I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, October 7, 2012

Anak Emak Berahsia.

 
 
Dulu aku selalu menyangka, bahawa aku adalah seorang anak emak yang sejati. Namun, bila usia semakin menuju ke arah dewasa.. rupanya tidak.
 
Sebelum ini aku adalah anak yang suka berkongsi tentang apa sahaja dengan emak. Terutamanya kalau bab kawan-kawan dan kerja. Semua perangai kawan-kawan, mana yang baik, mana yang suka tolong kalau aku lemah matematik, fizik,kimia, - kawan yang kedekut ilmu, - kawan yang pura-pura rajin kalau mahu dipuji - semua aku cerita pada emak.
 
Dewasa ini, tidak lagi. Keseluruhan jalan hidup aku amat-amat sukar dikongsi; walaupun dengan emak. Apatah lagi abah yang bagi aku kurang sensitifnya berbanding emak. Emak selalu menerangkan kepada aku bahawa abah seorang penyayang tetapi sukar menunjukkan kasih sayangnya.
 
Aku setuju. Tetapi mendapat seorang abah yang boleh berhumor sepanjang masa dan tidak terlalu formal pun sudah cukup baik. Nak minta apa-apa boleh merujuk terus kepada beliau. Kelebihan ini tidak ada pada semua orang.
 
Bila sudah besar. Ada perkara yang menjadi sangat peribadi untuk 'disentuh' oleh orang lain. Kadang-kadang nak kongsi dengan emak pun.., aku tak tahu nak mula dari mana.
 
Bila difikirkan balik semula.. aku tahu, emak takkan beri komen apa-apa dari rahsia aku yang satu ini. Semuanya emak serah pada aku bulat-bulat. Tapi sebagai anak, sudah tentu aku tak mahukan ia sebegitu. Emak, tolonglah masuk campur. Beri tunjuk ajar.
 
Tapi.. salah aku juga. Aku tak nak bercerita pada emak. Aku ego. Sebab aku rasa diri sudah besar. Aku lelaki dewasa, konon-kononnya. Dan aku tak pernah cerita pada emak kecuali dengan memulakan satu ayat saja. Bila emak tanya semula, aku diam. Selalunya aku buat-buat ikat tali kasut. Press enjin motor. atau Aku terus cari towel nak mandi selepas itu.
 
Kebelakangan ini, ramai kawan-kawan aku yang emak tak tahu dan emak tak kenal. Tapi aku percaya semua kawan-kawan aku baik. Begitu juga dengan perasaan. Bila emak tanya, aku banyak alih pada cerita hidup aku yang lain.
 
Sebenarnya, aku belum bersedia untuk berpisah dari fasa kehidupan aku sendiri. Aku suka hidup sebegini - meraikan jadual hidup yang aku rancang sendiri. Kemudian menjadi rutin semasa.
 
Aku belum bersedia berkongsi cawan minum dengan sesiapa. Berkongsi pengalaman hidup untuk berdua. Membetulkan diri untuk diinspirasi bersama. Memandang tepat anak mata untuk digetari, didebari setiap kala. Beremosi dalam setiap bicara.
 
Aku masih belum bersedia.
 
Tapi yang aku takut, peluang selalunya hanya datang sekali. Walaupun peluang itu ada di mana-mana dan bila-bila. Ia mungkin akan datang. Berdamping. Pergi. Tak lagi kembali. Hilang. Aku takut aku tersalah perhitungan.
 
Itu yang aku takutkan. Dan semua rasa ini mengapa sukar sekali untuk aku berkongsi denganmu, emak. Bila terjadi perkara seperti ini, aku rasa aku mahu jadi anakmu yang kecil yang selalu kau beri perhatian. Kau beri tunjuk ajar... dan aku boleh bercerita apa sahaja emak.. dan tak perlu berahsia semacam ini.
 
... kerana ada orang sudah menunggu sedang aku masih belum bersedia.
 
p/s - bleh,bleh,bleh...
.
 


8 comments:

Unknown said...

Manusia ni berubah dik, seperti akak juga. Ada benda boleh cerita, ada banyak yang tidak boleh kita adukan pada emak. Kdg takut menyinggung, takut tidak sependapat dgn kita.

Mengadu padaNYA sahaja yg akak mampu, Dia yg memahami.

ZWAN SABRI said...

zwan pun bukan anak emak sejati jugak sbb banyak berahsia.. hehe

ewanthology said...

bila dah besar ni, tak semua cerita boleh dikongsi :-)

syafiqa said...

terlalu banyak rahsia.
mungkin keranan kurang dgn keluarga.hm

Khaisya said...

hehe samalah kita. kadang2 tak tahu nak mula mcm mana.

Unknown said...

:D stended, namapun rahsia. mana boleh kongsi berjemaah. Hahahaha.

take care! :D

khairunnisa said...

hi, nice blog,blogwalking here..nway do visit my blog =) done followed u!

Brilliant Marjan said...

xsalah nk kongsi bila dh biasa buat macam tu dari kecil..alhamdulillah, akak adik beradik masih berkongsi mana yg boleh walaupun antara kami sudah berkeluarga..anak lelaki ni biasanya lebih selesa dgn mak yg melahirkan.maybe akak cerita dari pengalaman akak kot..sebab adik2 lelaki ramai, masih setia cari ummi utk kongsi apa2 cerita..