I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, December 7, 2012

Kembali Di Sini

 
 
 
 
Mulanya di sini
bagai terulang lagi
kisah yang indah antara kita berdua
 
Sehingga di sini
tiada berpaling lagi
kita berteman seiring jalan dan sehaluan
 
Sama-sama menjejak mimpi
sama-sama mencari dan menanti
segalanya
direstui cinta sejati
 
Sama-sama gunung didaki
sama-sama turun ke lembah sepi
suka duka bersama dirasai
 
Mulanya disini
kukenali dirimu
sehingga kini sehingga ke akhir waktu
 
Akhirnya disini
kukenali hatimu
sehingga kini kita akan terus berlagu
 
Di hadapan kita
ada jalan menuju di kejauhan
ada sinar menanti di penghujung perjalanan ini
 
Sambil menyanyi
mendendang senandung yang syahdu
riangnya hati dan indah duniaku..
 
   ( seha & freedom, 1987)         
...
 
Petang ini, aku bertemu Naim sekali lagi. Alhamdulillah, dia semakin membesar dan semakin sihat. Dia bersahaja dengan rambut pacak-pacak yang selalu aku halang di sekolah, namun hari ini aku biarkan saja. Musim cuti sekolah - bebas bagi dia. Ragam anak muda belia remaja seperti ini amat-amat aku fahami.
 
Wajah manis anak didik ini sentiasa kekal manis. Manis senyumannya tidak sedikit pun mengurangkan sikap pemalunya. Tapi lama-kelamaan dia akan kembali mesra dan mula menyesuaikan diri. Aku tahu, dia seorang yang sangat menghargai. Hari ini dia memakai baju dan kasut pemberian aku tempoh hari. Segak.
 
Aku gembira melihat dia gembira dan selesa. Aku tau dia amat sayangkan segala benda yang dihadiahkan. Teringat aku bagaimana dia menceritakan bagaimana dia menjaga kasut yang dipakainya. Aku hargai sikap dia. Kalau boleh istana, istana pun aku nak bagi. Hahaha. Hiperbola di situ.
 
Pertemuan kali ini, dia asyik bercerita tentang penyesalan masa lalu. Kelalaian pembelajaran di saat-saat akhir menjadikan dia tidak berjaya untuk menjadi seperti yang diharapkan. Walaupun tidak sepenuhnya bersetuju, aku bersyukur dia belajar sesuatu dari kesilapan yang dia rasakan. Tiada sebarang klu dari aku, dia yang sedar sendiri. Bagi aku keputusan dia tetap baik.
 
Betullah, pengalaman mendewasakan kita. Pengalaman jugalah guru kita.
 
Dalam berbual-bual tetiba Naim bertanya.
"Sir, kalau saya tanya sir jangan marah yer..??"
"Tanya lah.."
"Sir bila nak kahwin ?"
"Uish kamu nie.. entah la Naim. Bila umur sir 27 kot ?? Kenapa?"
".. hehehe takde apa-apa.. "
"nanti kalau sir kahwin awal-awal, tak dapatlah nak jumpa kamu selalu.. nak lepak asrama lama-lama, nak jaga adik-adik kamu kat sana. Susah dah la kan?"
 
Kemudian Naim basuh tangan dan aku teguk air. Aku tak tau itu jawapan yang paling baik atau alasan untuk sedapkan hati.
 
Seharian bersama sudah pasti tidak cukup  untuk mengungkap kembali kenangan dari mula- mula menjejakkan kaki mengenal dan mendidik dia. Tapi sekurang-kurangnya aku bersyukur, Allah masih memberikan aku sedikit kesempatan untuk aku menumpah kasih pada Naim.
 
Seperti hari-hari yang lepas, harapan aku setinggi gunung melihat Naim berjaya.
.........
 
Hari berganti hari, dan aku mulai mampu menerima.
 Aku percaya, aku akan sentiasa dalam ingatan mereka seperti mana mereka sentiasa dalam ingatan aku. Amin.
 
 
p/s - Sign most helpful for emotional support - Sagittarius. Dengar tu Naim..!!


 
 

9 comments:

Felly Sophia said...

Pengalaman cikgu paling berkesan dalam hidup.

ewanthology said...

Kirim salam pada naim

Anonymous said...

takkan cikgu lupe kat naim kalo kawen kot...

takkan la kan...

hanaahmad said...

Naim, mengingatkan aku pada seseorang. Yang aku sayang seperti darah daging sendiri. Dan dia juga sering kata, jika aku sudah berkahwin pasti aku sudah tidak punya banyak masa dengannya.

:)

Gillette Flores said...

Sweet pula post ni rasanya.
Bagusnya jika ramai yang punya hati yang ikhlas

*senyum*

iKhRam said...

Sangat berkesan.. xkan sapa mampu memberikannya kembali.. melainkan Allah.

iKhRam said...

Sudah saya sampaikan

iKhRam said...

Sebenarnya kan.. saya takkan mampui nak lupakan naim..

Dia anak yg sungguh istimewa

iKhRam said...

Harap hubunga kalian juga akan baik2 sahaja..

Bagi saya status tak mungkin akan mngubah apa2.. saya berharap akan diketemukan dengan seseorang yg memeahami..