I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, September 4, 2012

Rancang

Baru-baru ni, abah ada buka cerita tentang rumah. Mula-mula aku fikir mungkin tu adalah perbualan antara emak dan abah sahaja. Mana tau, diorang ada duit lebih nak beli rumah lain. Nak tambah aset mungkin. Aku dengar saja dari hujung telinga. Mata melihat tajuk-tajuk keratan akhbar. Politik yang tak sudah-sudah. Makin tak matang pihak pembangkang ni berpolitik.
 
Dalam aku dok baca-baca akhbar tu, tumpuan aku lebih tertumpu pada bahagian kesihatan. Ketumbuhan pada rahim wanita. Fibroid. Arwah mak long dulu sakit macam ni la, yang dia terbawa-bawa sampai ke akhir hayat.
 
Masa tengah abah sedang bercakap-cakap tu. Telinga aku tertangkap dengan perkataan 'LELONG'.... lepas tu "RM160 00".. Aku rasa aku kena memberi tumpuan. Sebab kalau mengikut perkiraan aku, jumlah tu agak besar untuk abah dan emak yang dah pun berpencen tapi masih bekerja lagi.. dan sudah pun mempunyai kediaman.
 
.... " bolehlah bang. Abah fikir elok la untuk kau tue. Beli awal-awal pun ada faedahnya," jadi betullah, semua perbualan tu untuk aku.
 
Kadang-kadang emak dan abah ni dah jauh ke depan dalam merancang segala perkara untuk masa depan aku. Aku bersyukur jugalah, sebab perkara tentang akad dan nikah belum lagi menjadi topik utama dalam fikiran diorang berdua. Kalau tak, yang tu aku surrender awal-awal.
 
Sebenarnya, dalam hati.. aku sendiri memang berkehendak mempunyai rumah sendiri. Sejak aku ke apartment kawan aku yang urban tu, keinginan aku itu semakin meluap-luap. Aku selalu membayangkan yang aku bakal menghiaskan rumah dengan dekorasi ringkas dan urban. Kalau boleh, semua perkakas rumah aku mahukan cap IKEA. Ringkas. Moden. Jimat Ruang. Multiple Purpose.
 
Jadi, aku nak kediaman sendiri. Satu bilik, aku nak jadikan ruang peribadi. Tempat letak buku-buku. Ruang bekerja. Wardrobe.
 
Angan-angan kan ?? Tapi sejujurnya, biarlah aku merancang sebaik-baiknya. Sekarang, biarlah dengan hutang kereta saja dulu. Yang lain-lain,.. kemudianlah...
 
"Nanti abah g tengok. Mana tau, ada pulak..."
 
Hahaha.. Aku gelak jer dalam hati. Apa kata mak abah, aku iyakan. Mana tau mungkin rezeki aku nak dok dekat dengan mak abah.
 
Aku selalu bercakap dalam hati. Perempuan mana yang memiliki aku mesti akan merasa diri mereka malang sedikit dari biasa. Sebab, semua keputusan, mereka perlu ada untuk menyokong aku dari belakang. Jadi, aku perlukan perempuan yang turut mampu membimbing aku kepada kebenaran. Tak salah kan?
 
Tapi, sekurang-kurangnya aku lelaki yang boleh temankan perempuan bershopping. Tu boleh dikira bonus tak ?? Hahaha...
 
p/s - Hari ni kat sekolah, ada seorang cikgu tu buat " Open Class".. bergasak la makan nasi lemak dengan rendang ayam... Kenyang !!
 
 
..


8 comments:

evagurl izma said...

lebih baik merancang utk masa depan. lg2 bile dah keje. kereta, rumah harus ada :)

Fezul Fadhley said...

perancangan awal itu penting..

~~zana@pb~~ said...

Selamat hari raya Ikhram, lama betul tak dtg sini. Ikhram pun nmpk gemuk dah.
Takde salahnya anak lelaki yg di atur oleh ibubapanya. Kan mmg begitu ketentuan Allah. Tanggungjawab pd ibubapa. Cuma bila dah ada isteri, jgn terlalu mengikut tanpa berbincang dgn isteri. Kalau perkara yg baik tak salah, betul tak.

zazaw said...

apesal rasa macam lama sangat tk makan nasik lemak dah. hehehehe

selamat hari raya sir ikhram
:)

pembaris said...

seronok jugak kalau nak beli rumah.boleh bergaul dengan lawyer dan banker.aku tak dak kawan dari golongan profesional macma ni

Eazy Izzuddin said...

Alhamdulillah ok la tu ada perancangan awal untuk masa depan
;)

the malay male said...

Elok ler klu dh syarat merancang masa depan

Edy Fee said...

wah bersila je cikgu..sempoi la.
sek aku kurang murid...so tak best sgt jamuan raya dia.ehhee

hehehehe takpe beli umah aal..harga makin naik nnt.ehhehe pelaburan.ehhehe