I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, June 19, 2011

Abah Kami Hero Kami..!!




Berada di rumah menghabiskan cuti semester, mengajar aku seribu satu erti kesyukuran. Aku tak pernah temui satu tempat yang paling damai melainkan ketenangan dan keseronokan berada di rumah.. Kalau nak makan sedap-sedap pun, makan di rumah.. nak tidur sedap-sedap pun, tidur di rumah..



Dan malam ni, aku terpaksa mencari kelengkapan-kelengkapan untuk di bawa balik ke maktab semula.. Mencari baju kat dalam raga, kat dalam almari.. dulu masa awal-awal semester dulu emak yang susunkan semua tu kat dalam luggage.. sekarang tidak lagi !! Walaubagaimana rapi pun aku berkemas. aku pasti.. sampai je Penang, mesti ada barang-barang aku yang tertinggal.. huh?!!


Walauapapun, rumah tercinta ini bakal aku tinggalkan bersama adikku si Fatin dengan rasa berat hati yang teramat.. dan emak berjanji akan menyediakan nasi lemak sambal udang sebagai pengisi perut aku sebelum berlepas ke maktab esok.. dan dalam fikiran aku, aku terbayang hidangan air teh emak yang sungguh istimewa pada selera aku..


dan seperti biasa.. emak akan cuba menghilangkan rasa sedih kami dengan menyediakan bermacam-macam makanan dan sambil mulutnya membebel-bebel mengingatkan kami supaya tidak tertinggalkan barang-barang.. itu adalah moment yg sgt aku rindukan !!


Berada di rumah, umpama syurga.. dan syurga Allah jua yang kekal abadi..





Abah Kami Hero Kami !!



Walaupun kami bukan orang berada, tetapi abah sedaya upaya tidak akan memberi peluang untuk kami merasai kesusahan.. Cuma emak saja yang mengajar kami agar menghargai kesusahan hidup sebagai satu pengajaran dalam diri supaya sentiasa berusaha yang terbaik..!! Kombinasi ni boleh aku anggap sebagai seimbang kan?? hehehe..


Sebab tu kalau nak duit, aku nyorok-nyorok mintak kat abah.. tp abah belot, tetap juga nak bocorkan bgtau emak.. hahaha!! Emak pun membebel.. hahaha!!


Kalau rumate aku ada model transformer yang dianggap super hero.. abah aku ni lebih hebat dari transformer dia.. hahaha !! Selagi abah ada, selagi itulah kehidupan kami semua akan selamat.. Aku menghargai setiap pengorbanan abah yang tak pernah kenal erti putus asa..


Kalau dengan abah, kami adik beradik jarang nak berpuisi bagai seperti kami melayan emak.. tapi percayalah abah, anak-anak abah tetap sayangkan abah..!! Orang cakap perangai abang ada pada abah.. kita ni memang ada 'kepala angin'.. tp orang tak tahu hati kita sensitif dan sentiasa baik melayan semua orang.. hahaha!!


dan, abah tetap jualah abah yang terbaik kepada kami semua.. !!


SELAMAT HARI BAPA daripada abang Ikhram, akak Fatin & adik Iman..
.

p/s - Sebagai mengahargai peminat no 1 aku.. emak sudah pun ada rekod rakaman lagu 'Joget Kasih Tak Sudah' nyanyian karoake dari aku.. hahaha !! Ini hadiah sebagai pengubat rindu emak bila berjauhan dengan anak-anak.. hahaha !!
.

33 comments:

Brilliant Marjan said...

touching pula saya baca entri ni..jarak awk dgn adik jauh ye?huhu..tp mmg la, adk2 lelaki sy tu mesti kena bebel ingatkan barang jgn ada yg tertinggal...sy duduk kt rumah kwn pun, tgk maknya ingatkan adknya supaya tak tinggal barang..

tp mmg akan tertinggal juga '-_-

selamat belajar kembali :)

IMANSHAH said...

salam

Sayangi lah SUPER HERO mu itu sepenuhnya dik..semoga beliau diberi kekuatan, kesihatan dan kebahagiaan yang betpanjangan

Aman Ibrahim said...

haha~ yup, touching la jugak..
Selamat hari bapa cikgu~

bedpet said...

selamat hari bapa! moga cepat2 jadi bapa. eh2. moga cepat2 jadi cekgu. hihihi. all d best :))

iKhRam said...

Brilliant Marjan : saya mempunya dua orang adik.. adik perempuan kini menuntut sama dgn saya.. dan adik bongsu baru darjah 6..

selalunyer naak lelaki macam tu la.. bak kata mak saya, suka amik mudah.. orang perempuan lain.. teliti..

::FAIZ FARISH:: said...

touching..... aku pun touching hr ni... sebak sbb abah aku... love him

iKhRam said...

IMANSHAH ; insyaallah.. selalu menginginkan kesejahteraan hidup beliau.. bila terbacakan blog abg IMANSHAH buat saya menghargai kehadiran superhero saya ni dlm kehidupan..

iKhRam said...

Aman Ibrahim : tak berniat nak buat entry touching2.. sebab abah saya seorang yang sangat kelakar.. huhuhu

iKhRam said...

bedpet: jadi bapa?? lambat lg kot.. tp kalau jadi cikgu.. insy tahun depan.. doa2kan yer !!

iKhRam said...

FAIZFARISH ; jgn sebak2.. huhuhu.. touching2 jer.. hahahaha!!

SyahmiFikri said...

bukan lah kekayaan yang kita cari..

kebahagiaan hakiki segalanya.. =)

adwafarahin said...

hihi part last x tahan..comel sgt!

slmt hr bapa kpd ayah kamu! :)

sesegar said...

wewiitt.muka sama la dengan ayah.boleh masuk contest muka bersamaan dengan ayah..wehooohoo

iKhRam said...

SyahmiFikri : kebahagiaan yang dicari tak semudah mencari kekayaan.. apapun itu semua bukan mustahil.. semuanya berpangkal dari hati..

iKhRam said...

adwafarahin : hahaha.. jgn tak tau.. mak saya adalah peminat no 1 saya.. hahaha

iKhRam said...

sesegar : ye ker..?? hahaha bley masuk contest nie.. hahaha

delarocha said...

hargai bapa selagi ada.. :-)

iKhRam said...

delarocha : yup ! insyallah.. selagi hayat dikandung badan mr delarocha

ZORA said...

samat hari bapa jugak..:P

faiz said...

semoga jd anak yg soleh..

aqmalazmi said...

abah kami pon hero kami gak..
hehehehehe

khairul akmal azman said...

abahku heroku..
tada.............

adib syazwan said...

selamat hari abah!

Hans said...

amboi
sakan ayah ko posing ek
ekekekek
yups
tanpa abah siapa lah kita
eh,ko dah balik maktab
xonline la?

Syaitan Memang Durjana

iKhRam said...

ZORA : terima kasih.. selamat hari bapa juga untuk ayah zora gak !!

iKhRam said...

faiz : mudah2an.. semoga menjadi anak yg soleh.. insyaallah

iKhRam said...

aqmalazmi: hero kita semua hebat kan? tanpa abah sapa la kita..??

iKhRam said...

khairul akmal azman : tada... abah ku hero ku jugak..!!

iKhRam said...

adib syazwan ; selamat hari abah..

iKhRam said...

hans : abah .. nak posing?? tak de maknenyer..

a'ah.. dah balik maktab.. insyaallah.. ada masa akan online jugak.. tp waktunya lebih terhad.. memandangkan ni sem yg terakhir..!!

Ringgo said...

slam ziarah yo ni haa..
weih maktab mano pulak ko masuk ..

iKhRam said...

Ringgo: kene baca entry yg baru.. kat situ ada jawapannyer.. hahaha

.....ANA..... said...

ingt lg muke abah n mak ikhram, tp x ingt sgt dgn ikhram.hehe.. ape pn, hargailah mereka yg m'bsarkan kita, kasih sayang mereka x b'belah bagi... kirim salam pd mereka ye... :-)