I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, June 5, 2012

Dunia Aku Yang Kecil












Sebesar-besar saiz bumi..
Inilah sekecil-kecil dunia yang selalu aku terokai..

Aku kerap kali berfikir, Sikap, tabiat dan minat aku dari zaman persekolahan, zaman menuntut di maktab sehinggalah menghadapi dunia pekerjaan; sebenarnya tidak pernah jauh berubah. Semuanya sama.

Adakala, aku takut sebenarnya menghadapi dunia luar. Dunia luar yang banyak persaingan. Dan dalam kehidupan aku yang serba sederhana ini.. sudah tentu tidaklah dipandang orang. Itu sebenarnya baik tetapi adakala menjadikan aku sangat rendah hati.

Sepanjang cuti, aku tidaklah kemana-mana. Menghabiskan bacaan buku biografi unggul - DOKTOR UMUM, MEMOIR TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD. Adakala asyik membaca sehinggakan aku lupa segala-galanya. Buku ini meningkatkan semangat patriotik dan kemelayuan aku dalam diam.

Selebihnya, aku sentiasa terpuruk di rumah. Lebih tepat dalam dunia aku sendiri; Bilik sendiri. Entah buang tebiat ke apa.. aku teringin nak mengemas bilik buat sekelian kalinya. Aku tak rasa ini proses keceriaan, sebaliknya proses recycle dan hapus-lupus.

Gunakan barang-barang lama dan jadikan sebagai barang baru.. dan banyak aku buang barang yang aku rasa memang tidak diperlukan. Hasilnya, dua beg plastik penuh dengan sampah. Aku dapati aku suka simpan barang yang tidak penting. Kerana selalu memikirkan, mungkin akan diperlukan akan datang. 

Namun apa yang menarik, aku dapat membaca surat-surat bekas anak murid yang menghargai segala kerja keras. Kalau tidak dikeluarkan, sudah pasti terpuruk dalam kotak simpanan.

Apapun, aku gembira. Walaupun 'dunia' aku ini kecil, tetapi penuh dengan memori dan khazanah hidup yang memberi kenangan dan pengajaran.

p/s - asalnya nak tulis sedikit, tapi jadi panjang...
.

13 comments:

ewanthology said...

kemas 'dunia' anda, tak seperti 'dunia' saya :-p

syakirahmn said...

festime tengok bilik laki kemas. ke kemas sebab nak masuk gmba ;D

ckLah @xiiinam said...

Pembersih dan teliti orangnya, cikgu muda ni....

Unknown said...

Biarlah kecil di mata manusia, kerana itu semua hanya pinjaman, tiada yg kekal selamanya.

Kemas dan sedap mata memandang, takde adik perempuan akak ni. Anak sedara ramai, amacam?

zazaw said...

abang ikhram kalau bosan-bosan cuti sekolah tak ada buat apa-apa, meh belanja zazaw pizzaaa..
kehkehkeh

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

bilik lelaki kemas gini??
cukup bagus
cikgu rupanyer uols
that gud byk dpt pahala mengajar ilmu @.@

Unknown said...

BlogW selepas solat maghrib, jumpa blog cg. call me uncel ya. dah memang berumur..tapi aktif berbelog jg ni ya..asalamualaikum

Unknown said...

cntik bilik..nmpk laa kebujangan tu haa..

*katil yang sentiasa ketat cadarnya menunjukan anda seorang yg berdisiplin..

anamizu said...

wahhhhh cadar straight gile! hehe
bersihnye bilik cikgu muda ni!!
1st time ana tgk bilik lelaki
bersih gile ceni! hehe





slm kenal,
cik ana

Rain said...

konfius jap. ni bilik laki ke pompuan!

bila yang kemas, tenang lepak lama-lama. tak bosan.

whitecappuccino said...

dunia kecil tapi pengisiannya besar..kemas!

ch000tz said...

promosi diri ke ni hehehe

::FAIZ:: said...

bilik bujang :)