I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, September 19, 2011

KOUGAR by Shaz Johar



Kalau emak tengok perangai aku dalam dua tiga hari ni, tentu mak akan marah. Masuk hari ni, dah lima bungkus sup cendawan keju cap Campbell aku bantai. Mentang-mentang kat blok kediaman ni dah ada air panas.


Hujung minggu ni semua orang takde kat hostel. Ramai yang balik kampung. Kalau ada yang tak balik, ramai pulak yang keluar jalan-jalan. Al maklumlah kat penang banyak tempat nak berjalan... dan aku yang dah bertahun-tahun menetap kat Penang ni memang dah tak de hati lagi nak jalan-jalan. Tumpuan aku memang cepat-cepat nak tamatkan pengajian. Bosan.


Kalau ada manusia di Bumi ni; yang cuti hujung minggunya digunakan untuk menyiapkan keje-keje sekolah. Aku pula lain. Aku memang gunakan cuti ini untuk berehat. Kalau aku rancang untuk buat keje pun, akhirnya mesti tertangguh. Tindakan entah ke mana, perancangan pun entah ke mana..


Keje last minute ni jugak yang berhasil..


Dari pagi, mulanya aku mandi. Bersihkan diri. Buka laptop. Blogwalking. Layan Fb. Layan YM. Buka Window Media Player. Kemudian masak sup cendawan. Buka novel yang dibeli semalam - KOUGAR. Baca. Kemudian mandi semula. Sambung pem-baca-an. Kemudian mandi.


Layan lagu Yuna. Perut pun lapar. Nak pegi tesco makan nasi kandar, malas. Jalan kaki ke kedai serbaneka One Stop Recsam (dekat dgn kawasan maktab). Beli 100 plus, roti gardenia, tuna ayam brand, biskut oreo.


Balik bilik. Aman rasa sebab rumate yang kuat bercakap tak de.. balik kampung. Buka novel. Sapu roti gardenia dengan tuna secara berpasangan walaupun tuan dia single-mingle lagi. Makan. Makan. Makan. Sehingga kepingan roti yang ke sembilan-sepuluh. Sambil membelek-belek novel.


Pembacaan novel sampai m/s 206, Kak pinat anta mesej.


"Kenapa call tadi?"


Dari mesej itu, jam 6 kami berdua ke Tesco.

Temankan dia beli barang-barang untuk menjamu anak-anak murid dia. Anak-anak murid aku jugak. Akhirnya kami berdua makan malam di Secret Recipe. Sedap. Baru lengkap aku rasa hari aku.


Balik. Kak Pinat bagi naskah Yassin yang cantik. Aku balas dengan magnet peti sejuk yang aku beli tempoh hari di Cameron. Aku suruh dia pass kan kat abg shamzuri dan akak Suriani sama. Masuk bilik. Buka novel - KOUGAR semula; sehingga tamat.


Telefon emak. 40 minit lamanya.


Kesimpulan. Aku tak pernah rasa kehidupan aku sempurna melainkan aku berada di rumah. Tapi aku tetap gembira menghabiskan masa untuk diri aku sendiri hari ini. Aku percaya, dalam diri jangan ada perasaan tamak. Sebab kalau Tuhan nak bagi, Dia akan bagi.


KOUGAR by Shaz Johar - Kalau si pelukis, en Muhammad menghabiskan masa 8 jam membacanya dari Kota Jakarta ke Yogyakarta sebagai peneman yang setia, aku ambil masa sepanjang hari membacanya dengan setia walaupun tidak ke mana-mana. Ada sebab kenapa aku sukakan penulis lelaki. Jalan ceritanya mudah dan bahasanya ringkas. Maaf novelis Liyana Zahim. Tiada langsung unsur diskriminasi. Novel anda juga bagus. Ikhlas puji.


Kualiti pada novel KOUGAR ini adalah originaliti jalan ceritanya. Kalau dilayan pembacaan novel ini dengan lagu-lagu si Yuna yang berkumandang, sah-sah macam dalam butik TOPSHOP. Kisah si Kisha itu seseolah memberi inspirasi walaupun dia 'nakal'..


Cinta, Masa, dan Akal.. semuanya datang serentak..! Akal la yang menentukan mana yang perlu dan mana yang tidak.

.

p/s - esok kelas. Baju pun tak siap iron lagi. esement.. malas nak fikir. letak tepi dulu la.. !!

.

9 comments:

ZWAN SABRI said...

betoi tu btoi.. slalunya keja last minit mmg menjadi..HAHA.. Btw, nak pinjam novel Kougar.. HEHE


MySuaraBlog: Hantu Bonceng Hina Islam?

Unknown said...

novel Kougar tu kisahnya pasal apa? cinta anak remaja ke?

Salwa said...

Best ke novel tu?

♥ Nana BamBam ♥ said...

beli dimana novel 2 ? kat MPH ade dakk ?

::FAIZ:: said...

buku Syaz Johar

afzan said...

bab telefon mak tu aku sokong.
ingat & hargailah org tua kita sementara mereka masih ada

Khaisya said...

best kan novel tu? :)

jejaka anggun said...

Kisah si Kisha itu seseolah memberi inspirasi walaupun dia 'nakal'.. heheh.thanx.

ieza ashaari said...

cikgu selalu cakap, "bila balik rumah, siapkan kerja rumah dulu. dah siap semua, barulah buat kerja lain. nak main ke, kena siapkan kerja rumah dulu". tapi sebenarnya cikgu pun 2x5 kan.. huhu.. :p