak marah bila aku sibuk bekerja sambil tak pedulikan apa-apa. Tapi setakat ini,alhamdulillah.. aku masih lagi menjaga perhubungan yang baik dengan mereka.
 
Sambil-sambil membantu yang tak seberapa, aku ambil peluang berkaraoke. Masa tengah menyanyi datang lagi jiran nak bagi bunga sambil mengadu kat deejay, hari ni hari lahir aku. Penyudahnya satu kenduri tau, aku hari ini 'besday boy'. Aku malu tapi suka. Haha..
 
Masa deejay umum, semua orang tertumpu kepada aku. Hahaha..  Ada yang terjeritkan  nama aku, ada yang bertepuk tangan.. macam-macam. Boleh tahan juga kan hari lahir kali ni walaupun tak ada kek ?? Haha..
 
Emak dan abah pun tak kurang juga gimiknya. Tamat kenduri, masa mengemaskan barang-barang.. abah pula tiba-tiba mengucapkan ucapan selamat hari lahir dengan pelukan mesra. "Selamat Hari Lahir anakku yang ke-24". Semua orang pandang. Begitu juga dengan emak yang yang tiba-tiba menyanyi lagu 'Happy Birthday' sementara menunggu pizza masak.

Istimewanya, emak mencium pipi aku selepas lagu nyanyian beliau tamat. Terperanjat. Tak percaya. Omak Oh OMAK !!
 
Ulangtahun kelahiran tahun ini menyedarkan aku, bahawa kebahagiaan ada di mana-mana. Kadang-kadang bila aku tertumpu kepada sesuatu perkara sehinggakan aku menajdi sedih, walhal aku punya banyak sebab untuk merasa bahagia.
 
Apa yang pasti, keluarga sudah pastilah yang terpenting dalam hidup kita.
 
Cuma tahun ni aku nak tergelak juga. Ramai yang mengucapkan ucapan hari lahir dengan mesej yang begini - " Selamat Hari Lahir, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki..
..dan dikurniakan jodoh yang baik.." 
 
 
Hahaha.... Terima kasih kepada semua yang sudi mengucapkan ucapan hari lahir dan yang menghargai diri ini...
 
 
 
 
 
 
 
 
p/s - Walaupun umur sudah 24, tapi  bila gembira mengarang ayat mesti dah macam budak umur 16 tahun. Sama saling tak tumpah. Apa la nak jadi kan...????
 .

15 comments:

Felly Sophia said...

Selamat hari jadi ya. Moga tahun 2013 beri kenangan yang sukar dilupakan. :)

ewanthology said...

selamat hari lahir bro... Semoga dipermudahkan segala urusan dan murah rezeki

zazaw said...

selamat hari lahir abang ikhram
semoga cepat kahwen
hihihi

SN said...

ok, kite sebaya!

haha~

Salwa said...

Sebaya rupenye kite. Selamat Hari Lahir ;)

ZWAN SABRI said...

Wahhh.. betuahnya badan jadi cikgu Am.. Happy Belated Birthday.. :)

Budak Hati said...

happy besday :)

Raz said...

wahh.. syahdunye sambutan hari lahir

selamat hari lahir!

Adam Ikan said...

Selamat Hari Lahir Ikhram.

Kadang2 dorang bukan lupa, atau tak ingat. Maybe kadang2 masing2 sibuk.

Selamat Hari Lahir Ikhram!

Zamri said...

Hepi bday! Semoga panjang umur n murah rezeki...:)

syakirahmn said...

meriahh ni! ulangtahun sampai semua ingat. alhamdulillah.

moga sukses lah dalam profession yg dipilih,insyaAllah sentiasa dalam barakahNya.

luddin said...

Selamat Hari jadi..

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...

Insya-Allah !! Aminn..

Sandra Azwan said...

happy birthday ikhram..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu....semoga awak menjadi seorang cikgu yang berdedikasi dalam memimpin anak bangsa ke tahap yang cemerlang!

FH said...

Sanah helwah,semoga hidup sentiasa diberkati Allah.Amin. :D

RIZZNA said...

Selamat ulang tahun moga kekosongan gambr terakhir akn terisi dgn bidadari suatu hari nnti.
Jiran2 yg baik sgt menerujakn perasaan.