I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, September 19, 2012

Pantai Timur

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Masih segar dalam ingatan bagaimana emak tidak mengendahkan permintaan aku untuk menyertai rombongan ke kelantan 12 tahun yang lepas bersama dengan rakan-rakan sekolah. Waktu tu aku masih darjah 6. Semua kawan-kawan sebaya di sekolah agama pergi.
 
Setelah tamat rombongan, aku mendengar dari jauh saja cerita-cerita menarik mereka di dalam kelas. Cemburu usah cakap. Bila mereka bercerita, aku rasa tersingkir. Aku berasa terkilan pada waktu itu kerana rombongan 4 hari 3 malam itu tersangatlah murah, tapi emak tidak mahu membenarkan aku turut serta atas alasan kos.
 
Sehingga hari ini peristiwa itu berbekas dalam hati. Masa tu, emak buat tak endah saja apatah lagi untuk mahu memujuk. Yang aku ingat, emak ada cakap,
 
" Belajar rajin-rajin. Esok bilo dah berjayo lobeh dari tu kau boleh poie. Ko (ke) negara omputih pun ko lopeh (lepas)"
 
Aku rasa, peristiwa ni macam ketulahan dalam hidup aku. Sejak dari itu, aku tak pernah berpeluang menjejakkan kaki ke Kelantan mahupun ke Terengganu biarpun berkawan dengan ramai kawan-kawan dari Pantai Timur.
 
Tapi kata-kata emak itu benar. Bila sudah menjadi seorang guru, akhirnya peluang ke negeri Pantai Timur itu pun tiba. Bershopping sakan aku membeli pakaian batik dan merasa pelbagai juadah asli negeri tersebut. Unik dan lazat.
 
Percutian yang sangat best dan menghiburkan. Hilang semua tekanan biarpun keletihan.
 
p/s - untung dapat Guru Besar yang sporting. Senang hati bila melancong bersama.
.

6 comments:

the malay male said...

Dah keje ni.... Melancong ler puas2 yeee...huhu

RazFiRa said...

lg best bercuti dgn duit sendiri kan? :)

NIZAM said...

oh, itu negeri saya. :D

ch000tz axoera ヅ said...

sentapp!! mana my fridge magnet!!

SYAH'IZZAT said...

pehh aku dah lama x bcuti siot :(

- LIANA ASIF - said...

dtg kelantan x bgtw pun ye.. bleh jd pemandu plancong.. haha.. tggu lizawati ni, bile nak smpi klantan..