I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, December 26, 2011

Aku Penganggur Yang Berbeza..!!



Mood menjadi seorang penganggur muda seperti aku adalah berbeza jika dibandingkan dengan penganggur-penganggur yang lain. Memandangkan sekarang ini musim cuti sekolah, jadi perasaan menjadi penganggur itu masih belum aku rasakan.


Menunggu keputusan untuk berposting sangat lama biarpun sekolah belum dibuka lagi. Menurut Pengarah Institut Perguruan si tempat aku study, keputusan penempatan atau posting akan diketahui pada awal bulan tahun depan.. Tapi awal bulan itu bila lah agaknya..? adakah bulan Januari ? Februari ? Mac? April ? .. atau Mei?


Pak cik di kejiranan tempat aku sudah mula menyumbangkan suaranya..


" Kalau cikgu-cikgu kat maktab dulu, lepas je diorang belajar.. terus jer posting.."


Suara dia tu buat tangan aku menggigil. Gigi pun saling laga-berlaga. Itu tandanya aku sedang menahan marah. Cakap macam la kau tu wakil rakyat. Yakin jer..


" Itu cikgu dulu-dulu. Sekarang ni macam-macam prosedurnya. Bukan boleh nak cepat-cepat nak uruskan satu2 perkara.. Lebih-lebih tentang penempatan sekarang yang dah jadi isu,"


Nak jawab lebih-lebih aku sendiri pun tak tau bila nak ditempatkan di sekolah. Kerajaan kan dah cakap, 5000 orang akan ditempatkan di sekolah. Jadi pasti mengambil masa untuk menguruskannya. Aku sebagai penuntut Institut Perguruan memang mengharapkan mendapat penempatan yang sesuai.


"Dapat lagi tak elaun bila dah abis belajar ni..?"

Wah, suara sumbang dia dah keluar!! Dalam hati aku dia ni nak pertikaikan kedudukan aku ker?


"Dah abis belajar tak de la dapat elaun lagi. Lagipun elaun tu dibagi semasa belajar dalam maktab jer.."

" Rugi la macam tu.."

"Tak la rugi mana pun. Sebab selama ni belajar ditanggung. Diberi elaun bulanan dan elaun macam-macam. Kurang-kurang tak payah nak berhutang sana -sini bila dah abis belajar macam ni,"


Itu ayat sopan yg aku keluarkan. Jawapan yang tak sopan dalam hati ni..

"Eleh, paling kurang pun aku tak la susahkan mak abah aku nak belajar. Anak kau tu tak tentu lagi dapat ke tak keje, bila dah abis study nanti.. Dah la berhutang sana sini nak belajar.. Kos pun entah yang apa-apa... kos yang cikai2 jer orang dah tanak.."


Naseb baik ada sorang penyelamat yang merupakan jiran aku jugak. "Tak pe la ikhram. Kurang-kurang nak tunggu mengajar jer. Keje dah siap menanti.."


" Insyaallah ".Aku angguk.


Dalam hati.. "Betul tu pak cik. Diorang ni bukan tahu pun nak menilai. Cakap tu main cakap je bukan berdasarkan fakta. Ingat sekarang ni nak keje senang ker? Aku ni sebelum nak posting jadi cikgu, terpaksa exam sana sini, prepare nak interview sana sini... orang lain bukan tau apa pun..!! Tau tengok aku goyang aku bila cuti sekolah..!! "


Itu kata hati jer.. malas nak cakap kat orang. Hahaha. Dengan masyarakat kita kena berbudi bahasa.


Bila difikir-fikirkan semua, betapa teruknya menjadi penganggur. Aku yang baru nak 'bercuti sekolah' ni pun dah terasa bahang umpat dan pandangan serong sesetengah orang. Tak la semua. Mana yang tak faham tu, memang suka cakap yang bukan-bukan.


Itu belum lagi nak cakap pasal gaji. Ingatlah.. tak semua orang nak jadi cikgu sebab nakkan gaji yang mahal. Macam aku cakap masa interview kat maktab 6 tahun yang lepas. Aku ingin menjadi seorang cikgu kerana aku memang berminat dengan profesion keguruan. Kedua, aku ingin membantu menjadikan anak bangsa generasi yang berilmu. Ketiga, aku ingin memberi sumbangan kepada negara. Seterusnya kerana aku merasakan diri aku gembira mendekati dan memahami kehidupan kanak-kanak.


Ini tidak. Sudah la tidak menyokong, siap nak banding-bandingkan gaji cikgu dengan gaji bisnesman la, dengan gaji manager kilang la, dengan gaji mekanik la, dengan gaji budak jual sate la, dengan arkitek cabok mana la.. Siap mention - "diorang tu tak de belajar pandai, tapi boleh pakai kereta mahal-mahal.."


Terpulang la kepada persepsi individu. Dalam hati, aku selalu beranggapan, tak semua kekayaan melalui wang ringgit semata-mata. Adakala rezeki masuk melalui kebahagiaan hati bila melihat usaha kita mengubah masa depan seseorang dengan sabar dan ikhlas. Kerana rezeki itu Allah yang beri. Kadang-kadang kita terlupa, rezeki juga berbentuk kepada kesihatan, ruang, masa. Paling kurang menajdi cikgu punya masa dengan keluarga.


Aku sentiasa percaya, cikgu-cikgu yang pernah aku kenali tidak pernah miskin hidupnya.. tapi saya sentiasa melihat mereka hidup dengan bahagia dgn 'kekayaan' kehidupan mereka yang sebenar. malah mereka dihormati.


Itulah alkisahnya.. Hari ni aku penganggur. Esok lusa aku akan pastikan aku adalah individu yang mempu merangsang kejayaan individu lain. Insyallah.

.

p/s - kalau sibuk nak kejarkan duit.. sampai bila la kan..?? Rindu dgn cikgu aini saya.

.

6 comments:

CekbOlat-bOlat said...

cikgu Aini .. wahh ^^

eh.. gitu ke nk jdi ckgu? mnkutkan.. sbb bolat nk mntak ckgu jgk.. -_-"
alahai.. takde bnde yg senang..

farihamuhamad said...

BETOL2!! skarang ni isu posting mmg jadik isu KPM. ramai graduate ISMP dr uni xleh posting..yg lebih membimbangkan, graduan IPG pon xsemestinye boleh posting bile da abes blaja nnti..

*mule dok pikiaq mase depan..takot, cuak + macam2 lagi sebab abes blaja lagi 5 tahun..

ape2pon, saya bangga menjadi guru..=D

cha zainol said...

aku pon. nak jadi peng-triger kejayaan orang lain. :)

@xiiinam said...

Tak lama lagi dapatlah surat posting tu....

mama leen said...

saja singgah... nice blog..
dah berpunya ker belum.. huhu???

Joe_Hans said...

aku pernah di bandingkan dengan mereka2 tu... okh... xper.. tunggu aku enter job market nanti.. sekarang nak cakap lebih pown..aku xtau rezeki Allah tetapkan aku katner...

Yang penting usaha..