I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, September 23, 2012

Lepasan


 
Malam tadi ada kawan post video dalam laman Facebooknya. Video majlis perpisahan sewaktu hari terakhir kami semua di institut perguruan. Bila tengok video ini, apa yang dapat aku lihat, budaya menghargai dan memuliakan guru masih lagi menebal.
 
Kemunculan utama aku dalam video ini pada minit 6:37.
Dalam diam, aku sendiri rindu kepada alam guru pelatih yang sangat indah dan berwarna warni. Pada waktu itu, semuanya masih dalam bimbingan. Kalau ada yang tersilap, akan ada yang membetulkan. Hari ini, semua tindakan aku sebagai guru adalah hasil didikan dan tunjuk ajar mereka.
 
Kadang-kala aku hairan, bagaimana ada segelintir ahli masyarakat yang sudahlah tidak menghargai para guru malah sanggup menghina dan mencaci profesion perguruan itu sendiri. Mungkin ada saat kita terlupa, kita yang bijak membaca hari ini berpunca dari kesabaran dan kebijaksanaan seorang cikgu.
 
Video ini sangat bermakna kepada aku secara peribadi. Untuk kembali kepada kenangan itu, terlalu jauh barangkali.
 
Masih segar dalam ingatan, kata-kata pensyarah tutor aku pada sesi mohon restu ini.
 
"Semoga menjadi guru yang baik. Teruskan attitude kamu yang baik"
 
p/s - Kata-kata seorang guru penuh dengan hikmah dan doa.
.


6 comments:

bukankosong said...

zaman skrg, semua nak dicaci, asyik dia je betul

the malay male said...

Ramai yg dah lupa diri bila pandai....

Edy Fee said...

haha tak semangat dh bakal guru mcm aku ni.ehhee

syakey said...

skrg smuaaa tak betul,ada je nk buat cta. -,-

apa2on, smoga menjadi guru yg cemerlang duniaa akhirat insyaAllah, ignore je apa org kata asalkan kta menjlnkan tugas kta dgn baikk

ch000tz axoera ヅ said...

inshallah kamu bakal menjadi pendidik yang terbaik :D xoxo

Reen Azreen said...

akan mengalami perasaan itu dlm masa sebulan nih.....