I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, September 2, 2011

Uniknya Beraya di Teratak Pak Long Rusli..


Kalau ada orang suka menyambut hari raya kerana suka makan macam-macam jenis santapan. Aku juga begitu. Aku paling suka makan lemang dan nasi impit. Selain itu rendang daging merupakan juadah kegilaan aku di musim-musim perayaan macam nie.





Jadi, selalunya kalau tak dapat semua tu, pasti sambutan raya tidak lengkap. Namun sebenarnya, perkara yang menjadi perkara pokok dalam menyambut hari raya ialah bersua muka dengan sanak saudara jauh dekat, sahabat handai yang hari-hari jumpa mahupun yang jarang-jarang dapat jumpa. Jadi peluang keemasan sebegini, berjumpa, berbual, bergelak tawa takkan pernah hendak aku lupakan.


Bukan senang nak merapatkan silaturrahim. Bukan susah mahu memutuskannya.


Jadi dalam kesempatan yang ada, akan aku cuba meraikan lebaran dengan berkunjung ke rumah-rumah orang-orang yang pernah menajdi tulang belakang perjuangan hidup malah kepada mereka yang pernah diingati dan disayangi.


... dan berkunjung beraya di teratak pak long rusli tidak pernah keluarga kami ketinggalan dalam senarai kunjungan. Beraya di rumah penuh keunikannya yang tersendiri dengan keindahan dekorasi rumahnya dan lanskap yang sudah pasti menyejuk mata yang memandang.


Semua ini adalah ilham kreatif pak long rusli itu sendiri. Bahan-bahan terpakai dan papan berlebihan semuanya menjadi satu ciptaan luarbiasa yang sangat berestetika. Selain itu keramahan cik yah dan sikap penyayangnya sudah pasti menambat hati sesiapa yang berkunjung.


Namun raya di teratak ini sudah pasti menajdi gamat dengan kehadiran sahabat sonogori iaitu wok didie dan wok mirul yang pernah sama-sama suka dan duka, susah dan senang bersama-sama sepanjang menuntut di maktab perguruan. Persahabatan kami tidak akan putus biarpun diuji dengan apa saja dugaannya.


Bila setahun sekali dapat bertemu, sudah pasti hati berbunga-bunga nampak yang indah - indah bukan ?

.

p/s - Seronoknya beraya di desa. Hari ni mak masak pulut kuning dengan rendang daging.. Sedap sangat.. !!
.

8 comments:

dya said...

salam aidilfitri..maaf zahir batin..=)

- LIANA ASIF - said...

selamat hari raya.... bestkan raya di kg.. time ni, semua makanan sedap2 ada, x ingt nak diet da... haha

aiman mania said...

wauuu...gempak raya dia tahun nih ye..heehee......duit raya mesti ketat poket nih..........

zazaw said...

handa pokek nogori ae

sir selamat hari rayaa

hafrawiey ozakawa said...

wahh..selamat ary raye.nice blog.

http://hafrawiegeek.blogspot.com/(follow sekali)

Unknown said...

hahaha, mcm2 peringatan ada kt kg tu hehehe

IMANSHAH said...

saya suka nasi impit kuah kacang daging

ieza ashaari said...

cantik lah tempat tue..

org rajin dan kreatif mmg mcm-mcm ada.. :)