I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, June 30, 2011

Teknologi, Tenaga, Masyarakat




Setiap hari kita menggunakan barang elektrik. Tidak sah kalau tidak menggosok baju dengan menggunakan sterika, menyiapkan assigment dengan laptop.. tak kira la buat awal-awal ataupun buat 'last minute', mengecas enset sambil bergayut setiap malam, menonton televisyen terutama rancangan Maharaja Lawak, pasang lampu untuk mencabut misai dan kipas untuk mengeringkan rambut selepas mandi.. dan banyak lagi penggunaan elektrik.


Dan kita jarang berfikir ?? Dari manakah arus elektrik itu boleh kita peroleh ? Dari konsep aruhan dan keelektromagnetan melahirkan satu inovasi kepada penjanaan kuasa elektrik. Jadi pengetahuan sains dan teknologi memang tidak dapat dipisahkan bukan?


Namun, pernahkah kita terfikir, bahawa setiap satu inovasi yang lahir dari teknologi itu sangat berkait rapat dengan tenaga dan masyarakat... dan semua itu mempunyai kebaikan pada satu sudut dan muncul pelbagai implikasi buruk kepada tenaga dan masyarakat terutamanya.. Pernah tak anda berfikir macam itu ??


Baiklah. Jangan pening-peningkan kepala.. Aku bagi contoh persoalan, Penghasilan tenaga elektrik sangat membantu manusia dalam kehidupan seharian. Semua pekerjaan akan menjadi mudah dan boleh dilakukan dengan cepat. Kita boleh mengetahui apa saja informasi dan maklumat dengan tepat dan mudah biarpun jauh. Kita mampu untuk melangkah ke semua tempat di dunia dengan mudah dan cepat.. dan banyak lagi.


Dari segi masyarakat, mak cik-makcik kat kampung yang buat kuih bahulu tu pun tak payah lagi guna tangan nak pukul tepung dgn telur lagi.. sebab semua orang dah guna mesin pemukul dah. Pakcik -pakcik yang sibuk nak tebas semak samun pun tak payah nak pakai penyabit, sebab seakrang kan dah ada mesin rumput..


Itu yang baiknya.. yang buruknya bagaimana ? Apa yang tak baiknya teknologi macam ni kepada tenaga dan masyarakat..??


Kita manusia akan jadi semakin malas sebab semua keje dah dipermudahkan. Contohnya, nak tukar rancangan tv pun malas nak bangun picit kat tv, main tekan remote control jer. Nak kira-kira nombor pun malas nak guna akal sebab terus tekan kalkulator. Itu baru urusan yang kecik-kecik.


Kadar penyakit semakin meningkat. Nak tidur pun tak boleh nak panas sikit. Tekan jer aircond. Kita tidur memang nyenyak tapi persekitaran dan tubuh kita tidak terjamin kebaikannya. Kita semakin kurang bergerak. Tak mahu dah naik tangga, semua nak berdiri tegak je kat lif, eskalator.


Dari sudut tenaga, penjanaan tenaga elektrik mengundang pencemaran kepada alam selain mengunakan sumber alam yang tidak diperbaharui dengan meluas. Penggunaan petroleum ataupun diesel sebagai bahan bakar kepada penjanaan arus elektrik sudah pasti menyebabkan pencemaran selain mengurangkan kuantiti sumber asli itu secara tidak langsung. Ini bukan isu kecil, malah sangat serius. Ada banyak lagi sebenarnya implikasi dari sudut tenaga ini sebenarnya yang wajar kita fikirkan terutama dari segi pasaran dunia dan ekonomi.


Persoalannya di sini,


Apakah yang terjadi kepada manusia, sekiranya suatu hari nanti tenaga yang ada telah habis digunakan?

Bolehkah manusia hidup tanpa tenaga ??

Sebagai manusia, bagaimanakan kita mahu menyelamatkan masyarakat dari implikasi teknologi ??

Aku pasti kita jarang terfikirkan semua ini kerana terllu bersenang dengan teknologi. Inilah gunanya pendidikan. Walaubagaimanapun, anda sebagai pembaca yang bestari pasti mempunyai idea masing-masing yang lebih ideal dan baik untuk menyelesaikan masalah dan persoalan sebegini.Aku tulis di sini kerana aku pun lakukan perkara yang sama setiap hari.


Kita generasi hari ini hanyalah meminjam dunia ini dari generasi anak-anak kita akan datang. Pastikan mereka merasai nikmat yang kita rasai hari ini sama dengan apa yang mereka nikmati pada masa akan datang.


.

p/s - namun pemikiran aku tetap dianggap lemah dari orang yang lebih tinggi pendidikannya. Bukan sampah, tetapi masih lemah.
.

6 comments:

IMANSHAH said...

buah bahulu hand made lagi sodap beb

delarocha said...

teknologi yang diurus dengan bijak mampu memeberi manfaat pada kita dan generasi akan datang.

Eazy Izzuddin said...

oh sangat memerlukan tenaga...
tak boleh hidup ouh...
xD

Liyana Zahim said...

Pehhhhh!!! Nape ko tak jd engineer je?

Papa Mifz said...

sure kelam kabut kalo hidup tanpa tenaga...tapi kalo sampai masa sure dorang ada jumpa sumber alternatif lain..:)

Abang Stalker said...

aku nk komen 1 bnd je kram.jambu seyh x de misai.hahaha..sama la kita.xde misai nmpk muda ckit. ;P