I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, December 25, 2012

Desa Halaman


 
Hari cuti seperti hari ini, keluarga dan aku bercadang untuk pulang ke desa tercinta di Kuala Pilah. Daerah beradat di Negeri Sembilan. Rasanya, sudah lama juga tidak bertentang mata dengan uwan (panggilan untuk nenek di negeri sembilan).
 
Buah rambutan masih tidak juga susut meranumnya. Tapi memandangkan aku bukanlah pencinta rambutan, aku biarkan sahaja. Tidak cuba untuk menjamah apatah lagi mengaitnya. Tujuan asal untuk bertemu dengan uwan - jadi, sepanjang masa aku cuba berbual dengan uwan secara berkualiti.
 
Tak banyak yang kami bualkan melainkan mendengar rintihan sakit matanya. Kadang-kadang diselangselikan dengan cerita mak tam yang baru saja keluar dari wad akibat penyakit SLEnya. Tapi yang banyak kami kongsikan - perihal kisah kenangan bersama arwah atuk Talib semasa usia sakit beliau.
 
Bila bercerita tentang atuk Talib, terasa rindu pada arwah sangat menebal. Aku tidak dapat menafikannya kerana sejak atuk mula-mula tidak tidur malam akibat sakit di bahagian prostat sehinggalah ke liang lahad, aku bersama-sama dia.
 
Namun perkara yang sedih sebegitu, tidaklah sampai terbawa-bawa kepada tangisan air mata. Kerana aku sedar, disebalik rasa kehilangan yang aku alami, uwan pasti sudah pasti banyak kali melaluinya. Lalu hatinya lebih tabah, fikir aku. Jadi, kali ini dia hanya mendengar dan menokok tambah sedikit-sedikit.
 
Kali ini, uwan banyak juga ketawa. Kadang-kadang aku tidak boleh memahami uwan, atas satu perkara. Bagaimana dia boleh sanggup tinggal di desa seorang diri tanpa teman ?? Sampai ke hari ini aku fikir, dan aku tidak pula bertanya.
 
Kerana pada hemah aku, setiap orang mempunyai alasan tersendiri mengapa tidak sanggup meninggalkan satu-satu perkara. Aku pun begitu juga.. sambil memandang helaian-helaian gambar yang aku sayang.
 
p/s - malam ini aku perlu tidur lebih awal. Esok ada mesyuarat guru. Maka selepas ini, tamatlah cuti untuk guru biasa seperti aku. Mulakan fokus kepada kerja.
.
.


8 comments:

Liyana Zahim said...

Org tua mmg mcm tu ikhram.. Die takkan tinggalkan kg die.. Sbb situ ada kngn n hati die da melekat kat situ.. Kalau beralih dia orang takkan senang hati.. Al fatihah utk arwah atok ikhram..

Hans Hanis said...

lama xsinggah sini
pekabar bro?

Blog Eazy Izzuddin said...

Rindu kampung halaman

ieza ashaari said...

ikhram, 1 hari kamu akan faham kenapa kita tak akan tinggalkan satu tempat atau sanggup duduk sorg.. even akak br kawin, akak dh mula tahu kenapa. :)

utk menjawab soalan ikhram, boleh je xdtg rumah bakal isteri time bertunang nanti. suami akak dtg sbb tinggal brp jam je nk nikah. dia stay kt umh sebelah akak utk bersiap. lps tue, dia je yg tahu jln nk ke rumah akak ni. kami bukan bercinta mcm org lain.. :)

Yasmin Aris said...

:)

comel je tido. penat sgt ye. hehe.

Sep cket. den pon org nogori gak ! haha. belah abah :D

iAmCekbolat said...

lama tak pi k.pilah ! hehe .

ZWAN SABRI said...

Tetiba terasa rindu kat arwah maktok, tokwan ngan wan aku.. huhu

syakirahmn said...

well. they hv their own reason. lagipun diorang lebih selesa dgn tempat sendiri gamaknya

and orang tua kan slalunya taknak menyusahkan anak2 diorang. tp bahaya jugak tinggal sorg2. kalau emergency jatuh ke hape. susah lahh jugak.