I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, December 27, 2012

Mesyuarat Guru

 
 Setelah lebih sebulan bercuti, akhirnya panggilan untuk berkerja kembali semula. Mesyuarat Guru buat kali pertama untuk sesi baru sudah pun bermula. Sebagai seorang guru, ini adalah mesyuarat guru yang pertama bagi aku. Sebelum jam sembilan lagi aku rasa, semua guru sudah pun memenuhi ruang di Bilik Gerakan Sekolah.
 
Aku datang memang tepat-tepat jam 9. Dengan memakai t-shit berkolar dan jeans. Berkasut tapi tidak berstokin. Bila Guru Besar mengingatkan mesyuarat hari ini adalah rasmi, aku telan air liur sendiri. Memang 'anak bongsu sekolah' la aku ni... Semua benda tak macam orang lain. Huh...
 
Semua guru dibekalkan dengan buku rekod mengajar. Mana-mana guru kelas telah pun mendapat buku jadual kedatangan serta kalendar dari pihak sekolah. Untuk pengetahuan semua, tahun ini dengan rasminya aku merupakan guru kelas tahun 6 untuk kelas murid bermasalah penglihatan. Ada debaran di situ.
 
Dalam erti kata yang lain, aku diamanahkan untuk menjaga anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun 2013 ini. Aku senyum namun dalam hati aku terasa berat. Ini adalah cabaran. Ini adalah amanah. Insyallah, semoga aku diberi kekuatan dan mendapat tunjuk ajar dari guru-guru lain yang lebih berpengalaman.
 
Walaubagaimanapun, bila melihat jadual waktu tahun ini, aku menarik lafaz lega dan tersenyum lebar tak sudah-sudah. Terima kasih GPK 1, En Rosdi. Kene belanja makan nasi lemak ni.. Hahaha.. Jadual tahun ini telah menjadikan aku -
 
seorang guru sains yang sejati... hahaha.. !!
 
Selain daripada itu, aku juga turut mengajar subjek pendidikan jasmani untuk murid-murid tahap satu. Apa nak buat, memandangkan aku ni ketua panitia pj - dapatlah aku kelas-kelas KSSR yang banyak kerja pengurusannya. Positifnya, aku harap dengan mengajar PJ, aku dapatlah mengempiskan perut yang semakin membuncit ini.
 
Kemasukan 7 orang pelajar baru yang cilik-cilik belaka bakal mencabar kewibawaan aku sebagai guru PJ yang cergas dan cerdas. Bila mengajar kanak-kanak khas ni, kadang-kadang 7 orang satu kelas pun dah rasa macam 70 orang. Tapi setakat ini, aku fikir aku sangat gembira menanganinya. Senyum.
 
Mesyuarat ditangguhkan dalam jam 12.15 dan disambung dengan mesyuarat Kurikulum, HEM dan Kokurikulum pada keesokan harinya. Huh.. lepas tu aku pun pegi ambik buku teks untuk anak-anak murid kelas. Bila tengok kelas tadi, aku tersenyum saja.. kelas aku sangat cantik. Terima kasih kepada my class assistant  - madam kak ton !!
 
Kelas Kita Memang Terbaekkk...!!!!
 
 
 
 
 
...
 
Habis saja mesyuarat, aku pun bertolak ke Port Dickson - singgah bertemu dengan anak teruna seorang ni. Dah makin besar nampaknya. Sebelum dia nak melangkah ke sekolah menengah di ibu kota pada minggu depan, aku tergerak hati nak bertemu dan berpesan-pesan supaya dia menjaga diri dan belajar bersungguh-sungguh..
 
Naim, kamulah harapan cikgu..
 
 
 
p/s - Saya sayang sekolah saya... !! Macam tak percaya dah jadi seorang cikgu... huhu..
 

17 comments:

Raz said...

sy doakan anda menjadi guru yg cemerlang dan terbilang :)

iAmCekbolat said...

cikgu pjk thun 1 ? alahaii comel comel . smoga brjaya ye cikgu :)

outbound malang said...


Nice blog :)
salam kenal sobat :)
bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Senyuman adalah sedekah yang indah, karena dengan sedekah senyuman, manusia takkan pernah merasa berhutang apa-apa dan tak kan membuat orang lain merasa terhina
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....

ZWAN SABRI said...

bila Cikgu Am jadi guru kelas tahun 6, mesti prestasi UPSR sekolah tu akan meningkat.. I believe on you.. prove it! Good luck.. :)

Maicher said...

nervous bila pikir pasal future. cam tak ready je lagi nak jadi cikgu. ngaaaakk

syakirahmn said...

insyaAllah semoga dipermudahkan dan di beri kesabaran yang lebih nak handle budakbudak istimewa ni.

cabaran tu. tak semua org mampu buat. and selamat kembali ke skolah lah ye!

ieza ashaari said...

rindunya nak mengajar.. dulu time jd guru GSTT n guru ganti, confirm jadi guru kelas.. hahaha..

semoga berjaya ye dik.. :)

ewanthology said...

semoga maju jaya membimbing anak bangsa :-)

Unknown said...

pehh rindu plak aku kat zaman skolah dlu.. haha

Unknown said...

pehh rindu plak aku kat zaman skolah dlu.. haha

Hans Hanis said...

semoga jadi seorang guru yang terbaik buat setiap anak murid ekau :-)

misz aisya said...

aku plak ngah pack brg nak balik maktab. huarghhhh cuti dah abes. xmoh!!

hmm pasni praktikum. agak busy lah nnti tp bila dah layan celoteh students, rasa best pulak. huhu.

PemilikCahaya said...

teringin nak cuba jd cikgu jugak..hehe..nnti nk apply jadi guru ganti lah..hehehe

Anonymous said...

Dapat rasa yang ikhram ni memang ada passion dalam mengajar. Dalam keluarga Dezee ada 3 orang yang jadi tenaga pengajar juga..Good Luck Ikhram..those students will be so lucky to have u as their teacher,

whitecappuccino said...

tahniah dan selamat kembali bertugas.

CikguShasha ^ ^ said...

cikgu..

Yasmin Aris said...

wahhh. selamat bertugas cekgu !
Saya suka subjek sains :D