I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, June 3, 2012

Saya Tidak Mempunyai Apa-apa, Melainkan Sebuah 'Kekasih'..


Aku sentiasa merasakan diri aku mentah. Mentah sementah - mentahnya. Adakala, bila membeli makanan ataupun pakaian, aku  selalu memanggil cashier-cashier itu dengan panggilan 'akak'... Adakala emak menyiku aku kerana merasakan  tak sesuai dipanggil dengan panggilan sebegitu untuk budak lepasan spm. Kadang-kadang manalah tau.. Lagipun dah terbiasa dari zaman maktab. Begitu juga ketikanya bila membayar bil-bil mahupun di pejabat pos dan berbagai-bagai lagi.

Sebenarnya panggilan itu bukan bermakna aku ni perasan muda.. bukan.. tapi lebih kepada tanda hormat kepada seseorang yang tidak aku kenali. Aku sedar yang aku sudah menjangkau ke usia 24. Satu usia yang 'ranum' pada persepsi orang lain.

..dan dalam usia 24 tahun itu, tidak mempunyai kekasih, adalah suatu yang adakala macam menyedihkan. Tapi pada aku.. ok jer !! Masa inilah yang aku gunakan untuk mencari harta dan melakukan apa saja yang tidak mampu aku lakukan sebagai pelajar dulu. Namun begitu, keinginan mencari seorang teman hidup sudah pasti berlegar-legar dalam fikiran. Semua itu aku serahkan pada masa dan ketentuan tuhan.

Beberapa bulan yang lepas, kerani di sekolah menyerahkan aku sehelai borang pengisytiharan harta. Aku geleng-geleng kepala. Aku cakap semula kepada dia.

"Kak, saya tak de harta. Kalau ada pun semuanya mak abah punya.."
"Dalam bank ada duit tak ??"
"Ada, tapi tak la banyak..."
"Kalau macam tu catatkan jer duit yang ada dalam akaun sebagai harta.."

Selama ini, aku memang yang tak punya apa-apa dalam dunia. Duit yang ada pun simpanan duit elaun dan pemberian mak abah sikit-sikit. Sebab itu bila aku mendapat gaji yang pertama, memang aku hampir-hampir mengeluarkan air mata. Terharu.. Syukur.

Untuk aku menghargainya.. aku belikan sebuah ' kekasih ' baru yang aku yakin tidak akan pernah mencurangi aku untuk selama-lamanya. Insyaallah..

Miss V
Aku benar-benar mencintaimu..

p/s - bila lah aku dapat kumpul duit nak g bercuti pulak.. Hahaha.. !!
.

11 comments:

sarah zulk said...

hahaha.. analogi sungguh klaka.. kekasih yang sebuah.. & 24 tahun yang ranum.. saya suka!!

eddy syrol said...

(~_~)

zazaw said...

huyoooo abang ikhram ketaaa besaqqqqqq

Zamri said...

cantik keta. seluar n sandal pun cantik jugak! =)

ch000tz said...

cantek sungguh kekasih ituuu :D

::FAIZ:: said...

Tahniah untuk kereta baru anda...

::FAIZ:: said...

Tahniah untuk kereta baru anda...

syakirahmn said...

miss viosssss. XD

Unknown said...

bagus miss V dh cntik dh...

Maicher said...

furhh cayyalah. baru kerja dah in relationship with miss V. congrats bro!

ellynadyra said...

kalau kekasih jenis ni, confirm tak curang hahahhahaha......sediakan maintenance yang cukup ye utk miss V