Kecintaan aku pada buku memang tidak pernah berubah sejak usia kecil. Aku rasa sampai bila-bila pun takkan pernah berubah.
Hari ini, seorang kenalan membawa aku keluar - ke Pesta Buku yang pertama untuk aku. Di pasaraya The Mines. Pesta buku yang menempatkan hampir lebih 3 juta buah buku ini benar-benar mengejutkan. ( serta; memeningkan kepala ).
Bergelumang dengan ribuan orang yang rakus mencari buku, kemudian meneliti satu-satu buku yang disusun secara menegak sudah pasti mendatangkan sakit kepala. Nampaknya pengalaman pertama ke Pesta Buku tidak begitu baik.
Walaubagaimanapun, tawaran harga buku yang tersangat murah mampu mengugat kewarasan pecinta buku. Bagi sesiapa yang memang menjadikan buku sebagai koleksi, inilah masanya yang paling tepat. Dengan harga serendah RM8 untuk sebuah novel, dan tidak ada harga buku semahal RM40, sudah pasti berbaloi.
Pening dengan suasana yang riuh, berserta perut yang lapar dan kepala yang berpusing, tidak banyak pilihan yang dapat aku buat. Kebanyakan buku bukanlah bacaan yang aku cari. Jadi aku memilih 3 buah buku yang aku rasakan sesuai. Membeli dengan niat tidak bersungguh-sungguh untuk membaca juga adalah tabiat yang tidak baik.
Tidak baik tamak pada diri sendiri. Itu pembaziran.
Akhirnya yang paling seronok adalah makanan. Makan sandwich yang panjang hari ini adalah sangat mengenyangkan dan mengembirakan. Itulah klimaks kepada aktiviti hari ini. Alhamdulillah.
p/s - Rasa berdosa bila mak masak dan aku tidak menjamahnya. Jom kita ke dapur.
.
17 comments:
sangat seronokkot kalo dpt g pesta buku.
bnde pertama akan crik, novel! yeahhh.
salam Ikhram...lama tak check ur blog...thanks for the visit!;-)
Whoa. Seorang lagi pencinta buku! Bercinta dengan buku buat dunia kita lebih indah.
Peh, memang tabek spring laa laki bace novel. Yeah. Follow done. TQ
memang seronok ler klu peminat buku
sangat sukakan buku .. :)
boleh pinjam nih.hobi baca buku juga ni
bila tgk ayat komen dr awak, macam heran.. lelaki tulis dgn ayat penuh bijak pandai.. ahakss~ rupanya2 seorang cikgu..
saya da follow blog ini! :)
huyoo. sampai bila bigwolf ni bro
wow. bestnye. sampai bila pesta ni?
bestnya. kalaulah sy mahu tak nak balik kalo dtg situ. haha
ikhram, apa tajuk lagu dlm blog kamu ni eh?
Rasanya aku masih sempat utk ke the mines.minggu lepas agak sibuk.
Cintai buku dan buku takkan pernah lukakan perasaanmu
O_o <-- mata bila tgk buku2.. suka jgk dgn buku.. suka beli, then sayang nk baca (beli tp xbaca, suka tgk buku sbb ntahla penyakit kot) hehehe..
haha
ruginya aku sbb tak rajin baca buku
arghh aku rindu nk makan subway! haha sini ade tp x halal :(
aaa jelly jelly jelly. kalaulah dapat pegi. konfem borong semua!
Masakan mak kita paling sedap kan?
Post a Comment