I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, July 21, 2011

Ulser.

"Cik, kene ulcer kat lidah nak guna ubat apa yer ?" aku soal dgn sopan.

"Guna bonjela la.. selalunya orang guna tu la.. tu pun tak tau ker ?"

"Ooo.. saya tak tau.. sebab selalunya kesihatan oral saya, sentiasa baik.. " jawab aku dengan ketawa tapi dalam hati nak gelak jer kuat2. 'Baik'..?? poyo giler.. !! Lagipun akak tu melawak je kot.. sebab dia pun gelak sama.


Beberapa hari yang lepas, aku bukan main lagi, bila mr delarocha tanya petua pasal ulser.. Wow, aku siap bagi tau tentang petua yang aku pernah dengar.. kumur dengan air garam. Sampai masa, kene batang hidung sendiri, tak terbuat pun aku petua semacam tu. Belum buat lagi aku dah tak tahan rasa pedih.. Tak dapat nak menggambarkan betapa pedihnya air garam terkena ulser tu.


Ni semua gara-gara gigi geraham atas yang baru tumbuh. Lidah suka main-mainkan gigi geraham kat atas tu dalam pada masa yang sama lidah sering terluka dengan ketajaman gigi taring dan geraham di bawah. Akhirnya ulser pun berlaku. Selalunya ulser ada di bibir dan dalam pipi. Yang tu aku tidak kisahkan sangat. Masih boleh tahan lagi pedihnya..


Tapi ini adalah kali pertama aku terkena ulser kat lidah. Sangat sakit. Pedih. Kadang-kadang air mata pun boleh mengalir. Namun yang peliknya, aku baham makanan ikut 'dan' aku jer.. hahaha !!


Kesan dari ulser ni, bibir aku sentiasa kering. Almaklumlah, nak gerakkan lidah pun susah, inikan pulak saja2 nak nak basahkan bibir. Nak memberus gigi dan berkumur dengan cecair kumur pun perit. Nak minum air pun kadang-kadang terpaksa tahan sakit. Nak bercakap pun kadang-kadang malas. Ada dua sebab. Pertama, tak tahan nak menanggung kesakitan. Kedua, kalau aku cakap pun, bunyinya macam orang ada masalah pertuturan. Menjengkelkan.


Tapi aku cool je kan. Pada sapa yang tak mau guna air garam.. aku nak bagi nasihat, Tadi aku baru try gel bonjela ni. Masa mula-mula guna, memang perit sikit, tp lepas tu memang melegakan. Nasib baik aku ada inisiatif nak g farmasi guardian, kalau tak? Hurm....


Kesian aku semalam, tak dapat g join kawan-lawan karoake sebab ulser. Huh..!! Nanti nak nyanyi lagu pun dah macam orang cacat je kan..? Baek tak payah.. hahaha


Tuhan bagi sakit pasti ada sebab. Supaya Ingat padaNya dan sentiasa beringat, hidup ini tidak selalunya milik kita.

.

p/s - disebabkan ulser, aku terpaksa makan mcd sebentar td. Sori mak, ingkar nasihat emak. huhuhu.. Esok abg pose mcd k? hehehe...

.

49 comments:

Syu said...

kasihannnn..minum air banyak2 ye...bese la cuace panas

pembaris said...

boleh demam ni kalau tumbuh gigi bongsu

Mutiara Bernilai said...

minum air banyak2...plus makan buah at least sminggu skali,, (ckp kat org pandai la, akak pun kadang x buat jugak)


ade member akak jenis letak garam kat ulser,,wuu, sakit tu,,




*eit, bak alamat kamu dik,,

izfanora said...

oh, ulser dilidah sangat sakit..

adik izfa sampai cakap, "adik tak nak mati.." sayu giler dengar dier cakap dengan nangis2.

Aman Ibrahim said...

Aman pernah kene ulser kat lidah and yes! lebih pedih dr yg kene kat lips and dinding dlm pipi. Aman pernah try kumur dengan air garam and OMG! mengalir air mata tahan seksa. last2 ayah bawak pi klinik and pakai cream mcm bonjela tuh jugak. Alhamdulilah baik.

Syahir Ramli said...

kumur air garam tu pnah dgr tp x pnah try jgk...hihi sakit2 pon smpat lg mkn mcd...hlg pedihnye ye??

Salwa said...

sakitnyer ulser. nex wik i nk stat pkai btacea.nnti msti byk ulser.huhu.

Salwa said...

*braces

Fezul Fadhley said...

wah.. cikgu sy pon kene ulser gak kat bhgn bbir bwh.. ada 2 plak tu.. :(

kimiez said...

certain people call it "mata ikan"..huhuhu..dah lama tak kene..moga dijauhkanlah..

ghost writer said...

ulser kat lidah?

ah,mau seminggu aku tak minum jer.

ghost writer said...

eh..bukan 'tak minum'.buang jer 'tak'.

bonjela nih tak rasa macam ubat sapu kulit ker?

EpoLįƒ¦siKunang2 said...

Sakit itu penghapus dosa. Lagi banyak kita sakit, lagi banyak kita ingat pada yang maha Esa.

Sakit sikit, takkan tak boleh. Kata anak lelaki kann.. huhu

blog-tips-kurus said...

anak omak baru tumbuh gigi?
berkumur dengan air garam je. takpon kunyah cengkih.. :)

Papa Mifz said...

bila dah pakai bonjela nak mkn apo pun boleh yo...sebab lidah dh kobas...

Afikah Aziz said...

kesian,minum air byk2 wlp sakit hehe. Bonjela? alamak xpnh dgr pun huhu

Liyana Zahim said...

Ulser itu mnjadikan kte leih tabah pecyelah.

IMANSHAH said...

kumur ngan air garam

FarHANa aZwA said...

bonjela terbaikkk pnya heheehhh~~

delarocha said...

huhuhu, dah ko kena pulak ke?

amik 'oral aid' kat klinik, 2 hari dah ok :-)

nazira said...

Petua orang2 tua cakap lau kne ulser ni letak asam keping.. Cubit sikit, then tampal kat c2.. Tapi pedih sikit la mula2.. lama2 ok..

http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/

Azlan Hasan said...

aku paling tak suka ulser dowh..hehehe..rasa macam nikmat makan telah ditarik sedikit..hehehe

Regards,
-Strider-

amir aizat said...

ingt ulser ingt garam,huhu

iKhRam said...

Syu : ye la.. nnt aku minum air byk2.. tp diorang ckp minum air byk2 pun bahaya.. mcm mana tu?

iKhRam said...

pembaris : tak demam lagi, tp rimas jugak.. sebab sakit jugak kalau tumbuh tue...

iKhRam said...

Mutiara bernilai : makan buah, minum air.. nampak macam mudah.. tp itulah yg susah nak amalkan..

slalu terlupa.. hahaha

apapun nasihat yg baik..

iKhRam said...

izfanora : memang sakit.. pedih sampai sakit satu badan..

tp kene jadi tabah.. buat apapun kene beringat.. hahaha

iKhRam said...

Aman Ibrahim.. tu la.. tak sanggup la nak pakai air garam tu..

tp ok sket dah pakai bonjela.. lega sket..

iKhRam said...

Shahir ramli : sama la.. tak sanggup nak guna air garam.. cam sakit jer..

mcd.. tu jer yg tak sakit bila nak dimakan.. hahahaha.. huhuhu

shh.. jgn bgtau mak saya k?

iKhRam said...

salwa : wah.. lepas ni mesti cantik cam fatin liyana..

iKhRam said...

salwa : braces = pendakap gigi

iKhRam said...

Fezul Fadhely : kebetulan pulakkan?? mesti tak bercakap ciktu tu.. hahaha

iKhRam said...

kimiez: doa2 la dijauhkan.. memang tak sanggup nak mengidap penyakit nie.. sakit..

iKhRam said...

kimiez: doa2 la dijauhkan.. memang tak sanggup nak mengidap penyakit nie.. sakit..

iKhRam said...

ghost writer : yer.. kene ulkser kat lidah..

iKhRam said...

ghost writer : ok dah buang dah.. tp aku minum jer walaupun sakit2..

mula2 memang rasa ubat sapu.. bau die cam ubat2 sapu kat klinik.. lama2 lega jer..

iKhRam said...

epol si kunang2 : kdg2 biarlah sakit luka kat luar. jgn sakit luka kat dalam..

kalau luka kat badan, nak mandi leh juga ditutup dgn plaster..

ni sakit luka kat dalam.. nak minum punn kene fikir dua tiga kali.. huhuhu

iKhRam said...

blog tips kurus- tak nak air garam.. tanak bunga cengkih..

nak bonjela je la.. boleh?

hahahaha... tak sanggup nak memedihkan lidah.. sgt perit..

iKhRam said...

papa Mifz : betul3.. lepas letak bonjela.. dah boleh makan apa saja..

tp kene ulang guna selama 3 jam..huhuhu.. tak pe asalakan lega sakit lidah nie..

iKhRam said...

Afikah Aziz : tak pernah dgar.. tak mengapa.. ni nak bg pernah dengar.. hahaha

dah tau kan skrg.. lepas ni kalau terkena ini penyakit.. boleh la beli bonjela di pasaran..

iKhRam said...

Liyana Zahim ; sgt tabah rasanya sekarang.. asyik memikirkan dosa2 semalam je skrg nie..

iKhRam said...

IMASHAH : tak mampu.. penakut..

iKhRam said...

FARHANA AZWA ; memang terbaek !!!!

iKhRam said...

delarocha : itulah .. ketulahan nie .. hahaha

tak g klinik.. g guardian jer..

iKhRam said...

nazira : asam keping..?? huhuhu.. pedih.. tak sanggup..

iKhRam said...

Azlan Hasan : bukan ditarik sedikit.. tp byk kot? semua yg nak dimakan, terpaksa diletakkan di tepi..

iKhRam said...

Amir aizat : kita tukar la zat
ingat ulser, ingat bonjela.. hahaha

Ezay Hadry said...

2 3 ari dah ezay kene ulser ni..sampai sekarang..kat lidah n bibir..kali ni 3 dah..esok kene beli bonjela..ni sbb kes ambik mudah..padan muka ezay

iKhRam said...

Ezay Hadry ; ezay.. cepat2 beli.. sebab saya pakai cuma dua hari dah elok.. alhamdulillah