I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, June 14, 2012

B.M.I


Dahulu, aku adalah salah seorang lelaki yang tak pernah cukup berat badan. Ramai orang cakap, termasuklah pensyarah berpendapat, kadar metabolisme dalam badan aku tinggi. Oleh itu, proses pencernaan dalam badan akan berlaku dengan pantas. Jadi, tidak hairanlah kalau aku sering ke tandas selepas makan.

Aku tak pernah fikir tentang DIET, CATUAN MAKANAN, BULIMIA... tidak pernah sama sekali. Selagi dapat makan, aku akan makan...!! Adakala, abah aku akan menggelarkan aku sebagai 'Makhluk Halus' kerana mencuri-curi ke dapur pada tengah malam dan masak segala makanan yang aku mahukan.

Tapi, adakah kadar metabolisme aku makin menurun pada usia 24 tahun nie..?? Boleh bayangkan, kalau ukurlilit pinggang seluar masa mula-mula masuk ke maktab dulu adalah 28. Sekarang, sudah menjangkau ke saiz 33. Kalau dulu, berat badan nak mencapai angka 70 kg adalah sesuatu yg mustahil. Sekarang dah nak sampai 75 kg. 

Perubahan ini memang mendadak. Pada awalnya, aku amat gembira. Almaklumlah, aku adalah salah satu bangsa yang sukakan pertambahan berat badan. Aku boleh tersenyum riang walaupun berat badan meningkat kepada 0.5 kg. Dan pernah sekali aku melompat tinggi bila berjaya menaikkan badan sebanyak 1.5 kg pada cuti semester dua tahun lepas. 

Sebenarnya,  aku bukanlah menghadapi masalah berat badan keterlaluan pun. Tetapi perut yang membulat ini memang merunsingkan. Dan ramai kawan-kawan lama seseolah tidak mengecam rupa aku pada asalnya.

"Laa.. Ingatkan sapa.. Ikhram ke? Rupa kau dah lain la sekarang..??"
" Lain ?? Lain macam mana ??"
" Makin smart..?? "
" Haa ...?? "

Aku tau la maksud dia tue..?? Aku makin tembam la tue.. Sebelum dia tanya pasal perut aku, baik aku lari dulu.. Hahaha..

Jadi, aku mulakan tabiat hidup yang lebih baik. Aku makan malam sebelum maghrib. Adakala aku makan buah-buahan setiap hari, terutama waktu malam. Aku beli susu walaupun tak pernah minum susu sebelum ni. Aku cuba bersenam. Baru aku sedar, bukan mudah mencari masa untuk melakukan aktiviti jogging.

Semua ini menyedarkan aku betapa pentingnya menjaga pemakanan. Selepas ini menjadikan aku lebih peka dan lebih memahami serta menjaga perasaan orang lain yang berdiet. Perkara sebegini nampak remeh tapi sangat merunsingkan. Apapun aku sangat seronok melaluinya.

p/s - Setiap kali bangun pagi, aku akan memandang ke lantai. Alhamdulillah masih nampak tapak kaki.

lapar sangat.. telan jer la.. !!
.

17 comments:

Unknown said...

As Salam bro,aku pun masa zaman teruna zaman student dulu kurus ya amatt, mcm papan plywood..bila dah kahwen Masya Allah .. membesar bagai johan,tapi perut aku masih menten lagi tahap keboroiannya..ha ha ha

bukankosong said...

sama! sama!
samala kiter

agaknya ni lah masalah lelaki Melayu zaman skrg

makin meningkat umur nih senang boroi

tp alhamdullilah berat ok lagi, tp nak 6 pack kan perut

Nahuzubillah susah!

SN said...

sy x dpt lagi naek2 berat nih, huuu~~

ssh jgk, tkut da dpt kena diet pulak,kekeke~

IntaNBerliaN said...

betoi tu.. penjagaan makanan sgt pnting utk kesihatan kita :-)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

tunggu kawen rasa x lama perut tue boley bertahan hahaha...kurus sgt pun x smart bro ngeeee

::FAIZ:: said...

perut lelaki akan cpt boroi after kawen....

Muhamad Zaki Zafir said...

perut laki boroi lepas kawen tu bersebab.letih dukung anak pakai tangan,boleh sangkut kat perut pulak.

HeNRieTTa JoSe said...

biasa la....org kurus nak naek, org berisi nak trun....errr naek ok lew...cun...tapi pwut kena la jga....nnti kurang comel....

eLL said...

sekarang ada 1 pack la kat perut ye?
^_^

ch000tz said...

makan ikut sunah nabi bro...berhenti sebelum kenyang...jangan benti bila senak :p

ewanthology said...

zaman sekarang, makanan adalah musuh kesihatan jika tidak diaturkan seeloknya

aReLaN said...

ok la tu selagi masih leh nampak tapak kaki.hahaha..jangan perut terlebih laju ke depan la ye

whitecappuccino said...

nampak tapak kaki??? camana tu?

Mek Onie said...

makan selagi nikmat makan tu masih ada,hihi...tapi ingat jangan berlebihan :)




p/s:lapar gak ni,ahak!

Raz said...

apakah puncanya ye?? terlebih makan kot.. keh3

AmyZana said...

sye x amalkan pun makanan seimbang nih semue... sayur pun sikit2 jer makan~ ayam lagi sedap xD

blog-tips-kurus said...

ish! ish!

syukurlah masih sihat kan... :)