I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, December 3, 2011

Atuk Saya.



Setahun sudah atuk terlepas dari masalah prostatnya. Masih terimbau-imbau saat-saat duka, saat manis bersama-sama atuk di wad hospital tahun lepas. Beria-ria aku mahukan atuk bebas dari penyakitnya sebelum aku berlepas ke kampus. Alhamdulillah. Prostat atuk sehingga kini berada dalam keadaan baik.


Kini, atuk dalam keadaan uzur semula. Kali ni, atuk tidak dapat lagi bergerak bebas. Semua pergerakannya bergantung kepada bantuan dari orang lain. Ingatan atuk juga tidak berapa baik lagi. Adakala atuk masih ingat, dan ada banyak perkara yang atuk benar-benar lupa. Kebanyakan masa, atuk seseolah dalam dunianya sendiri. Imaginasi yang kadang-kadang sangat 'jauh' dan ada juga yang menggelikan hati.


Waktu siang dan malam atuk juga bagaikan tidak teratur lagi. Atuk kini dipakaikan lampin pakai buang. Dan seperti biasa seawal pagi dan jam 5 petang, kami adik beradik akan menjalankan proses memandikan atuk dan menukarkan lampinnya. Atuk gemar mandi. Teringat waktu sihatnya dulu, setiap kali sebelum masuk waktu solat, atuk akan mandi..


Selalunya semasa waktu tengah makan, atuk banyak sungguh ragamnya. Tapi untuk memastikan atuk sihat, emak suapkan juga sehingga habis nasi atuk sepinggan. Adakala sambil menyuap, emak garu-garukan belakang badan atuk agar dia terleka. Kalau aku yang menyuap, aku dendangkan atuk dengan lagu 'Cindai'.. sampailah nasinya habis.. hahaha..


Petang tadi, aku bawakan atuk ke laman rumah agar atuk dapat melihat suasana luar. Tidak lagi hanya terbaring di tilam setiap masa. Kami tolak atuk dengan kerusi roda milik arwah mak long. Keadaan di luar rumah sejuk, kami pakaikan atuk baju sejuknya. Luas sedikit penglihatan atuk hendaknya petang ini.


Alhamdulillah. Sementelahan cuti yang ada ini aku gunakan untuk bersama-sama atuk. Aku bersyukur kerana emak juga sentiasa ada di rumah. Menyediakan keperluan atuk dan keluarga. Hari-hari dapat makan yang sedap-sedap.


Adakala kasih sayang itu bukan terletak di bibir.. malah sebenarnya lebih dari itu. Hari ni, mendengar perkataan sayang dari bibir atuk mungkin agak mustahil lagi. Cukuplah sekadar atuk masih lagi boleh mengingati dan memanggil gelaran 'abang' untuk aku dengan baik. Itu pun sudah memadai.

.

p/s - hari ni kita buat baik baik kepada ibu bapa, esok lusa anak-anak berbuat baik kepada kita. Begitulah sebaliknya..

.

13 comments:

sarah zulk said...

smoga atuk ko cpat sembuh dn boleh bjalan smula. =) tahniah! sbb jadi cucu yg baik..

Anonymous said...

ithulah..
bahatya kowt knser prostat nieyh..
dia menyerang tanpa kita sedar pun

Chegu said...

Kasihi yang di bumi,
Yang Di Langit akan memberikan cinta-Nya

::FAIZ:: said...

nyanyi lagu cindai???

Unknown said...

cucu mithali...

datuk saya dah takda...teringat kt arwah bila baca entry ni huhuhu

Joe_Hans said...

doakan yg terbaek....

cha zainol said...

saya suka p/s kau :)

adwafarahin said...

rindu atuk..da lama dah xda atuk

bagus cucu nie mandikan n suapkan atuk die ^^

ciK LyndaWawa said...

sesungguhnya baik dgn ibu bapa tiket yg baik ke akhirat

vendoline said...

tercengang atuk tu amik pic.hehehe pelik

mr.syazwan said...

sayangi atuk anda selagi dia ada

saya da tak ada atuk selama2nya da

huhu

Unknown said...

get well soon atok cikgu,hehe

Woofer Storm said...

semoga atuk cpt sihat.,


#orang nogori tak update entry ke??