I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, September 17, 2011

Buat Baik Dibalas Baik.

Semalam, setelah sekian lama aku tak menaiki feri, akhirnya aku naik jugak. Selalu terpampang kat ruangan berita, jadual pergerakan feri tidak menentu menjadi satu masalah kepada rakyat. Tapi kepada aku yang jarang-jarang menjadi penumpang, menunggu feri kali ni tidak membawa kepada apa-apa masalah. Feri tiba, aku naik saja tanpa banyak soal.


Sempena cuti menyambut hari Malaysia kali ini, aku menghabiskan masa di rumah keluarga angkat aku di Penaga, seberang prai, Penang. Sudah lama aku tak singgah berkunjung ke rumah ni, almaklumlah sibuk dengan keje dan latihan praktikum. Kalau berbual dengan emak, emak selalu berpesan kalau ada masa, singgahlah ke rumah mereka.


Emak selalu berpesan, tinggal dengan orang kene bijak membawa diri. Jaga perlakuan. Cakap jangan meninggi diri.


Pegangan itu yang aku bawa sehingga ke hari ini. Biarpun duduk di rumah tepi bendang, tapi aku sangat selesa di rumah ini. Udaranya masih nyaman. Kadang-kadang terdengar-dengar bunyi angsa yang seringkali aku tersasul memanggilnya bangau. Seisi rumah mula-mula memandang pelik, tapi lama-lama ketawa..


"tu bukan bangau la bang.. itu angsa..." kata salah seorang adik kawan aku ni.


Begitu jugak dengan riuh bunyi jentolak di bendang belakang rumah. Waktu tengah hari aku minta untuk mandi di bilik air di luar rumah. Segarnya mandi dengan air sejuk sedangkan suhu sekeliling panas membahang.


Dan dari bangun pagi sehinggalah petang, tak sudah-sudah dijamukan dengan makanan. Dari lauk pauk ikan berbagai jenis ikan, sampaikan ada nama ikan yang tak pernah aku dengar pun ada disajikan. Waktu petang, mak angkat menggait kepala muda untuk diminum airnya, kemudian makan pula kek orang kampung.. kemudian tomyam dan bermacam-macam. Bak kata mak cik kalau lama lagi aku di rumahnya, dia mahu masakkan laksa... huhuhu !! Kalau seminggu macam ni, memang aku akan gemuk..!!


Adakala, layanan yang terlalu baik buat aku tidak mampu membalas jasa mereka anak-beranak. Bayangkan, mak cik sanggup mengecat bilik dengan seberapa pantas di bilik tidur, kerana mahu aku tidur di bilik baru mereka. Dahsyat kan? kalau tidak aku hargai mereka, memang aku kacang lupakan kulit.


Terkenang-kenang saat-saat kami tiga beranak membuat kek. Mak cik tak mahu guna mesin, katanya tak sedap. Lalu dipukul majerin dan gula dengan kudratnya sendiri. Mula kami buat jam 1 pagi, siapnya dekat nak jam 4 pagi. Kalau nak tau, masa tgah siap-siapkan bahan, ada saja yang tak cukup. Mula-mula majerin tak cukup, terpaksalah aku dengan mak cik ke kedai beli majerin. Naseb bek ada kedai yang bukak pagi-pagi nie. Kemudian susu pekat pulak yang tak de.. bergegas la pula aku dengan anaknya ke kedai membeli. kali ni naik motor saja.. tetiba..


"ikhram, tepung pulak tak dak la ni..?"

"biar betul mak cik..?"

"dak aihh.. saja pekena ikhram.. "


Kami yang tiga beranak ni ketawa.. sambil membuat kek, sambil itulah kami berbual-bual. Mencerita kisah hidup yang silam yang penuh dengan pengajaran. Nasihat makcik ini sama seperti nasihat emak. Tiada kejayaan yang datang bergolek melainkan dengan usaha dan hati yang ikhlas. dalam masa yang sama, sempat pulak aku mengajar subjek kimia tingkatan 4. hahaha untuk adik..


Tinggal di sini tiada yang cacat celanya bagi orang yang tau menghargai alam sekitar. Kiri dan kanan penuh dengan pokok-pokok yang melambai. Sawah bendang yang menghijau. Orang kat rumah ni rajin betul membela haiwan. Semua haiwan, semua ada rebannya. semua ada kandangnya.


Sampai masa utk pulang, mereka satu keluarga menghantar.


"Abang ikhram balik esok la..?" kata asik yang bongsu

"Abang ikhram nak balik esok kan?" kata adik yang ketiga.

"Ikhram balik esok saja lah... " kata emaknya pula..


Tapi aku memang terpaksa pulang, sebab ada keje yang banyak aku tinggalkan di hostel. Lagipun alat-alat kelengkapan untuk buat keje aku tak bawak bersama. Laptop pun aku simpan dalam loker hostel.


Sebelum pulang, aku dibekalkan macam-macam. Ikan selar goreng kunyi berekor-ekor sampai boleh dibuat ratah macam tu saja. denagn gulai lemak cili api, serunding kari, dan kek yang kami masak semalam berpotong-potong. Satu set untuk aku dan satu set lagi untuk adik aku si fatin di kampus. Penuh dua beg plastik makanan dibekalkan untuk aku. Membuatkan aku teringatkan emak di rumah.


Mak selalu berpesan. Kalau kita berbuat baik, pasti akan ada yang membalas kebaikan kita.


Aku percaya ada hikmah di sebalik kebaikan emak dan abah yang selalu melayan dan berbuat baik terhadap kawan-kawan aku. Semoga keluarga angkat aku itu dimurahkan rezeki oleh Tuhan.


Terima kasih daun keladi. Lain kali ikhram datang lagi.. hehehe..

.

p/s - sedang meratah ikan goreng dan kek. Sori tak de gambar kat entri ni sebab kabel henset tertinggal kat rumah seremban.

.

10 comments:

Papa Mifz said...

buat baik berpada pada...buat jahat jgn sekali...

A Crack Mirror said...

waah..rasa dah lama sangat tak baca coretan ikhram...

betul2...betul ckp org2 tua.. kalau buat baik biar ikhlas..jgn harap balasan..tak dapat kat kita...dapat kat anak cucu...

pape pun..seronok kan dapat jln2...ambil pengalaman baru...

Aman Ibrahim said...

waa~ baiknyer layanan yg diberikan. Terharu baca entry ikhram nih.. sweet sgt. Ingat jgn lupa mereka.. depa sayang ikhram tuh haha..

aziekz said...

seronok eh,,,mcm mak sndiri plakkan,,,
bnyok benda dibekalkan,,
mmg benar buat baik,dibalas mcm2,,,:)..hArgai mereka,,

adwafarahin said...

aww! sweet la family angkat ikhram..nk jugak!!!

aiman fanboy k-pop said...

errrmmm...bestnya!!dapt mengubat rindu pd kampung halaman sekurang2nya..^^

sarah zulk said...

kalapa muda, tak same kan dgn kePALa muda? hehe.. salah eja barangkali..

seronok2 rumah kampung yang tenang..
=)

ZWAN SABRI said...

Penaga mmg kawasan yang masih terpelihara suasana perkampungannya.. pendek kata, kalau nak rasa susana kampung kat Penang, datanglah ke Penaga.. ;)


MySuaraBlog: Anak Ikan Raja Azmi

~Nana 귀여운~ said...

balasan pada org yang buat baik...memang betul cakap org tua2 ni :)

izfanora said...

nak nangis ! teringat family angkat.. hurm..

ikhram org yang baik yer.. bagus lah..