I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, June 6, 2012

Buncit





 Sejak mengajar dekat - dekat dengan rumah ni, nampaknya tabiat makan semakin menjadi-jadi. Dulu, nak naik 1/2 kilogram pun susah. Sekarang ni, dah naik sampai 4 kilogram. Wow, satu perubahannya yang drastik dan ditunggu - tunggu sebenarnya.

Tapi bila perut pun sudah semakin membulat, emak kat rumah tak sudah - sudah nak mengejek aku. Dulu masa kurus kering pun, dikutuknya jugak. Jadi untuk memuaskan hati semua orang, sebenarnya memang bukan perkara yang mudah. 

Asalnya aku tak amik pusing pun cakap-cakap orang cakap pasal berat badan aku. Bagi aku, baguslah badan dah berisi. Tapi bila semua orang, tak kira kawan-kawan kat sekolah, jiran-jiran tetangga, malah mak sedara sendiri, dah mula bising.. aku mula naik risau.. !!

Sekarang perut aku memang dah berisi. Rupanya menjadi seorang yang buncit bukan perkara yang baik. Banyak seluar dan baju muat-muat badan sahaja.. Hahaha... !! Cuma yang baiknya, aku suka tengok pipi yang dah tembam. Maksudnya, bila senyum nampak sihat dan lebih ceria.

Satu hari, aku tengok tv. Aku teringat bidalan yang disebut oleh Prof Dr Muhaya.. Lebih kurang inilah bunyinya..

Manusia pada usia mudanya menggunakan kesihatan untuk mencari harta. Namun bila usia tuanya menggunakan harta untuk menjaga kesihatan.

.. dan aku sangat-sangat bimbang sekiranya tidak mampu menawarkan kesihatan yang baik dengan harta yang ada bila tiba waktunya. 

Semua orang yang mengenali aku mengetahui bahawa aku seorang yang suka makan makanan fastfood, minuman bikarbonat, dan paling susah untuk cukup tidur. Paling teruk, tidak pernah bersenam. Itupun nasib baik aku mengajar pendidikan jasmani di sekolah, kira bergerak jugak lah sikit-sikit. Pada akhir rancangan tv tu, tak sangka aku betul-betul tersedar.

Dumbbel, dulu mungkin satu benda yang asing dalam dunia aku. Tapi aku kene manfaatkanlah selepas ni. Kalau tak, nampaknya kemahuan aku untuk mendapatkan jodoh bakal mencapai tahap sukar.. Hahaha.. Ye la, mana la ada perempuan suka lelaki yang ....
BUNCIT !!! 

p/s - aku bersenam bukan nak jadi ahli bina badan, tapi nak sihat jer.. !! Jom jogging.. !!
.

17 comments:

Aimacomel said...

jom,jom kita amalkan hidup sihat..
baby follow sini ye cikgu :)

Unknown said...

pinjam bola beso tu..

Anonymous said...

hahhhahaaa,,, jgn smpai jadi encik roi sudahh..hehe

khaifaiz said...

btl tu... bersenam utk jaga kesihatan... dpt bentuk badan yg ideal tu sbg bonus...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

hahahaha nk buat kasi body 6 pack ker??? jaga la body tue tera umoq muda ni nnt dah masuk 30an dah susah nak control ngeeee

cha zainol said...

kan best kalau aku dok dekat dengan kau. :(

sarah zulk said...

hahaha... perkembangan sihaat...;-)

ewanthology said...

selamat menguruskan perut :-)

anamizu said...

jgn mkn fastfood.
jgn minum air gas.
jgn mkn masa tgk TV.


selamat berkursus.
eh BERKURUS.hehe





slm kenal,
cik ana

Anati Soki said...

hehehe.. itu abg dah keja baru nk gemok.
anat nih.. tak keja lg pun. baruc uti sem. berat dah btmbah dengan mendadaknya. adooooiyaaaaaaaa

seronok tgk abg dah praktikal. :)
moga dapat jadi cikgu berwibawa. insya-Allah.. doakan kejayaan anat kat sini plak.

Ainn Hazwany said...

waa. lama tak exercise jugak !! :(

Mawardi yunus said...

nice blog bro... follow u

Liyana Zahim said...

Kalau sy ni nk berdumbell sgala mmg perbuatan sia2 kot.. Lemak hilang, sok ade lg.. Takpelah.. Selamat mngempiskan perut ye cikgu.. Hehehe..

P/S: Lame gak tak dtg blog ni.. Msh berkonsepkan motivasi ya.. Hikhikhik-

Rain said...

tough la cikgu pas ni hehe..

kesihatan yang dicari :)

saya pinjam quote prof dr. muhaya untuk dikongsi di twitter.

Mek Onie said...

pinjam dumbbell :D

Sharifah syazee said...

bakal cikgu ya? :)

blog-tips-kurus said...

rumah Prof tu amat best! memang kesihatan tu mahal harganya..

*resit bole tolak Inc Tax tu. :-)