I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, June 1, 2011

Sebelah Rumah Kita Nie.... Namanya Jiran !!



Sejak dua menjak ni, mak kerap jugak balik awal ke rumah .. Mungkin Allah ingin saja memberi peluang kepada emak untuk menghabiskan masa dengan kami adik beradik secara optimum.. Aku dan adik perempuan selalunya menghabiskan waktu petang dengan bermain badminton di depan rumah.. Kami berdua memang selesa bermain bersama sejak dari kecil.. Asuhan emak melenturkan hati dan jiwa agar menjadi 'home boy'.. !! Jadi bila nak keluar rumah, tak tentu pasal, tanpa tujuan..., ia akan menjadi perkara yang sangat janggal.. lebih-lebih lagi kalau balik lewat malam..!! Lagilah janggal..!!


Disebabkan emak balik awal.. kami beriadah bersama-sama di depan rumah.. Dia duduk di kerusi batu dan kami meneruskan bermain badminton.. Kemudian datanglah mak cik jiran di depan rumah memecahkan keriuhan kami.. tak lama selepas itu , mak cik kat sebelah rumah pulak menghampiri dengan membawa anak kembarnya; comel.. kemudian datang pulak jiran di depan sebelah sana.. dan kumpulan kami menjadi bertambah meriah dengan cerita-cerita yang diselang selikan dengan tawa dan gurauan yang indah-indah..


Abah menyediakan kerusi batu di depan rumah, memang untuk kami selorong beriadah.. setiap petang.. kalau mak abah tiada pun, memang kerusi ini dipenuhi oleh orang ramai.. budak-budak,.. makcik-makcik.. kadang-kadang pakcik-pakcik pun ada..!! Di depan rumah ni.. ada yang main badminton, main sepak bola.. main basikal.. main gasing, main galah panjang... mana yang lalu lalang nak pegi mengaji kat rumah sebelah.. macam-macam hal..


Aku percaya, suasana harmoni ini boleh kita kecapi kalau kita semua tahu akan adab-adab berjiran. Dan salah satu pantangnya adalah MULUT dan LIDAH kita sendiri.. anggota tubuh dua-dua ini tidak bertulang.. tapi bisanya mampu menjerut jiwa dan silaturrahim kita sendiri.

Sebagai orang muda, aku memang sentiasa mencontohi emak dalam adab-adab berjiran. Aku perhatikan saja topik yang selalu emak bualkan bersama jiran-jiran.. jarang sekali nak memperkatakan tentang orang lain.. balik-balik citer pasal memasak.. tentang kenangan dan pengalaman yang dilalui emak sepanjang hidup.. kisah rancangan tv yang popular di tv.. cerita tentang artis yang sudah pasti tidak mengenali mereka sendiri.. dan perkara yang tidak asing lagi untuk diperkatakan.. sudah pasti menceritakan keburukan aku.. hahaha!! Malu den bilo mondongarnyo!!


Keduanya, jangan sekali bongkak dengan harta kemewahan dan kemahiran yang anda ada.. bila anda bermegah-megah, tak ramai yang akan menyetujuinya.. sebaliknya jiran-jiran menanam rasa meluat di dalam hati.. Seelok-eloknya, kita haruslah merendahkan diri.. Kalau orang kata kita pandai memasak.. jawablah, "mana ada, biasa2 jer,".. ataupun "bolehlah sikit2.." Emak selalu berpesan.. kalau kita hebat, orang sendiri yang akan bercakap.. orang sendiri yang akan perasan.. Biar mulut orang lain yang bercakap, tapi bukan kita..


Sikap bertolak ansur dan bantu membantu bagai tidak dapat lari dalam isu-isu kemasyarakatan dan rukun kejiranan.. Kalau orang sebelah kenduri.. janganlah tidak dijenguk.. tolong mana yang patut.. Aku puji jiran-jiran aku di lorong taman aku nie.. Dah 4 kali abah membuat kenduri.. semua jiran-jiran aku ada.. membantu dari petang, sehinggalah kenduri tamat.. ada kala sanggup tak balik ke kampung semata-mata untuk membantu.. sebab itu abah sangat menjaga jiran-jiran.. seelok-eloknya ajarlah anak-anak dari muda untuk menganggotai jiran-jiran semasa kenduri.. lentur buluh biar dari rebung.. jangan bila dah besar, jiran sebelah buat kenduri.. sudah la tidak membantu, singgah membaca tahlil dan tolong makan pun tidak mahu.. mula-mula malu, lama-lama beransur-ansur menjadi sombong.. 'tidak berhidung' istilah orang-orang kampung..


Syukur.. jiran-jiran aku sentiasa mewarnai hidup aku sepanjang waktu-waktu cuti.. anak-anak jiran yang baik dan menghormati aku sebagai yang tua sangat-sangat menggembirakan.. Sebab itu aku tidak pernah merasa janggal untuk bersama-sama menghabiskan masa bermain dan belajar bersama mereka.. biarpun jarak umur kami jauh berbeza.. Kalau itu boleh dikira sebagai penghubung silaturrahim.. kenapa tidak aku sertai mereka?? Betul tak.. ?? hahaha..!!

Oleh itu, jangan jadi pendekar di balik selimut.. lincah berbahasa menceritakan keburukan orang lain di belakang-belakang.. Apatah lagi jikalau perkara itu bersangkut-paut dgn fitnah.. itu tidak baik.. yang bercakap pun tak baik.. yang mendengar pun tak baik..


Jikalau mahu ke surau, atau ke masjid.. janganlah melangkah dengan angkuh.. seolah-olah anda adalah ahli syurga.. sampaikan jiran-jiran di kiri kanan pun tidak ditegur sapa.. itu tidak sopan.. tidak baik.. jiran pun ada peluang juga masuk ke syurga seperti anda.. sebaik-baik jagalah hati jiran-jiran..!! Smabil melangkah ke surau, sambil-sambil bertegur sapa jiran-jiran semasa melangkah.. kan berlipat ganda pahala tu..!! Kalau ada jiran menegur tentang anak-anak.. terima dengan baik.. jangan persoalakan sebaliknya memuhasabah dan menyelidik dengan baik.. ini untuk mengelakkan pergaduhan.. percayakan anak boleh..., tp jangan seratus peratus..!!


Apapun, saya rasa rakyat malaysia pasti bijak dalam menjaga adab-adab berjiran.. bertolak ansur dan bekerjasama.. itu adalah kuncinya dalam menjaga keharmonian..Kalau ada tergigit lidah dengan jiran-jiran.. banyakkan bersabar.. jangan ditambah dengan minyak, api kemarahan tu.. bawak-bawak berbincang dengan baik..


Jadi tidak silaplah kan?? Kalau aku nak bermanja-manja dengan anak-anak jiran.. hahaha!! Lama rasanya tak ber adik kecik.. hehehe.. Oleh sebab kami jiran tetangga semuanya baik-baik belaka.. emak telah pun membeli jagung 6 tongkol untuk dibuat bubur..!! Yang ni aku tak sure sama ada bley ke tidak nak share dgn jiran tetangga.. sebab macam tak cukup jer..?? Adakah kami jiran yang baik..?? Tepuk dada tanya selera....!!

.

p/s - Aku rasa aku ni dah macam penulis kolumnis dalam majalah Mingguan Wanita.. hahaha... sekarang ni emak dah pandai melepak kat bilik aku yang indah ni.. sebab nak buat permintaan nak dengar lagu joget dari laptop aku nie..!! omak.. omak... alahai omak den !!

.

10 comments:

IMANSHAH said...

eh cuar pendek lar

Anati Soki said...

fulamaak........... penggunaan ayat dan perkataan untuk entry kalini.. terbaiklah!!!
boleg jadi munysi nih!!
hehehehe
ok2.. cakap soal jiran
hehe.. anat punya jiran.. smua family ant kot...muhahahaha

jiran bljg rumah pakcik anat, jiran sblh rumah maktok anat, jiran sblh rumah kanan toksu anat.. hah.. kan smua satu akmpung kiri kanak depan blkg smua jiran.. ehhehe

zazaw said...

hahah. kiri kanan jirann zazaw
ni taman ape ni sir
ahahahah

Adinda Amy Sensei said...

mendayuuuuu lagu lam blog ni..:)

::FAIZ:: said...

cantik rumah tu

iKhRam said...

IMANSHAH : suar kat rumah. memang macam ni la potongannya.. hahaha

iKhRam said...

ANATI SOKI : Kat perlis kan memang begitu budnya.. sebab kawan saya tu, ayahnya penghlu kampung.. untuk tiga buah keluarga saja.. hahaha itupun semuanya saudara dia jugak.. hahaha

iKhRam said...

zazaw ; taman pinggiran senawang .. best dok kat sini.. aman jer..

iKhRam said...

Adinda Amy Sensei ; ye.. ok saya tukar.

iKhRam said...

Faiz Farish : terima kasih k?