I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, December 29, 2011

'Teman Baru'... Mari Temani Aku.



Kadang-kadang disebabkan masalah orang aku selalu menjadi mangsa. Selalunya memang macam itu lah..!! Kadang-kadang aku bosan... Kadang-kadang aku menyampah. Dan hari ini memang aku dah mula menyampah.


Menetap di rumah buat masa sekarang dalam jangka masa terlalu lama, mungkin mampu menyebabkan aku berada dalam masalah. Silap hari bulan, tak pepasal menjerumuskan diri aku dalam kancah anak derhaka. Uish !! Anak derhaka tue !! Setahu aku jenis-jenis anak derhaka ni adalah seperti - anak angkat badariah ataupun makcik norlia dan suami kat kampung tu.. dan aku paling takut menjadi antara spesies-spesies seperti itu.


Kadang-kadang orang perempuan terutama seperti para-para ibu, tolonglah belajar memahami orang lain dan jangan mengharapkan orang lain memahami kesusahan anda. Tolong jangan letihkan hati dan perasaan orang lain dengan mengatakan anda sahaja yang terlalu banyak melakukan apa sahaja kerja sedangkan orang lain tak berbuat apa-apa. Dialog 'tak berbuat apa-apa' tu sudah cukup melukakan hati aku.


Kadang-kadang bukan nak mengungkit.. tapi setelah aku korbankan 2 kali cuti hujung tahun dengan memerap di rumah.. masih lagi nak mengatakan aku tak buat apa-apa. Kadang-kadang bila aku marah, itu disebabkan ketidakmatangan sikap orang lain dan hanya mengharapkan aku saja. Dari awal tahun, pertengahan sampailah hujung tahun - semuanya aku. Tapi aku tetap buat.


.. tapi bila dialog 'tak buat apa-apa'.. ataupun 'lepas ni jangan lagi mintak tolong aku' memang buat aku terkilan. Seseolah memang susah nak mintak pertolongan aku. Atau erti kata lain - aku ni tak berguna.. bila aku nak bukak mulut.. semua tak nak dengar. Mereka saja yang betul..!!


Kadang-kadang bukan berbaloi pun jadi baik sgt nie..!! Sebab ramai yang tak baik kat luar sana tak buat baik pun .. itu yang orang sanjung-sanjung.. Aku yang berhempas pulas ni macam kat angin lalu jer.. Penat-penat buat baik last-last orang cakap buat sebab 'terpaksa'. Sabar je la..!!


.. dan aku jemu dengan ayat "tak buat apa-apa..!!".

.

p/s - teman baru = novel KELABU by Nadia Khan.

.

9 comments:

delarocha said...

sabar bro sabarrrr

IMANSHAH said...

biasalah keluarga

MR. SYAH said...

aku cuti pendek je jd peneman aku jerat dgn ngeri.. heheh..

Qamaruls said...

sabar, sabar & sabarlah dengan kerenah parent.
ada ganjaran nya nanti..

Khairul Antasha said...

itulah kan.. sabo je la..

sy dah baca Tabu..best..! Kelabu je tak beli lagi..dah habis baca x?

::FAIZ FARISH:: said...

sabar k.... akupun skang ade masalah... tp cuba buat yg terbaik...

farihamuhamad said...

Didiklah HATI untuk TABAH menerima TAKDIRNYA..Mungkin KEPAHITAN yang kita lalui MASA kini,Adalah TARBIAH dari PENCIPTA..
Kerana CINTANYA kepada Kita,Dia KIRIMKAN sekalung HADIAH berupa UJIAN Buat Kita..
Biarlah MANUSIA tidak lagi pedulikan DIRIMU,Yang pasti,DIA sentiasa ADA buatmu..

khairul akmal bin azman said...

bro love da berkata kata tue..
gua terdiam sejenak

syakey said...

kulit buku ni style ahh!