I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, December 20, 2011

Sir Sebenarnya Rindu Dengan Kamu Semua..














Selama ini aku tidak menyedari bahawa mendekati dunia dan kehidupan kanak-kanak adalah salah satu bakat semulajadi yang pernah aku ada. Aku tidak pernah bermimpi menjadi seorang guru dan berpeluang mendidik anak bangsa. Alhamdulillah, peluang itu diberi hari ini. Insyaallah. Amin.


Wahai anak-anak didikku sekalian. Tahukah diri kalian bahawa sir kamu ini amat merindui wajah-wajah comel kamu semua. Merindukan telatah sehari-harian kamu yang begitu manja, keanak-anakan, gelak tawa dan senyuman kamu yang mengasyikkan, sikap kamu yang tulus dan suci malah kepintaran yang mengujakan.


Kamu semua anak-anak kurniaan tuhan yang begitu indah bagi sir. Sir bersyukur diberi kesempatan mendidik dan bersuka-ria bersama-sama kamu semua.. sehingga menjadikan sir seorang yang lebih memahami dan bertambah matang dalam setiap tindak tanduk sir menangani kamu semua.


Bila sir rindukan wajah satu persatu daripada kamu semua.. dalam hati sir sentiasa mendoakan agar kamu semua adalah anak-anak yang pada masa hadapannya, menjadi generasi yang berguna dan berjaya. Insya kamu semua menjadi anak-anak yang baik. Insyaallah.


Sir rindukan kamu semua. Semoga kita bertemu di lain masa.


p/s - aku sendiri tergelak bila tengok video anak-anak kat bawah. Mereka sangat comel. Patutlah pensyarah penyelia aku suka menilai aku dalam kelas mereka ini.
.


video
.

10 comments:

IMANSHAH said...

comeynya..nak bukak sekolah dah

cha zainol said...

tak semua orang dapat anugerah ini.

delarocha said...

melayan karenah budak budak ni memang memenatkan. tapi ada kenangan yang indah di situ

c'axoera said...

comel2 bebudak ni semua kan hehehe like like :D

dulu actually cite2 nak jadi cikgu tapi dah besar jadik laen plak hahahah


http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/www-13-wednesday-worst-word.html

Anati Soki said...

sy pun rindu sir! teheeee

Joe_Hans said...

dan pastinyer mereka pun rindu anda juga..

Liyana Zahim said...

Sir... Kamu tdk lg ke blog sy.. Sedihnye sir.. Takley bukak da ek.. Xpelah sir.. Sy dtg jugek ke blog ini.. Herher..

Edy Fee said...

cikgu sejati la kateklan.hehe

Nalisa Syahira said...

waaa , kalau lah boleh jd budak budak balik , hehe .

CekbOlat-bOlat said...

comelnyee cikgu ! eh? hahaha