I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, December 22, 2011



Aku malu nak cakap pasal persahabatan sebenarnya. Tapi belajar jauh dari rumah buat aku bergaul dengan ramai orang. Semuanya tak pernah aku kenal.. dan semuanya berlatar belakang dari tempat asal yang berbeza. Ada satu masa tu, aku pening bila balik ke hostel, sebab dikelilingi oleh ramai bebudak 'ganu' yang melepak kat bilik dan mereka sangat expert dengan loghat 'ganu'nyer.. Peningnya seseolah peningnya aku kat kelas biologi yang lecturernya bercakap omputih 24 jam.


Begitulah aku yang seterusnya berkengkawan dengan orang sg petani, orang Pekan, orang Kuala Berang, besut, setiu, tawau, k.k, kuching, raub, bahau, taiping, sabak bernam, sekinchan, jitra, kota bharu dan macam-macam lagi. Sampai ada masa aku berkawan dgn orang yang berasal dari tempat yang aku tak pernah tau sebelum ni. Kodiang. Haha..


Bila perbezaan tempat asal ini menjadikan pembawakan diri masing2 sangat berbeza. Dan dari situ aku belajar menyesuaikan diri. Hidup di hostel buat aku perlu hidup dan bergantung dengan kawan-kawan hampir 24 jam. Di sini lah susah senang aku perlu hidup dengan kawan-kawan. Minda aku semakin hari semakin terbuka.


Adakala terimabu waktu bersusang senang dahulu. Masih segar dalam ingatan bagaimana kami semua berjalan kaki pada waktu bulan ramadhan untuk membeli juadah berbuka. Jalan kaki merentas jejantas yang tinggi sedang penat lelah menghabiskan kuliah yg tamatnya jam 4.30 petang. Jauh juga perjalanan tue. Akhirnya tak sempat, terpaksa berbuka di dalam bilik kuliah. Hahaha..


Begitu juga setiap semester, kami sekelas pasti akan mengadakan sambutan hari lahir. Kisah bertukar-tukar hadiah itu yang paling menyeronokkan selain tema sambutan yang sungguh kreatif.


Aku tak pernah berasa susah kerana kawan-kawan sentiasa ada untuk membantu. Kalau aku tak tau nak siapkan eseiment, sudah pasti ada yang sanggup membantu. Bantu unutk menitu pun ada. Begitu juga kalau nak exam, ramai saja yang nak tolong mengajarkan aku. Al maklum sajalah aku memang lemah dalam pelajaran.


Kalau nak berhibur begitu jugak. Petik saja beberapa nama.. mesti 'on' punya lah!! Cakap jer nak karok.. beratur yang nak join..!! Nak tgok wayang ?? citer apa?? citer sedih - Aisyahtul nur. Citer kartun - Afiq. Citer romantik - tak terkira ramainya.. Citer action - yang ni tak kesah sebab aku tak minat sangat..!!


Nak main rollerblade - Kok ana, madi, azwan, masirah.. aisyatul nur... !! Kalau nak main bowling - sikem zul, mat anih, akashah, dll. Nak main funfair - kak fatin, abg fuad.. nak berjimba-jimba - wok didie, wok mirul.. dan macam-macam.


kalau bab makan - yang ni memang ramai.. tp paling best bila kami semua makan kat seoul garden. Mesti ramai nak ikut.


.. adakala pengalaman memang guru yang terbaik. Tapa kita sedar, kawan-kawan merupakan salah satu cabang yang membentuk pengalaman kehidupan kita itu. Berkawan biar seribu begitulah kata orang.


Aku tak tau nak cakap pasal apa sebenarnya.. tapi yang terbuku dalam hati aku.. aku nak bergelumang semula dengan kawan-kawan seperti pengalaman hidup lima tahun yang lepas yang membuatkan kehidupan aku sangat bermakna dan bermanfaat untuk hari ni. Kerana tanpa kawan-kawan aku tak mungkin sebahagia ini.

.

p/s - sebenarnya aku nak keluar jalan-jalan. Dah lama sangat terkurung kat rumah. Ada tak yang nak ajak aku keluar..??

.

6 comments:

cha zainol said...

dem! i miss all d great moments.

A Crack Mirror said...

perh..tertiba rasa cam diri ni berada di saat2 sem 1 dulu..mula2,innocent masuk uni..kenal new culture,new environment n friends kat sarawak ni... aduh..xsangka now dah sem 3..kejap betul masa berlalu..hrm.

Nia Ridzwan said...

haha.
nanti 4 tahun lagi mesti NIA pon akan tulis camni gak :P

cuti sebulan pon rindu kawan-kawan dah. aiseh.

c'axoera said...

nizeeeee pic! like2 :D


http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/yes-aku-benci-kau-lalat.html

ZWAN SABRI said...

lawak la tang Kodiang tuu.. Kawan zwan yang dok kat Kodiang, depa malu nk bg taw depa berasal drpd Kodiang sbb nanti orang gelak.. HAHA

CekbOlat-bOlat said...

huhu.. bestnye ade kwan sebaik tu ^^ bolat takde kwn yg smpai cm tuh -_-