I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, December 24, 2012

Hari Minggu Yang Panjang.

 
 
 
 
 
 
Minggu ini merupakan satu minggu yang paling panjang. Bermula pada hari Isnin, sehinggalah ke hari Ahad - dan hari Ahadlah yang paling teruknya. Semua perkara aku telan satu-satu. Ada rasa gembira. Ada rasa duka. Mendung. Kelabu. Ceria. Disayangi. Dihormati. dan pelbagai.
 
Aku selalu mengingatkan hati aku. Belajar berdikari. Belajar berpegang pada prinsip diri. Aku juga selalu berprasangka pada diri - apa yang aku lakukan setakat ini,tidak boleh dianggap terbaik. Masih banyak lagi perkara yang perlu aku baiki.
 
Aku rasa, dalam dunia ini terdapat banyak perkara yang boleh memberikan kebahagiaan kepada aku. Aku peluk adik-adik aku. Mereka masih mahu membalas pelukan aku. Aku tatap wajah emak, emak masih lagi mahu berpaut pada tangan aku ketika berjalan. Emak masih lagi mahu membelai kepala aku biarpun aku sudah dewasa.
 
..dan abah masih lagi mahu bercerita tentang rutin hariannya yang terlalu sibuk.
 
Bila masuk hari mendatang, aku tidak mahu lagi keluar dari daerah tempat tinggal aku. Manusia seringkali mengajar aku erti duka dan tipu muslihat yang penuh dengan harapan. Aku masih tidak mampu keluar dari sangkar emas ini, yang kadang-kadang aku fikir sebagai kepompong sutera.
 
Apa yang aku dapat dari pengajaran minggu ini,
 
"Nak berjaya, mesti berasaskan usaha sendiri. Kene berani membuka langkah.."
..dan langkah aku masih lagi kaku..
 
p/s - aku tak mahu lagi ke kenduri kahwin anak kawan-kawan emak lagi.
.


15 comments:

PemilikCahaya said...

trkadang kita perlu keluar dr sangkar emas dan kepompong sutera untuk merasai nikmat mutiara serta baldu yg..huh xde idea..

yg last tu musykil..haha..kenapa dah ramai yg bertanya ke hang bila nak tamatkan zaman bujang..mcm tu??..hehe


ZWAN SABRI said...

betul tu.. keberanian adalah kunci untuk berjaya.. :)

Unknown said...

nana sokong! hehe. n jgn takut utk maju buka langkah ke dpan nanti smpai bila pn x mrasa nikmat kjayaan ;)

Khaisya said...

sy syak ikhram kena kenen dgn anak kwn2 mak kan? hehehe.

Anonymous said...

mesti kawan-kawan mak suruh ko kawen kan?

ieza ashaari said...

tembamnya.. :)

kawin, jgn xkawin.. :P

KinosKoko said...

slow2 bukak sangkar...bukak dulu, mungkin lama2 akan terasa nak keluar dari sangkar tuh. :)

FH said...

mari memeriahkan cuti.bukan senang nak dapat peluang cam gini :D

Yasmin Aris said...

same! kalau dgn family kite ase selamat jer :D
Tapi nak taknak kena jugak hadap dunia lua ni sbb dunia lua ni jugak laa yg ajar kite erti hidup ;)

xnk gi kenduri kawen ?
ni mesti asik kena soalan. Bile nak kawen kann ?? haa. nak tanye gak la, bile nak kawen ni ?? hahaha.

Peace ! V^^

Anonymous said...

terus ja m'langkah selagi mampu...^^

ewanthology said...

Demi cita cita, keluarga tersayang harus ditinggalkan jua... Hujung minggu baru boleh balik :-)

feyza said...

aku akn ingat kata2 kau

amin...!

monologmalamhari said...

aku tahu kau mesti bole ..

pembaris said...

comfort zone

SN said...

haha, kawan2 mak tanye bila nak kawen ke....

:P