I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, October 12, 2012

Terisi

 
Selama aku mencari, selama aku menanti
bayang-bayangmu di batas senja
matahari membakar rinduku
ku melayang terbang tinggi
..
perasaan yang teramat dalam
telah kau bawa segala yang ku punya
segala yang ku punya.
 
(agnes monica,2011)
 
Aku baru saja lepas menghubungi Naim. Naim; seorang anak istimewa pada pandangan aku. Unik. Peneman hati. Penenang jiwa.
 
Kalau nak bercakap tentang kepentingan, Aku akui, Naim sangat penting dalam hidup aku. Kehidupan aku untuk fasa baru ini, banyak terisi dengan dia. Pernah sekali aku rasa begitu sunyi bila dia tiada. Bayangkan aku pernah termenung memandang padang; dengan pandangan kosong memikirkan kalau dia tiada nanti di tempat aku mengajar sekarang ini.
 
Anak murid yang ada tidak berapa ramai, mungkin penyebab bahawa kebergantungan aku terhadap naim tinggi. Sudahlah tidak ramai, yang ada pula mempunyai pelbagai masalah. Pendengaran, penglihatan. Naim antara yang paling kurang mempunyai masalah. Sedikit kabur di mata kiri.
 
Atas masalahnya itu, tidaklah dia menggunakan mesin braille untuk belajar. Cuma kertas bersaiz A3 saja untuk memudahkan dia melihat. Dari segi akal, naim serupa seperti budak biasa yang lain. Begitu juga dari segi emosi dan rohani, Naim mungkin lebih bijak mengawal dan mengorakkannya. Kerana Naim budak darjah 6 dan berusia 14 tahun yang sudah matang tumbesaran dan perkembangannya.
 
Naim. Hitam-hitam si tampuk manggis, walaupun hitam dipandang manis. Bagaimana manis rupanya, begitulah manisnya perkataannya. Kadang-kadang hati aku selalu terpujuk bila mendengarkan dia. Segala cabaran yang aku berikan, jarang sekali dirungut. Sebaliknya diiyakan dengan semangat dan senyuman.
 
Aku banyak habiskan masa dengannya. Dalam hati, ingin sekali aku jadikan dia seorang guru sains seperti aku biarpun aku tidak pernah menyuarakannya. Pernah sekali kami pusing- pusing bandar bersama. Dia membonceng motosikal aku.
 
" Sir, saya rasa saya tak boleh jadi doktor. Saya ingat saya boleh jadi cikgu".
"Kenapa ?"
 
... dan aku tak ingat apa penjelasan dia selepas itu. Yang aku faham, dia memahami kebatasan penglihatan yang dia alami untuk menjadi doktor. Sebagai guru, cita-cita tetap cita-cita. Kita boleh capai apa yang kita mahukan selagi kemahuan ada.
 
Kita akan jadi apa yang kita mahu jadi.
 
Untuk hari ini, genap seminggu aku tidak bergaul dengan dia. Dia ke Langkawi sebagai peserta karnival seni. Aku pula berkursus. Aku akui, perasaan rindu itu tetap ada. Lagak bagai seorang ayah. Aku selalu memikirkan seperti itu.
 
Apa saja yang aku tak pernah lakukan bersamanya. Terjaga pukul 2 pagi di asrama. Kejutkan dia dan berbual sehingga subuh. Bermain bowling bersama. Meneman makan makanan segera. Isi petrol motor di bandar. Main game kereta bertoken. Sebagaimana mudahnya dia membantu aku, begitu mudahlah aku mengajak dia ke mana-mana. dan macam-macam lagi.
 
Setiap kali aku gerak balik. Start enjin, klik gear. Akan terdengar ciut-ciut siul mulut. Bila aku pandang ke belakang, aku tak nampak apa-apa. Melainkan bangunan sekolah yang pegun. Begitu juga bila di pusat sumber; yang aku umpama bilik guru. Bila terasa kelibat lalu, terdengar ciut-ciut siul mulut. Aku pandang keluar; tiada kelibat. Tapi aku tau, dia ada. Naim lah tu. Bukan orang lain. Alih-alih lepas tu, muncullah dia dengan senyum-senyum simpul.
 
Peristiwa seperti itu menyebabkan bila aku ke mana-mana, dan aku terdengar ciut-ciut siulan mulut. Aku selalu memikirkan itu adalah dia.
 
Tapi ada satu hari. Ciut-ciut siulan itu berbunyi. Kali ini aku pandang belakang.
Aku hampa. Bukan dia. Dia tiada di sekolah.. Namun, itu bukanlah sesuatu yang mustahil. Kalau tidak berlaku masa ini, akan datang ia pasti akan berlaku juga.
 
Naim akan bakal meninggalkan aku tidak lama lagi. Menjejak kaki ke pengajian menengahnya tahun hadapan.
 
.. dan dari itu, aku selalu berkira-kira, bagaimana aku mahu meningkatkan pengajian aku untuk aku capai cita-cita baru; untuk mengajar sains untuk sekolah menengah masalah penglihatan di ibu kota.
 
Itulah cita-cita dan pengorbanan. Kasih sayang itu kuasa yang kuat.
 
p/s - ini kisah normal. Terima kasih membaca.
.


8 comments:

sarah zulk said...

begitu citernye.. smoga berjaya.. =)

ewanthology said...

Sgt rapat hubungan kalian

ZWAN SABRI said...

Mesti Naim terharu kalau baca entry ni.. :)

ஜ miss klanika ஜ said...

cerita biasa tapi luar biasa perasaan membacanya.

ghost said...

kau memang seorang yang cepat mesra, ramah right.. memang jenis suka kanak-kanak ni

Anonymous said...

aku adalah sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersama mereka apabila mereka memanggilKu - hadith riwayat Tirmidzi

Anonymous said...

Heh..salam untuk anak negeri juga.Kalau cikgu Dezee pakai cap mcmtu mesti belajar itu syok gila..hahaha.

Unknown said...

tahniah ya cikgu..ada naluri kasih sayang sesama manusia...teruskan usaha murni cikgu tu..pasti tercapai n iat yang baik.