I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, September 10, 2012

Jodoh.

 
Hari Ahad adalah hari cuti. Jadi, pagi-pagi lagi sudah pun ke Kuala Pilah bagi menghadiri kenduri perkahwinan sepupu abah. Hubungan aku dan sepupu abah ini agak rapat memandangan jarak umur 2 tahun lebih tua dari aku. Dulu masa zaman kecil-kecil, kalau balik ke kampung,dialah antara saudara yang boleh dijadikan kawan sepermainan.
 
Aku jarang memuji seseorang wanita itu cantik melainkan aku merasakan sendiri dia memang betul-betul cantik di mata aku. Selalunya cantik di mata aku,cantik jugalah di mata emak. Dan sepupu abah aku ini, yang juga aku panggil sebagai induk salina (Ceh, nampak macam kampung sangat kan gelaran ni ??) dari kecil, memang cantik dan manis orangnya. Ini serius.
 
Secara ringkas, aku berpuashati menghadiri kenduri perkahwinan induk salina yang bagi aku ringkas tapi  menarik. Dengan tema majlis dan pelamin putih silver yang nampak bersih, kemas dan suci, alunan gamelan atau cak lempung menghiburkan serta makanan yang sangat sedap membuatkan aku rasa sangat senang hati.
 
Cuma, ada satu dua perkara yang buat aku rasa macam nak lari jauh-jauh dari kenduri ni. Pertama, soal kereta. Kedua, soal JODOH.
 
Soal kereta, aku tak ambil pusing sangat. Bagi aku kereta aku sekarang sangat-sangat sesuai untuk kedudukan aku sebagai lelaki biasa. Cuma yang menjadi masalah, rasa kurang senang bila ada orang cakap pasal kepunyaan aku yang tak sepatutnya pun menjadi topik perbualan orang awam. Bagi aku orang lain pun pakai kereta jugak.
 
Yang menjadi masalah sekarang ni, bab JODOH.
Susah rasanya mahu menjawab beberapa soalan yang ringkas tapi tiada jawapan.
 
 
orang soal,
aku jawab
 
" Bujang soghang (sorang) ni bilo laie...?"
- "... ontahlah, bolum laie ni ha.. tengok-tengok yo dulu kondughi (kenduri) oghang (orang).."
 
" Dah ado calon ko bolum.. Kalau bolum, bulih yo mak long caghian (carikan) kek ghomeh (Gemas) tu ? Nak ko.. ?? "
- " uish,. jangan mak long.. sey (saya) baghu (baru) yo ko kojo.. bagi omak duit pun tak banyak laie ni ha...."
 
" Dah ado calon ko bolum.. kalau dah ado, bawak yo sokaghang (sekarang) ni ha, toghuish yo la (terus) sokali arung (sekaligus) tumpang nikah yo hari ni.."
- ' humangaihhh.., x dapek do macam tu, main tumpang-tumpang lak kondughi oghang..  kok marah oghang lain sok.."
 
"Apo yang susah bona... xdo ko kawan maso blaja dulu..? Kek (kat) sekolah ngajar sokaghang ni.... takkan tak do kot? "
- "... tak do.. maso blaja dulu, omak sughuh (suruh) blaja yo.. blaja sungguh-sungguh. Takdo pulak dio sughuh caghi (cari) bona jodoh masa blaja dulu.."
 
 
...
 
...dan lain-lain lsgi bentuk soalan yang bertujuan sama. Bila aku perkenalkan diri aku sebagai anak kepada abah. Lagi rancak orang bertanya pasal jodoh aku. Uish... rimaslah.
 
Sebenarnya, aku tahu jawapan aku tu tak menjawab soalan. Tapi apa boleh buat, aku memang tiada jawapan. Kadang-kadang aku fikir juga, kenapa emak sendiri pun tak bising-bising tapi orang lain pulak yang lebih-lebih risaunya ??
 
Nasib baik umur aku 24 tahun. Ada jugak alasan lain yang boleh digunapakai. Saya budak baru bekerja. Saya budak muda lagi, baju - makan - pakai, semua emak yang uruskan. Saya budak baru nak kumpul duit banyak-banyak.
 
.. Bila difikir-fikir semula, aku tahu jawapannya yang tepat -
Calon untuk aku masih lagi KOSONG !!!
 
p/s - malam ni aku niat nak tido atas katil setelah bermalam-malam tertido di atas lantai akibat melayari internet.
.

11 comments:

Hazmin said...

Nak menjawab bab jodoh tu yang paling malas tu. Kalau umur dah meningkat lagi pening nak jawab. nasib la muda lagi.

the malay male said...

Xpe bro... Muda lagi tu... Hehe

the malay male said...

Xpe bro... Muda lagi tu... Hehe

ZWAN SABRI said...

kalau pasai soalan bab jodoh tu, mungkin boleh diterima tapi yang bab kereta tu, kenapa ia perlu disoalkan? huhu

izfanora said...

jawab je --> "nak kawin sekarang boleh je, sponsor majlis kawin.."

hihi, sabar ye.. jodoh tue urusan Allah.. :)

*lama xjenguk cikgu busy sorg nie.. :P

ROZILA said...

Salam Ikram,

Ayah saya ada kat gemas,(taman sentosa)makcik awak tu siapa eh?
Sabar ajelah,jodoh tak kemana...

jieha said...

insyaAllah jumpa jugak jodoh satu hari nnti . cuma masa jea belum tiba lagi :)

Sandra Azwan said...

salam....lama tak dtg sini...sihat?

Edy Fee said...

setail la pelamin

Rain said...

muda lagi :)) biasa la bila balik kampung, soalan tu memang wajib jawab, tambah-tambah bila raya, saya pun sedia jawapan siap-siap. hehe

ch000tz axoera ヅ said...

Sentap kejup hahaha ingatkan ikhram yg kawen hehehe