I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, June 16, 2011

Class Control



Salam.. Sejak kebelakangan ni aku sedar, cuti semester kali ini aku jarang keluar dari rumah.. Nak berjalan-jalan jauh pun tidak.. balik-balik asyik terperap saja kat bilik.. mengadap laptop! Kadang-kadang baca majalah.. tgok siling sambil layan lagu kat mp3. Tengok tv.. itupun rancangan masakan antarabangsa.. Aku bukan nak merapu.. tp bila tgok rancangan tv yang ada Full HD.. memang menakjubkan !!


Mula-mula aku tak perasan dengan perubahan aku ni.. Tapi beberapa hari yang lepas mak mengadu.. jiran kami ada beritahu emak bahawa anaknya merungut tentang aku.. Siapa lagi kalau bukan si Adilla cik gadis sebelah rumah tu.. Lebih kurang beginilah mak aku mengajuk gaya percakapannya..


"Ibu, Dilla dah lama tak nampak abang Ikhram kat luar.. dia sibuk melayari internet la tue..!!"


Mak tergelak, aku pun tergelak.. perkataan 'melayari' tu buat aku tak kering gusi.. jarang-jarang budak tadika 5 tahun macam dia nak sebut perkataan macam tu.. hahaha !! Jadi, lepas daripada tu, ada satu petang aku pun ajak la dia melepak kat bilik aku.. aku sibuk online dia pulak sibuk tengok buku cerita kanak-kanak yang ada kat bilik.. banyak jugak!! Biasalah buku ada banyak gambar.. memang la kanak-kanak suka..

.......................................


Itu selingan.. disebabkan aku rindukan adik blogger seorang ni, si Anati Soki ni, jadi aku tunaikan la permintaan dia. Dia ada minta aku bagi cadangan untuk cara-cara mengurus kelas .. almaklumlah kami sama-sama guru pelatih.. dia sem satu aku pula sudahpun melalui 3 sesi praktikal dari sem 5 hingga sem 7.. Jadi aku share la beberapa perkara yang biasa aku buat.. Sebelum baca.. anda kene ingat, aku bukan guru cemerlang tetapi hanyalah seorang guru pelatih yer..??





Pertama, semasa masuk ke dalam kelas, pastikan semua murid-murid berdiri tegak.. selagi tak berdiri tegak, jangan benarkan ketua kelas memberi salam. Perkara ni paling penting supaya murid-murid sedar akan kehadiran kita dan perlu fokus dengan kita.. Kita pun masa tu kene la serius.. pandang semua murid-murid.. mana yang belum bersedia, jegilkan mata sket.. k?

Kedua, kalau menjalani PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) selalunya pihak sekolah akan memberikan anda peluang untuk masuk ke kelas ganti.. jadi prepare beberapa permainan yang menyeronokkan tetapi TERKAWAL.. biasalah kanak-kanak, bila dah seronok ..dia akan bising.. Kalau macam aku.. aku suka permainan 'bola beracun' dan 'Raja Katak'. Permainan ini menggalakkan murid-murid untuk diam dan memberi perhatian terhadap permainan..

Ketiga, kalau kita tak tau nak mengawal permainan.. takut kelas bertambah bising.. kita gunakan kaedah penceritaan.. selalunya murid-murid sekolah rendah amat sukakan fakta-fakta sains yang jarang-jarang mereka dengar.. terutama tentang sistem solar.. jadi berceritalah kepada mereka..!! Pastikan anda kelihatan seperti seorang yang bijak dan tanyakan beberapa soalan kepada mereka.. Beri masa untuk mereka berfikir sebelum anda sendiri memberikan jawapan.. pada masa ini mereka akan diam untuk berfikir..

Keempat, hari ini bukan zaman nak marah-marah..!! Apatah lagi kita ni memang tak reti nak marah.. kalau marah pun budak tak takut.. Jadi penyelesaian yang saya selalu buat.. pergi dekat meja murid tu.. pandang saja muka dia..!! ataupun mintak dia bercerita kat depan kelas.. selalunya walaupun mereka berani tapi kalau minta ke depan mereka memang kecut perut.. aku selalu guna kaedah ni.. bila aku tengah mengajar, dia pun nak 'mengajar' kat belakang.. memang berkesan..!! kita pun tak letih nak jerit2..

Kelima, apa-apa sahaja aktiviti yang ingin dilakukan.. sentiasa pastikan murid-murid duduk tegak dengan memasukkan kerusi ke dalam meja setiap saat.. mula-mula memang menjengkelkan.. tp percayalah kaedah ini memang membantu..!!



Keenam, jikalau murid-murid mengantuk.. suruh mereka berdiri.. dan menari.. cikgu kene jadi ketuanya la.. dan murid-murid ikut.... yang ni saya selalu buat..!! . Percayalah.. selepas daripada tu memang murid-murid ni akan dengar cakap kita.. Buat tak perlu lama.. cukuplah paling lama pun 2-3 minit..

Apapun personaliti seseorang guru tu sangat-sangat memainkan peranan penting.. Pada penampilan pertama, pastikan kita menonjolkan yang diri kita seorang yang tegas namun mudah didekati.. Jangan mula-mula masuk ke kelas.. lagak kita macam nak main agah-agah anak jiran.. Itu adalah satu kesilapan yang paling besar.. Murid-murid dengan adik-adik kita di rumah adalah jenis individu yang berlainan..

Harap anat berpuas hati.. sebab saya ni pun bukanlah hebat sangat.. masih banyak yang perlu diperbaiki.. Jadilah seorang guru yang dihormati bukan ditakuti.. barulah boleh disayangi dan menyayangi..!! huhuhu..
.


p/s - teringat masa si Fatin mengajar si Iman tadi.. punya la garang..!! Aku yang kat dalam bilik ni pun rasa macam kene marah sama.. huhuhu...!!

.

28 comments:

Aman Ibrahim said...

Alhamdulillah, tips2 yang bagus untuk dikongsi bersama. terima kasih cikgu~ akan ku praktikkan kelak. Bersedialah wahai murid sekalaian mauahahahhaah....

alia kamal said...

wah mmg c'gu practical cemerlang la!

♕ Mr.IX ♂ said...

bakal cikgu feveret murid2 la ni~~

p/s: follower yg ke-555~ ^__^

::FAIZ FARISH:: said...

Budak skang dah Advance

Anati Soki said...

wah.. terbaiklah! pasni boleh try.
anat sgt lemah dlm classcontrol. tambh2 lg budak kelas last. subhanallah.. takot kadang2 nk masuk. tak dgr ckp langsung.
diorng buat mcm anat nk membe diorng plak
maybe sbb anat tak reti nk mrh kot,takreti nk buat serius.
anat kalau nk buat serius mesti mcm nk tergelak2.
ntah ar
hehehehehe

Reen Azreen said...

permainan Raja Katak tu camne????????????

zazaw said...

warhahaha
ko jgn garang2 sir
nanti anak murid taakuttt

IMANSHAH said...

good entri, perkongsian yang bermanfaat..semoga berjaya menjadi guru yang hebat IKHRAM

delarocha said...

petua dari bakal guru cemerlang ni..

huhu..selamat mendidik ye

pembaris said...

kalau mengantuk,cikgu aku dulu suruh aku pumping...

afzan said...

selamat kembali ke sekolah cikgu :)

ASaDa RyutaRo said...

tips yang bagus! cikgu dedikasi nih..

budak tadika sekarang advance, perkataan pun tak nak kalah dengan orang dewasa. melayari internet. hahaha..

ecah mashuri said...

wuhuu.seronoknya jadik cikgu.heeee...tp betul org ckp.cikgu praktikal ensem2.;p

iKhRam said...

Aman Ibrahim : mana yang dirasakan ok, praktikkanlah.. sebab pengurusan kelas ini sebenarnya bergantung juga kepada keadaan sesuatu kelas.. bila kita menjadi guru.. barulah kita sendiri mengetahui cara apa yg plg terbaik utk murid2 kita

iKhRam said...

alia kamal : doa2kan la.. saya memang bercita-cita ingin menjadi seorang guru cemerlang.. amin

iKhRam said...

Mr Ix : terima kasih kerana menjadi pengunjung ke 555 yer.. feveret?? hehehe..

iKhRam said...

FAIZ FARISH : yer.. tak dpt nak dinafikan.. memang sgt advance.. sebab tu kita pun kene tambahkan ilmu juga.. baru tak ketinggalan..

iKhRam said...

Anati Soki : jgn risau.. pada saya peningkatan usia akan menjadikan kita serius bila tiba di sekolah.. pada masa ini latihan PBS bukanlah latihan yg secukupnya.. nnt bila sudah praktikal.. pada masa itu anati akan lebih faham.. bgaiaman nak melaksanakan teori yg kita belajar dgn suasana sebenar..

tp kalau nak jadi cikgu.. memang kene jadi serius.. tp biarlah bertempat.. senyum itu perlu.. supaaya kita mudah didekati..

iKhRam said...

Reen Azreen ; permainan ini saya pelajari masa menghadiri kursus BTN dulu.. permainan ini sgt seronok.. saya dah mainkan permainan ni.. setiap kali main mesti dioang nak main lagi..

satu ekor
masuk dalam kolam
toink

dua ekor katak
dua ekor katak
masuk dalam kolam
masuk dalam kolam
toink
toink

tiga ekor katak
tiga ekor katak
tiga ekor katak
masuk dalam kolam
masuk dalam kolam
masuk dalam kolam
toink
toink
toink

iKhRam said...

zazaw ; tak garang pun.. tp kalau tak buat keje yg sir bg.. memang nak kene garang kan?

iKhRam said...

IMANSHAH ; terima kasih.. teringin nak jadi cikgu yg hebat mcm cikgu IMANSHAH yg kreatif dan berdedikasi

iKhRam said...

delarocha : tak de la.. tp doa2kan unutk menjadi bakal cikgu cemerlang tu menjadi kenyataan yer..?

terima kasih.. blog anda memang best!

iKhRam said...

pembaris : penah dulu masa mengantuk.. cikgu suruh keluar dari kelas.. tp last2 cikgu tu yg kne pujuk saya.. hahaha

iKhRam said...

afzan : selamat kembali berblog.. huhu.. rindu entry blog anda..

iKhRam said...

ASADA RYOTARO : itulah.. kanak-kanak hari ni lebih mudang cenderung utk terpengaruh dgn apa saja yg mereka nampak dan dengar..

apapun adik adilla tu memang cerdik.. suka melayan die berbual..

doa2 la saya semoga menajdi seorang guru yg cemerlang..

iKhRam said...

ecah mahsuri ; seronk jadi cikgu nie.. huhuhuh.. ensem?? ada gak yg tak ensem.. cthnya cam saya nie..

Reen Azreen said...

owh mcm tuh...interesting tp xtaw lagu tuh mcm mane..nnt kalau free,bwat lah entry ttg permainan yg bdk2 suke...n bley control klas..reen bley blaja dr situ...

stakat nih xde idea nk control klas...huhuhu x lame g nk mule praktikum blek

iKhRam said...

ok.. reen! Insyaallah k.. nasihat saya.. first week.. memang kene serius.

untuk kelas permulaan bgatau apa peraturan yang reen nak buat.. contoh kenakan denda kalau atak siapkan keje.. lepas mungkin bgtau diorang jgn bercakap bile reen bercakap.. atau mungkin boleh minta diorang suggest apa yg denda yg diorang suke..

lebih gemar menggalakkan brainstorming dlm pembelajran.. itu lebih menarik.. sebenarnya byk jer nak share pasal aktiviti nie.. sebab saya memang suka lakukan mcm2 jenis kaedah pembelajaran.. cubalah jgn takut..