Semalam, berlangsungnya Hari Sukan Tahunan SK Genting 2011. Sebagai memeriahkan majlis aku dan Akashah rasa bertanggungjawab untuk hadir bersama. Ini sebagai tanda penghargaan terhadap pihak sekolah yang sentiasa menerima baik kunjungan kami sepanjang menjalani praktikum yang lepas.
Ada 4 faktor sebenarnya yang menyebabkan seorang guru selesa berada di sekolah. Pertama, sikap prihatin dan tolak ansur dari pihak pentadbir sekolah. Kedua, hubungan yang mesra dan ikhlas dari guru-guru sekolah. Ketiga, keharmonian dan rasa hormat dari murid-murid. Keempat, keceriaan dan pergaulan yang baik dengan pekerja-pekerja sekolah. Keempat-empat faktor ini ada pada SK Genting. Jadi tidak hairanlah aku sangat-sangat menyayangi SK Genting ini.
Sepanjang menghadiri Hari Sukan ini, aku sangat seronok biarpun panas mentari membahang sepanjang hari. Dengan kemeriahan anak-anak murid yang masih menyayangi kami berdua, buat aku terharu. Tak henti-henti menerima ucapan salam dan jabat tangan yang mesra. Ada yang menarik tangan aku supaya melihat kemeriahan rumah sukan mereka. Tak kurang ada juga yang memberi pelukan rindu.. hahaha !!
Bukan itu sahaja, hubungan rapat dengan guru-guru buat aku rasa dihargai biarpun hanya bergelar guru pelatih. Gurau senda yang tidak berkesudahan dengan mereka buat aku asyik ketawa saja. Ada saja cerita-cerita yang ingin dikongsi bersama. Sementara itu, dapat juga aku melihat potensi kesemua murid-murid dalam bidang kesukanan. Inilah hasrat kerajaan dalam melahirkan murid-murid yang seimbang dalam segala aspek termasuk jasmani.
Pesan emak, biar tercampak ke laut menjadi pulau akan aku abadikan dalam sepanjang hayat. Nasihat ikhlas emak itu terlalu banyak kebenarannya pada masa ini.
Kalau aku cakap aku masuk acara tarik tali sebagai mewakili pihak sekolah melawan pihak waris mesti ramai tak percaya kan?? Al maklumlah BMI pun 21 - 22.. hahaha !! Apapun, kumpulan kami menang wok !! Mak, anak omak monang ni ha masuk acara tarik tali...!!! hahaha.. dapatlah hadiah tupperware dan pemberian topi sebagai cenderahati..
Biarkan keseronokan dan kegembiraan ini berterusan sampai bila-bila. Kenangan yang baik baik ni perlu dikenang dan usah dilupakan sampai bila-bila. Terima kasih kerana sudi membaca entry ini.
p/s - maaf yer.. entry panjang dengan himpunan gambar2 saje.. ada byk lagi sebenarnya.. hahaha !! Ustaz anis, kita dua memang ensem la.. hahaha !!
.
37 comments:
salam
kalau tgok sukan sekolah saya sangat lah meriah, tak caya tanya akashah
IMANSHAH : nnt saya tnya dia.. tp kalau bc entry cikgu IMANSHAH kita ni memang nampak kemeriahnnya.. kene pgi ni satu hari nanti.. meh la jempuat.. hahaha
rindu zaman skolah !!
comel sangat :)
hahaha. sah sah la kau bukan kat belakang sekali kalau masuk tarik tali. mau tepelanting kalau kat belakang. hahaha. adik, btw 4 faktor yang kau cakap tu sebenarnya dah tertulis dalam kod etika guru. ingat masa forum yang kau dengan aku bentang sem lepas lepas?
EZAN IDMA : rindu jugak.. tp zaman sekolah dulu tak aktif sgt sukan.. jd tukang sorak jer.. bila rumah sukan kalah.. balik rumah melenting2.. hahaha
Effendi : apa yg comel.. katak si katak lompat tu ek?
cha zainol : kalau aku kat belakang.. alamat kalau menang pun kumpulan, tetap aku kene anta g hospital sebab putus urat kentut..
aku tak sedar pulak terkandung dlm elemnent kod etika.. apapun semua adalah dari pemerhatian aku terhadap sekolah..
SKG tetap dalam hati..
isk , lamanya tak sukaneka cenggini
rindu jadik budak2
huehue >.<
rindunyeee zaman sekolahhh :( :(
masa aku sekolah dlu
hari aku paling benci adalah hari sukan
dah hari yang paling aku suka ialah hari kantin
harap maklum
hahahaha
Lirik Lagu Dimana Dimana (OST Annisa) - Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Hamzah
guru penyayang beb..klu guru2 dlu cmni kn bgs.mmg kne ngurat je la.ikhram,ajar apa?
sudeh : best jadi budak2.. ni sebab mak ayah ramai.. kalau tak, dah join sama.. hahaha
Nana Liyana : tak pe.. tak lama la rindu tu.. nnt kan nak turun sekolah juga.. zaman jadi cikgu lagi best dari jadi murid.. percaya la..
Hans : knp Hari Kantin best ?? sebab ada macam jualan kan?? lepas tu ada macam2 jenis gerai.. meriah gak.. suke2..
kalau hari sukan.. tukang abiskan duit beli makanan je la kan.. sure.. setakat rojak buah mesti dua tiga bungkus kan?
Abang Stalker : kene ngurat.. huhu.. bese la tu.. sebeanrnya ambik option sains.. bakal jadi cikgu sains la maksudnya..
doa2kan ek? amin..
haha..memang best hari sukan sekolah nie..hehe..rasa rindu plak kat zaman hari sukan sekolah dulu..hehehe..
p/s: cammana aku nak pause lagu ko??
Azlan Hasan ; hari sukan memang best.. tp bila dah jadi cikgu.. hari sukan ni menajdi bertambah best.. hahaha
lagu kat blog ni kaan terhenti sendiri.. serahkan pada takdir yer..
Encik Sir Ikhram...
Tq sudi dtg sek kami..best sgt dpt jumpa.terubat rasa rindu kami dgn kalian berdua.tq jugak sudi menemani kami berempat (saya,pinat,fida&mariam) di konti...x delah rasa boring sgt bila ada yg sudi menemani& bersembang smpai lah habis sukan.siap tolong mlompat utk ambik belon budak yg terlepas.hahahaha..
Ikhram,
kita dua mmg tersangat lah hensem.hohohoho..jejaka terhangit di pasaran..
apapun,tq sekali lagi kerana sudi jenguk kami di SKG...
ada masa,dtg lah lg ya..
dari saya,encik ostat anice yg hensem..
AbuHazieq : mesti la nak kembali.. seronok ada semua orang yang sgt2 mesra dan best !!
berada di konti bersama ustaz anis, kak pinat, kak mariam,kak rafidah memang best.. siap ada kipas.. dua biji tu.. dgn ustaz siap promote blog saya.. hahaha
nampaknye jgn la ada orang baca entry ni kan.. sebab takut ada yg repot kat gb.. leaps tu kita kene gam.. sebab buat fitnah kat diri sendiri dgn mengatakan diri kita ensem.. huhuhu..
insyaallah.. kalau lapang, sama2 la kita merapatkan silaturrahim sesama kita.. pasal main bowling tu.. elok la kita rancang sebelum menjelang pose ni.. hahaha
dari saya; encik sir ikhram yang tak kurang juga ensemnyer.. kah! kah! kah! baca boleh percaya jangan.. huhuhu
Sokong dengan 4 faktor tuu..
btw, budak2 yg pakai kostum kaler ijau tu, comey laa.. HAHA
ZWAN SABRI ; yg hijau mcm katak-katak tu.. tu maskot rumah hijau.. lompat si katak lompat.. hahaha
comelkan.. ada seorang lelaki.. tp telah dimekapkan.. dgn mekap2 dia main sukaneka.. hahaha
rasa rindu pulak nak jadi cikgu balik. hahaha.. hebat dapat menang dengan saiz macam tu. tapi mungkin ada orang lain yang besar bagak gagah perkasa dalam kumpulan nih..
campak ke laut jadi pulau, lontar ke darat jadi gunung.. :D
uncle masuk melalui blog asada .. uncle pun orang somban !
Asada Ryutaro : kalau rindu, tu tandanya seronok bukan semasa menjadi cikgu suatu masa dulu..
mesti la kene ada yg besar bagak gagah perkasa.. kalau harapkan saya seorang ni mau terkontang kanting group kami..
lontar ke darat menjadi gunung.. blaja perkara baru utk hari ni..
separuh dari emak.. separuh lagi dari asada ryutaro.. wow !! hebat tu..
terima kasih kerana menyokong blog tak seberapa saya.. ikhlas dari hati
al-lavendari : yezza.. ada sodagho sokampung ni ha.. jom kita bokawan baek.. hahaha
terima kasih berkunjung..
salam perkenalan..
ikhram : tak lah..aku tak suka hari Sukan
:-)
Lirik Lagu Beribu Sesalan - Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Hamzah
Hans : oo.. ye ker ?? ok.. hahahha
wah..Jue suka sgt Hari Sukan
lebih2 lagi time tadika
sgt fun, fun, fun **nak copy si rebecca black la kunun hahaha**
ala kiutnye diaorg..siap pakai baju comei2 kaler ejau segala
kalau Jue jadi cikgu, memang cubit pp sorg2
Jue : bila jadi cikgu kan? hari suka lagi best utk dirai.. walalupun tak dpt medal.. tp ati puas..
teringat lak rumah sukan ms sekolah rendah dulu.. rumah merah( tok gajah ), biru(dato' bahaman ), hijau( mat kilau ), kuning( tok lela ).. b'warna warni dgn hiasan untuk rumah sukan tercantik dan p'barisan paling kemas.. penah hampir2 kena tggl dgn trak, sb tolong cikgu hias rumah sukan.. haha.. smpi harini simpan lg piala sukan ms kat sk bukit ibam....
.....ANA... ; ingat lagi ek.. tp tetap ingat masa tahun 1995.. rumah merah rumah tun dr mahathir.. masa tu semua nama perdana menteri.. ingat lagi tak??
1995, ms 2 drjh 1 ye?? x ingt la, sb x aktif lg dgn sukan time 2, ingt yg nm pahlwan je.. yg xleh lupe, lepas abis latihan sukan, mst bli ais krim gopal, pling bdak2 ni suke ais krim itik, haha... dulu 30 sen je, skng da singgit s'tgah..
teringat gak aiskrim gopal tu..
masa tahun 1 nama suka ikut nama pm.. huhuh
alahai bestnya tgk sukan sekolah ni,hehe
amir aizat : best.. semua budak2 sporting.. rasanya bebudak kat sekolah ni senang dikawal.. jadi majlis berlangsung dgn lancar.. dan semuanya berbakat
Post a Comment