I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, September 13, 2012

Peperiksaan . Gentar . Bersama .

video

 
Setelah menjadi guru barulah aku mengerti erti pengorbanan. Barulah aku faham dialog-dialog seperti " itulah, dia yang nak periksa... kita pulak yang risau..."
 
Minggu ini merupakan minggu peperiksaan. Murid-murid Tahun 6 di seluruh Malaysia akan dan sedang menduduki peperiksaan UPSR. Di sekolah aku, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Seremban tidak terkecuali. Tahun ini 4 orang pelajar akan berjuang dalam UPSR.
 
Setiap malam sepanjang minggu ini, aku habiskan bersama mereka di asrama. Nak duduk-duduk rehat di rumah bagaikan tidak sedap hati. Lebih baik melihat sendiri persediaan mereka seperti hari-hari yang lepas.
 
Semoga kamu semua dapat menjawab dengan baik dan tenang. Cikgu setiap hari mendoakan yang terbaik untuk masa depan kamu semua. Biarlah pengalaman peperiksaan ini kita kongsi bersama. Rasa takut, rasa bimbang.. kita ganti dengan kata-kata semangat dan berkat restu ibu bapa, guru-guru dan kesemuanya.
 
Selamat Berjaya,
untuk anak-anak cikgu yang cikgu sayang.
 
p/s - sibuknya rasa minggu ni.
.


9 comments:

FaizalSulaiman said...

kadang2 risau cikgu tu kalah studentnya

Edy Fee said...

perghhh perasaan guru sejati..anak murid exam..guru yang tak senang duduk mcm menunngu istri bersalain...
gempak la cikgu!!!

Rain said...

cikgu memahami jiwa pelajar,
pelajar tidak mampu mendalami jiwa cikgu,
kecuali seorang pelajar yang kini bergelar cikgu..

mudah-mudahan berjaya hendaknya, diizinkan Allah

sarah zulk said...

smoga anak2 muridnya tenang hati dan mudah jawab exam. n untuk cikgunya juga... amin.. (^^)

ghost writer said...

murid yang cemerlang adalah tanda guru yang cemerlang.

tingkatkan usaha dan kreativiti dalam mengajar, bro.

Liyana Zahim said...

Semoga cikgu ikhram terus tanpa jemu mendidik ank2 ni.. Mudah2an beroleh keberkatan dari kerja yang sgt mulia ni.. :)

syakey said...

bla dah grow up, baru boleh nk faham how worried cikgu2 sekalian dgn kta. not only in exams, kdg mcm2 perkara lain lg.

ch000tz axoera ヅ said...

Inshallah cikgu :D

Eazy Izzuddin said...

InsyAllah berjaya ...
bagus cikgu :D